Yogyakarta, Indonesia

Belum habis Syawal, kami gagahkan juga untuk trip ke Yogyakarta atau lebih dikenali dengan panggilan Jogja, Indonesia. Kota Yogyakarta merupakan salah satu kota terbesar di Indonesia selain Bandung, Malang dan Surakarta dari jumlah penduduk. 

Trip 4h 3m (24-27 Julai 2017) ke Jogja adalah tempoh yang sangat ideal bagi pengunjung yang ingin bercuti disini. Tapi kalau nak lebih pun boleh, lagi banyak boleh explore sebab Yogyakarta ada banyak tempat yang menarik untuk korang kunjungi.


Day 1


Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Kuala Lumpur dan masa di Yogyakarta adalah lewat 1 jam dari Malaysia. Kami tiba di Adisutjipto International Airport tepat jam 530pm. 




Di airport, kami tak tunggu lama. Setelah semua urusan imigration selesai, kami berjumpa dengan supir dan meneruskan perjalanan lebih kurang 40 minit ke Malioboro iaitu tempat kami menginap.

Check in bilik dan kami terus turun semula untuk makan malam. Kami tak jalan jauh mana pun, hanya melintas dari hotel je terus nampak kedai makan ni. Apalagi, kami pun terus masuk ke kedai makan tanpa ragu-ragu lepas dah nampak terpampang tanda halal kat kedai tu.

Untuk malam pertama ni, kami pilih menu nasi ayam penyet dan juga air fanta. Hah, yang ni memang menu wajib saya kalau dah sampai Indonesia. Ehe...



Hampir 30 minit juga kami duduk makan di kedai ni. Keputusannya, esuk boleh datang lagi. Aha! Selesai makan, kami sempat jalan-jalan survey apa yang patut beli untuk family kat Malaysia nanti. 


Kebetulan masa kami berada di Yogyakarta, ada pula hiburan di sepanjang jalanan sempena hari keramaian masyarakat sana. Jadi sempat juga kami layan...


Disebabkan esuk nak bangun awal pagi, jadi kami terus balik ke bilik dan bersiap untuk bersihkan diri dan tidur.


Day 2

Jam 4am kami dah pun bersiap dan menunggu sarapan pagi di lobi sebelum kami keluar. Kemana kami nak pergi? Hah, jap! Kasi saya posing-posing dulu... Hehehe


Ini yang special hotel ni, breakfast sepatutnya jam 7am tapi bila saya kata nak keluar awal pagi, dia kata dia akan siap bungkuskan untuk kami. Terharunya lahai... Makanan dah siap! so, mari kita ke Mt Merapi. 

Erh... tak sangka pulak no plat kereta yang saya naik pagi ni sama dengan no plat kereta saya kat Malaysia. Suratan atau kebetulan? 


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk ke Merapi. Perjalanan agak lancar sebab tak banyak kereta diwaktu-waktu macam ni. Ramai yang masih tidur lagi kot. 

Tepat jam 5am kami sampai di tempat transit dan perjalanan diteruskan dengan menaiki jeep untuk melihat sunrise di Mt. Merapi.









Selesai matahari terbit, barulah kami menjamah sarapan pagi yang dibekalkan oleh pihak hotel awal pagi tadi. Pengalaman baru ni yang kami nak... sarapan pagi menghadap Mt Merapi. Boleh klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Mt Merapi.






Bunker Kaliadem? Apa tu? Bunker adalah sebagai tempat untuk berlindung, bersembunyi dan menyelamatkan diri dari letusan gunung berapi. Bunker Merapi Kaliadem sudah ada sejak zaman penjajahan Belanda tetapi Bunker Kaliadem tidak lagi berfungsi selepas meletusnya gunung berapi itu pada tahun 2006-2010.

Walaupun  Bunker Kalidem tidak lagi boleh digunakan, tetapi kalau korang nak masuk dan lihat apa yang ada di dalamnya, masih boleh... silakan. Tolak je pintu tu.


Hah, inilah jeep yang kita orang naik. Ok, jangan risau... bukan jeep tu yang senget tapi jalan nya agak berbukit. Jam 8am kami bergerak turun ke tempat lain  pula.


Laluan jeep ni agaklah mencabar. So,  bertahan jelah... Seterusnya kami ke salah satu kawasan yang mempunyai bongkah batu dari puncak gunung merapi. Batu Alien ini diberi gelaran oleh penduduk kampung jambu kerana bentuknya menyerupai rupa manusia manakala dibelakangnya terbentuk kepala singa iaitu kesan dari meletusnya gunung berapi itu sendiri.



Dari Batu Alien, kami terus ke Muzium Sisa Hartaku iaitu dimana kawasan ini juga adalah antara kawasan yang meninggalkan kesan  akibat dari letusan gunung berapi pada 5 November 2010.

Jam yang masih berada di dinding muzium adalah salah satu bukti yang menunjukkan masa telah berhenti dimana waktu itu terjadinya letusan. Jam berhenti pada 00:05.





Selesai melihat serta mengamati sejarah-sejarah erupsi, kami bergerak pulang ke tempat transit untuk menaiki semula kenderaan asal kami untuk ke kota Yogyakarta.

Ok, seterusnya kami ke Kalibiru. Kalau amik gambar kat sini memang lah cantik sebab pemandangannya. Itulah sebabnya saya suka dengan Indonesia kerana mereka masih lagi menjaga bukit bukau serta keindahan alam semulajadi. 

Untuk mengambil gambar, ada banyak spot yang berbeza. Bayaran juga dikenakan mengikut harga spot yang korang pilih.



Kami memilih spot Love kerana kami suka pemandangannya. Subhanallah, terlalu indah.





Nak bergambar ni, kene beratur juga. Jadi tak boleh lah nak lama-lama sangat kat atas tu. Ingat orang kat bawah yang tengah tunggu tu. Hehe... Sila beri kerjasama erk. Tapi kalau takde orang, pose lama-lama pun takpe ^_^





Dah puas bergambar, moh kita pergi makan tengahari. Apa nak makan ya? Erm... Ok, kami singgah di Warung Pitu Jaya. Warung tepi jalan. Kami redah je ni. Menu pilihan, masih lagi ayam penyet dan es limau. Hah, yg ni memang terbaik!! Sambalnya memang mengancam!



Kurang dari 15 minit perjalanan, kami berhenti untuk makan durian pula. Perghhh!!! terbaik lah. Layankan aje...



Habis makan, kami tak tunggu lama. Terus ke tempat lain pula. Apa lagi tempat yang wajib pergi di Jogja ni? Hah... apalagi kalau bukan Candi Borobudur. 

Sebenarnya, yang ni tak pergi pun tak apa tambahan pula tiket masuk nya agak mahal. Tapi, kalau dah sampai takkan tak nak masuk kan? Cuba jelah masuk. Tiket masuk untuk pelancong adalah IDR325.000/pax. 




Tengok, punyalah besar Candi Borobudur ni. Bertingkat-tingkat!! Nak tahu lebih lanjut mengenai Candi Borobudur? Sila klik disini.




Masa sampai di candi ni, cuaca agak tak menentu. Kejap matahari muncul dan kejap matahari terlindung dek awan. So, memang hasil dalam gambar pun samalah. Ehe...






Ingatkan sekejap je kami kat sini, rupanya lebih dari 1 jam juga. Hahaha... kene pula keluar je dari Candi Borobudur, kami kene lalu di kawasan penjualan barangan cenderahati sejauh hampir 1km. Fuh, disebabkan kami dikerumuni oleh peniaga di awal pintu keluar  tadi, jadi kami tak singgah di mana-mana kedai disekitarnya.


Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di salah satu kilang Bakpia untuk membeli kuih. Harini beli untuk makan-makan sendiri je dulu.  Bakpia ni memang saya recommend kalau-kalau korang nak bawak balik Malaysia sebagai oleh-oleh. Ada macam-mavam flavour, jadi tak salah kalau korang nak rasa sebelum beli.



Tak sampai 10 minit kami di kilang Bakpia, kami terus pulang ke hotel dan waktu malamnya, kami hanya makan dan jalan-jalan di sekitar Malioboro street sahaja.


Day 3

Pejam celik pejam celik kejap je dah masuk hari ke-3 di Jogja. Kejap btul masa berlalu. Dan dengan dukacitanya harini saya bangun lambat!! Haha, serius memang tak sedar langsung wei! Nak harapkan member sebilik kejut, memang musnahlah harapan. So saya dan teman sebilik memang tak sempat nak breakfast harini.

Ok, gambar kat bawah ni antara buffet yg saya tak dapat nak jamah! Tapi yg 2 orang kawan lagi tu untunglah sebab bangun awal. Huhu...



Tepat jam 8am kami sudah memulakan perjalanan ke Seribu Batu Songgo Langit atau lebih dikenali sebagai Rumah Hobbit di Bantul. Perjalanan mengambil masa selama 30-45 minit. 

Disini adalah salah satu tempat untuk spot mengambil gambar yang juga cantik kerana dikelilingi dengan pokok pinus dan juga dikelilingi dengan pepohonan yang hijau dan rendang.





Di kawasan ini juga ada menyediakan aktiviti seperti flying fox dan jika korang berminat bolehlah membuat bayaran sebanyak IDR15.000/pax di kaunter pembayaran.





Rumah Hobbit ini sebenarnya baru sahaja siap pada awal tahun 2017 baru-baru ini dan ianya dijadikan sebagai salah satu tarikan pengunjung samada lokal mahupun bukan lokal.





Hampir 1 jam juga kami disini kerana asyik sangat bergambar tambahan pula agak ramai juga pengunjung lain yang datang untuk bergambar dan kebanyakannya adalah orang-orang lokal dari Jogja itu sendiri.

Selesai bergambar di Rumah Hobbit, kami terus menuju ke Hutan Pinus Mangunan yang berada hanya beberapa km dari Rumah Hobbit. 



Terdapat ribuan pohon pinus yang teratur di atas tanah seluas 500 hektar. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa juga akan membuatkan suara harmoni alam begitu merdu iaitu hasil dari ayunan ranting-ranting pohon dan juga daun-daun. 



Walaupun penuh dengan pokok pinus, tapi ada juga beberapa kawasan di dalam hutan pinus ini disediakan untuk menyajikan pemandangan di luar kawasan hutan pinus.








Erm... so apa lagi aktiviti yang kami nak buat lepasni? Hah... lepas ni kami nak buat sesuatu yang tak pernah kami buat di mana-mana dan ianya juga berisiko. Buat apa? Kami nak naik gondola ke Pantai Timang. Ouch!!!

Apabila sampai di satu perkampungan, korang boleh buat dua pilihan samada mahu menaiki motor mahupun jeep untuk ke Pantai. Disebabkan kami berempat, kami membuat keputusan untuk menaiki jeep sahaja dan ianya lebih berbaloi. Perjalanan untuk menuju ke pantai ini mengambil masa 15-20 minit kerana laluannya agak sukar dan masih banyak yang belum dibina dengan sempurna tambahan pula lokasi pantai ini sangat terpencil.


Pantai Timang adalah satu kawasan yang memisahkan antara laut dan darat yang terletak di Kabupaten Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY). Pantai Timang merupakan salah satu pantai di Yogyakarta yang pasirnya berwarna putih dan terletak di antara Pantai Siung dan Pantai Sundak Gunungkidul. 


Ada dua cara untuk ke Pantai Timang iaitu dengan menaiki Gondola dengan bayaran IDR200,000/pax/return ataupun melalui jambatan gantung dengan bayaran IDR100,000/pax/return.


Untuk pengalaman pertama, kami menyeberangi dengan menaiki gondola seorang demi seorang. Apa yang buat korang lebih teruja adalah apabila percikan ombak yang sangat kuat dari bawah akan membuatkan anda basah. Dimana gondola ini juga dilakukan secara manual iaitu dimana staff akan menarik tali gondola sehingga korang sampai ke seberang.


Kalau u all rasa nak minta berhenti di tengah-tengah tu pun boleh juga. Masa tu korang boleh keindahan sekeliling di tengah-tengah ombak yang besar. Bukan senang nak rasa pengalaman tu kan.



Alhamdulillah, kami berjaya sampai di Pantai Timang! Punya lah laju mereka tarik tali ni. Tak sampai 5 minit rasanya...




Sebaik sampai di Pantai Timang, korang boleh menghabiskan masa dengan mengambil gambar dan juga melihat keindahan alam semulajadi ciptaanNYA.




Hari dah semakin gelap dan kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke tempat permulaan kami dengan menaiki gondola secara berdua pula. 


Cuba tengok abam kat belakang tu, berketak-ketak tangannya. Mana taknya, nak tarik tali ni pun kan gunakan tenaga. Eluk juga tu, tak yah susah-susah nak g gym kan.



Kalau korang nak tahu, pantai ini adalah salah satu pulau yang menjadi habitat lobster. So, kalau nak makan lobster dengan harga yang murah, mari lah datang sini... 

Perut pun lapar, jadi kami terus ke Kedai Lobster Pak Sis untuk makan tengahari. Sebenarnya, sebelum ke Pantai Timang, kami dah siap-siap order menu dan apabila kami kembali ke sini, makanan dah pun siap! Mudah kan?


Korang boleh pilih menu yang korang nak tapi disebabkan budget kami masih ada, jadi kami amik full set menu untuk 4 orang dengan bayaran IDR600.000. Mahal ke? Bagi kami tak mahal sebab harga tu kami bahagi dengan 4 orang malah kami dapat Lobster dan juga ikan bakar yang sedap!! Recommended!!


Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Kota Yogyakarta dan dalam perjalanan tu kami singgah minum petang di Bukit Bintang, Piyungan Bantul. Yang ni kalau ikutkan plan nak tengok sunset je tapi yelah, kesian pula kat driver kami tu. Mengantuk dibuatnya... perjalanan kan jauh... Belanja dia air panas kasi segar sikit mata tu.




Sambil-sambil order dan menunggu air, dapatlah snap beberapa gambar dengan awan yang cantik.



Cukup setengah jam kami santai-santai minum petang, kami teruskan perjalanan untuk ke beberapa butik dan juga galeri kot-kot ada yang berkenan dihati.


Selesai menjamu mata di dalam kedai cenderahati, kami pergi ke salah-satu tempat wisata yang santai iaitu dengan menaiki alun-alun kidul. Kebanyakannya kawasan ini penuh dengan aktiviti keluarga dan lagi lewat malam, lagi ramai yang akan datang berkunjung. Nampak comel je kereta-kereta ni kan. Kreatif!!



Selesai satu pusingan, kami terus pulang ke hotel dan turun semula ke Malioboro street untuk membeli buah tangan untuk keluarga di Malaysia.

Jalan-jalan tetibe perut terasa lapar pulak tapi dah kenyang. Macam mana tu? Kalau dah macam tu, kita try bakso tapi share aje. Alas perut sebelum kelaparan. Ingat, makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kekenyangan. Ok?


Malam ni hampir 2 jam juga kami habiskan masa di Malioboro Street ni, yelah esuk nak balik dah takut tak sempat nak beli pape dah balik nanti. Selesai shopping, balik bilik dan mulalah packing barang.


Day 4

Harini nak balik Malaysia dah. Bukak tingkap, nampak matahari terbit. Yang ni adalah view dari dalam bilik hotel. Syukur alhamdulillah. 




Dah siap mengemas barang, sebelum check out kami pergi sarapan dulu. Penuh meja kami wei. Aha... ni kes malas bangun 2-3 kali. Yang penting. kami tak membazir ya. Semua licin...



Untuk hari terakhir di Yogyakarta a.k.a Jogja, kami hanya buat aktiviti santai je harini. Ke mana? Kami nak ke pantai! Pantai Parangtritis namanya. Pantai ini adalah pantai yang sangat terkenal di Kota Yogyakarta. Ianya terletak lebih kurang 27km dari kota. Pantai ini terkenal disebabnya ombak serta angin yang kuat. Kalau korang datang kesini bawa anak-anak kecil, awasi mereka dan hati-hati ya.




Kalau rasa nak lepak sini lebih lama pun boleh sambil-sambil minum air kelapa dan juga bergambar bersama tersayang. 

Dari Pantai Parangtritis kami terus ke Gumuk Pasir. 



Gumuk Pasir Parangkusumo berada di antara Pantai Parangtritis dan Pantai Depok. Proses terjadinya gurun pasir ini karena adanya Gunung Merapi, Gunung Merbabu, Kali Opak, Kali Progo dan Pantai Parangtritis. Longgokan pasir yang terkumpul merupakan material yang berasal dari abu vulkanik gunung yang dibawa oleh aliran Sungai Opak, Sungai Progo dan sungai-sungai lainnya sehinggalah sampai ke Pantai Parangtritis.



Selesai bergambar kami menuju ke Pasar Beringharjo. Di dalam pasar ini ada pelbagai jualan seperti makanan, kain siap, kain elar, baju, beg dan juga macam-macam lagi yang boleh korang minta tawar harga.


Perut dah berbunyi dan kami terus menuju ke kedai makan Nasi Ayam Penyet Surabaya. Sampai je, terus pilih menu yang ada. Harus dicoba yang lain darai biasa.


Walaupun nasi ayam penyet tapi cuba lihat gambar kat bawah ni, berbeza semua jenis sambalnya kan? Tahu dan sup campur tu kami yang add on. Bukan dalam set ya. Hah, nak bagitau jugak, korang kalau datang Yogyakarta sekurang-kurangnya harus cuba makan kat sini walaupun hanya sekali. Bagi kami, 2-3 kali pun takpe sebab makanannya terbaik! Recommended!


Masa dah semakin mencumburui kami... sebelum balik Malaysia, sempat lagi saya order minuman favourite saya iaitu Alpokat. Kalau tak dapat minum di mana-mana daerah Indonesia, rasa macam tak lengkap pulak rasanya.


Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Habis makan, kami terus ke airport. Selamat tinggal Yogyakarta. 


Insyaallah jika berkesempatan saya akan kembali lagi.

Wasalam...




No comments: