Phnom Penh, Kemboja

Rasa macam baru je update pasal trip Lombok, dah nak kene update pasal trip ke Phnom Penh, Kemboja pulak.

Phnom Penh ni macam trip mengejut lah jugak dan trip ni adalah trip yang paling singkat saya pergi. Walaupun singkat tapi trip selama 3h 2m ni sangat berbaloi dan padat dengan aktiviti.

Tanggal 25hb - 27hb Mac 2017 adalah tarikh yang sesuai bagi kami. Di Phnom Penh, mereka menggunakan matawang USD dan jarang-jarang mereka menggunakan matawang Khmer. Tatkala matawang MYR tengah merundum ni, memang terasa lah kehilangan RM bila nak guna USD. Huhuhu...


Day 1

Flight asal kami adalah pada jam 310pm dengan menaiki pesawat AirAsia bernombor AK534 tetapi disebabkan berlaku kelewatan kami memulakan perjalanan pada jam 330pm dan sampai di Phnom Penh International Airpot jam 430pm. Erh, kejap nye. Biar benar? Hehe...  


Tengok dalam peta macam jauh je kan, alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Masa di Phnom Penh adalah awal satu jam berbanding di Kuala Lumpur di mana cuaca di sana juga cepat cerah seperti di Sabah & Sarawak. Kalau nak pergi jalan-jalan di Phnom Penh tak perlu buat visa ya.



Sampai di Phnom Penh airport, my friend yang bawa tuk-tuk dah tunggu untuk jemput kami. Di sebabkan perjalanan dari airport ke hostel memakan masa selama 45 minit, jadi saya menyewa 2 tuk-tuk untuk keselesaan semua.



Keluar dari airport, baru tahu keadaan dan suasana di sana. Keadaan di sana lebih kurang seperti di Vietnam. Sesak dan ramai yang menggunakan motorsikal. 






Cuma yang kurang enaknya adalah jalan raya disini agak berdebu. Dah half way perjalanan, kami punya driver belikan kami mask. Fuh! baru lega.


Tadaa!!! ini lah view hostel kami. Bukan senang nak cari hostel yang selesa, bantal sedap dan tilam sedap tau. So, kalau korang nak cari sama macam saya, meh cuba hostel ni. Rachana Hostel. Location pun menarik. 



Lepas dah check in, kami meneruskan perjalanan untuk ke Mekong River. Plan nak tengok sunset tapi sunset terlindung dek awan pulak harini. Takpa, takde rezeki ni mungkin ada rezeki lain pula.

Bila naik je boat, rasa macam dunia ini ana yang punya!! Kenapa? Sebab boat punya besar ni hanya kami berempat sahaja. Hah, privacy ke tak privacy tu. Nampak dah rezeki kat situ. Aha!



 



Kebetulan pula tetiba hujan, boat pun parking kat tepi jap lebih kurang 30 minit dan bila dah reda sikit, kami pun beransur pulang ke darat. Atlist, merasa lah lalu atas Mekong River ni.

Malam ni acara agak santai, ingat nak pergi ke night market tapi disebabkan hujan kami teruskan perjalanan mencari kedai makan. Banyak kedai yang tak halal dan ut-ut dijual secara berleluasa so korang hati-hati ye.

Makan malam ni kami singgah di The Gulai Restaurant. Ni kedai makanan Malaysia. So saya tak fikir panjang, makan malam saya hari ni adalah Nasi Lemak Special D'Gulai bersama dengan nescafe tarik. Apa yang special? Macam biasa lah ada ayam dan telur. Tapi serius cakap, sambal dia memang sedap!! 


Harga? Pejam mata je. USD12. Lepas makan malam, kami pulang ke bilik. Harini memang nak menikmati tilam dan bantal sehabis baik. Esuk bangun pagi!!


Day 2

Jam 8am dah siap-siap nak berjalan, harini nak kene pulun berjalan semua tempat habis-habisan. Kan namanya short vacation...

Sebelum keluar, kami lapik perut ala kadar je dulu sebab hostel takde breakfast ya. Dah siap semua, kami bergambar di rooftop hostel pula.






Selesai bergambar, kami teruskan perjalanan kami dengan menaiki tuk-tuk. Tempat pertama yang dituju adalah Royal Palace













Hampir satu jam juga kami berada di Royal Palace ni, habis pusing kami teruskan perjalanan ke Tuol Sleng Genocide Museum.




Untuk menghormati syarat-syarat dan etika di dalam museum, jadi ini sahaja gambar yang boleh saya diambil untuk share dengan u alls. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh klik kat link yang saya dah sediakan atau boleh cari dari sumber google dan kalau u all ada masa dan budget lebih, u all boleh lah ke Killing Field. Tak sanggup rasanya bila tengok kisah-kisah dia orang. Sedih...

Eluk keluar je dari museum ni, perut kami pun dah kriok kriok. Apa lagi, cari makan dulu lah. Oppss! tapi sebelum tu, request nak pergi Starbucks jap. Bukan beli coffee tengah hari buta ni tapi cari ni... Tadaa... My own collection selain dari fridge magnet. Hehe...


Tak sampai 10 minit kat Starbucks, kami pun terus ke kedai makan Halal Restaurant. Saya memang recommend kedai ni kalau korang nak makan, sebabnya kedai ni dah tentunya halal malah u all boleh rasa makanan asal orang kemboja di sini.

Kalau nak merantau kene lah cuba makanan mereka sekali kan. Baru lah rasa pengalaman di negara orang tu lengkap.

Harini kami cuba menu makanan asli masyarakat kemboja iaitu Amok Fish bersama sup seafood dan juga telur dadar cendawan & telur dadar bawang. Bila ada telur, barulah rasa hidangan tu complete. Hahaha...


Ternyata, lepas makan memang kami rasa sangat awesome. Cuma kalau nak tambahan, u all boleh cuba Loklak. Kami dah tak mampu... Huhu... Loklak juga adalah antara makanan yang famous di sana.

Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Masjid Al-Serkal untuk menunaikan kewajipan. 


Seterusnya kami ke Wat Phnom Hill. Antara tempat yang dikunjungi oleh para pelancong.





Kurang dari satu jam, kami teruskan perjalanan ke Central Market (Pasar Thmei). Di Central Market ni macam-macam ada. Kalau nak cari tshirt, souvenir, kain, barang kemas dan lain-lain semuanya ada jual di sini.

 

 

Dah dapat barang-barang yang di cari, meh pekena ayaq kelapa time paneh-paneh ni kan sedap!!


Tak puas shopping, meh kita ke Russian Market (Toul Tom Poung Market) pulak. Kat sini agak sempit dan panas. Confirm tak sampai setengah jam u all dah keluar. Percayalah... So saya bagi gambaran luar sahaja lah ya.


Dah selesai shopping, kami pusing-pusing kat dalam bandar. Dan salah satunya, kami ke Olympic Stadium.




Gerak dari stadium, driver tuk-tuk ni belanja kita orang kuih tradisional pulak kat tepi jalan. Dia nak kami rasa. Nama kuih ni sugar palm rice cake. Rasanya agak sedap tapi tak berapa nak manis. Ala, rasanya macam kuih melaka yang takde gula.


Sambil-sambil makan, sampai dah ditengah-tengah bandar yang ada monumen King Father Norodom Sihanouk iaitu bapa kemerdekaan Cambodia.


Tak jauh dari monumen tu, terdapat pula Independence Monument yang terletak di tengah-tengah bulatan di bandar Phnom Penh.


Dan kami sempat singgah antara 5-10 minit di salah satu tempat ibadah bagi kaum Buddha di sana.


Seterusnya, kami ke Pejabat Pos. Tak sangka sebesar dan secantik ni. Memula tu ingatkan hanya bangunan sejarah tapi rupanya masih digunakan dengan sempurna.


Hah, yang ni mesin ATM kat luar pejabat pos tu. Ada lima jenis ATM kat situ. Kalau rasa tak cukup duit ini lah masanya kalau nak keluarkan duit. Hahaha...


Seterusnya kami ronda-ronda lagi. Kalini kami cross sungai mekong melalui jambatan. Masa tu nampaklah bomba, Aeon Mall dan macam-macam lagi. 


Agak-agak macam dah jauh perjalanan, kami berehat sebentar di tepi Sungai Mekong dan bila matahari dah mula nak turun, mata kami pun dah naik silau, ok gerak lu...



Erh, gambar apa kat bawah ni? Hah, kalau u all nak tahu, inilah dia sauh yang mereka jumpa di dalam sungai mekong. Ada sejarahnya juga tu. So, untuk mengingatkan kembali sejarahnya tu, mereka letak untuk simbol di tengah-tengah jalan tu. 


Dah puas pusing, kami lepak di tengah-tengah taman di hadapan Istana menghadap sungai mekong untuk aktiviti santai di petang hari.




Dah puas main kejar-kejar dengan burung merpati dihadapan, kami jalan-jalan cuci mata di Night market pula walaupun hari masih belum night. Hehe... So far, takde lah meriah mana tapi boleh lah...


Di night market juga ada gerai makanan di belakang pentas. Untuk makanan halal, hanya ada satu gerai sahaja iaitu gerai bernombor C13. Yang lain-lain semuanya tak halal  tau. So be careful okeh.

Jam 7pm dah agak gelap kat sini, so kami terus pulang ke hostel lagipun kami rasa dah habis pusing harini :) Malam ni nak perabih balance yang ada kat mini market bawah hostel. Kot-kot ada yang halal dan boleh buat kudap-kedap buat family kat Kuala Lumpur.

Sebelum naik ke hostel, kami singgah di Brew coffee shop bersebelahan dengan hostel kami. Harga pun boleh tahan tak mahal mana (jangan di convert).


Naik je hostel nampak view. Nah, ni dia view dari depan bilik kami pada waktu malam. 


Untuk malam ni, kita orang punya driver tuk-tuk belanja kita orang 6 biji buah mangga. Sampai je bilik, kami simpan dlm peti ais dulu. Kasi sejuk & malam tu kami makan. Pergh!!! Giler manis. Tetibe teringat mangga kat Thailand. Sama!!


Mangga ni makan malam sampingan kami je. Yang sebenarnya kami dah pulun nasi goreng special cambodia kat gerai di night market tadi. Habis sapu habis tak sempat nak snap gambar. Dah kenyang, apa lagi... tidur...


Day 3

Pagi ni seawal jam 6am kami dah gerak ke Airport. Flight balik memang ambil pagi sebab tu je yang murah. Selamat tinggal my bantal dan tilam!!

Seperti biasa, saya dah check in siap-siap dari Malaysia. So xde masalah dan tak perlu nak datang awal-awal kat airport. 


Masa masih ada kurang lagi satu jam utk terbang, jadi kami pergi minum-minum dulu sementara menunggu ketibaan kapal kami.



Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Dalam flight, apa lagi... makan ler...


Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, cuaca agak baik dan awan juga sangat cantik. MasyaAllah.. saya sangat teruja bila tengok awan yang berkepul-kepul tu...



Alhamdulillah, kami selamat landing dengan baik. Oh ya, pilot kami masa pulang tu adalah seorang wanita. Fuh! rasa nak tepuk tangan je masa landing tu. Soft sangat...

Berakhirnya percutian yang singkat trip ke Phnom Penh kalini. Jumpa next trip pula...

Assalamualaikum w.b.t.


No comments: