Surabaya, Indonesia 2.0

Assalamualaikum wbt.

Plan asal untuk trip Surabaya 2.0 ni adalah seramai 6 orang pada bulan Januari tapi di atas sebab keselamatan dan tak nak ambil risiko, kami bincang semula dan semua setuju untuk tunda ke tarikh 30 Mac - 1 Apr 2019 (3h 2m). 


Alhamdulillah, perjalanan selama 2j 50m dengan menaiki AirAsia akhirnya sampai juga di Juanda International Airport. Supir memang dah tunggu dah. Suka betul supir ni sebab dapat jumpa saya buat kali ke-2. Dia masih ingat saya katanya. Terharu kejap, hehe.
 

Dari Airport kami terus ke Jawa Timur. Dalam perjalanan tu kami melalui Jambatan Suramadu iaitu jambatan terpanjang di Indonesia (5.438m) yang menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Madura dengan melintasi Selat Madura.


Indonesia memang tak lari dari keadaan macet. Rasanya mana-mana bandar pun sama.


Lebih dari satu jam dalam kereta, kami singgah untuk makan tengahari sebab dah sampai waktunya untuk makan. Singgah di Nasi Bebek Sinjay tapi ya ampun, ramai betul. Jadi kami tukar plan makan di R.M Bebek Songkem Pak Salim. Yang ni nampak kedainya lebih selesa dan bersih. Yang penting waktu ni belum ramai kat sini walaupun kedai ni juga sangat terkenal di daerah ini. Menu nampak simple tapi fuh terangkat jugak wei. First menu Nasi Bebek Songkem. Tau tak bebek tu apa? Itik lah! Kalau tak makan, nasi ayam penyet pun ada. Yang penting sambalnya tu. Sedap! Boleh repeat.




Selesai makan tengahari, kami teruskan perjalanan dan biasalah bila perjalanan jauh ni mesti singgah toilet lah, kedai runcit lah dan macam-macam. Dan sebelum masuk ke kawasan Probolinggo, kami singgah di kawasan ala-ala R&R untuk solat dan berehat. Bila ada R&R adalah tempat makan kan! Jadi kami terus makan malam di sini aja sebab nanti kat sana takda kedai makan dah. Kami makan di R.M Tongas Asri di Probolinggo, Jawa Tengah. Antara menu wajib kalau datang ke Surabaya adalah Nasi Goreng Rawon, Siomay Basah (ala-ala dimsum) dan Jus kesukaan saya iaitu Alpokat.





Jam 7pm kami check in homestay di Probolinggo, Jawa Timur. Sejuk okey! Homestay takde aircond mahupun kipas. Bersihkan diri dan tidur awal sebab esuk jam 2am nak keluar dah.


Day 2

Tepat jam 2am, kami dah siap sedia depan homestay dan jip juga sudah sedia bawa kami untuk tour Bromo. Jalan agak gelap dan mencanak juga laluannya. Mulakan perjalanan dengan Bismillah.




Dari homestay ke Penanjakan 1 mengambil masa selama 1 jam. Ok, ngam-ngam jip parking je sis terus raya loya dan buerrrkkk. Sis kalah. Patutlah tetiba rasa perut sebu. Aduyai, tak pernah rasa gini tak tau napa. Maybe sebab tak biasa perut kosong kot. Hahaha nampak tak.


Sampai Penanjakan jam 3am. Tahap beku 9c. Masih awal untuk tunggu sunrise. Jadi kami habiskan masa di gerai yang bertutup. Memula ingat nak minum kopi je (White coffee Luwak kegemaran sis lagi) tapi sudahnya beli juga lah mee segera goreng (indo mee) tapi share-share je sebab tak semua yang lalu nak makan pepagi nih. Sepanjang duduk sini jangan tanyalah berapa kali ke tandas. Bayar pulak tu. Hahaha







Jam 4am kami ke view point. Cari port tengok sunrise. Ingatkan tak ramai rupanya dah ramai yang dapat port cantik punya. Jadi kami ni nyelit-nyelit jelah. 


Jam 5am sunrise mulai muncul. Subhanallah, tak terungkap kata-kata masa ni selain dari bersyukur. 








Dari Penanjakan 1 kami turun ke Bukit Cinta untuk spot bergambar berlatar belakangkan Gunung Bromo dan merupakan salah satu tempat tertinggi (2.680 mdpl) dan dijadikan view point untuk melihat gunung-gunung yang lain termasuk Gunung tertinggi di Pulau Jawa iaitu Gunung Semeru (3676 mdpl). Insyaallah lain kali boleh cuba tengok view dari sini pula. Nak naik tangga tu, aduhai tinggi sangat.
 




Seterusnya kami ke Lautan Pasir Berbisik. Dah sampai sini pastikan pakai mask sebab pasirnya sangat berdebu. Waktu yang paling sesuai datang ke sini adalah musim kemarau, pasir agak kering dan kurang berdebu dan sesuai bagi yang sensitif dengan debu.





Lautan pasir menjadi saksi perkenalan kami sepanjang di sini sebab ada yang baru pertama kali bersua dalam trip ni.


Sampai di Gunung Bromo, kami tidak dibenarkan ke kaki kawah kerana Gunung Bromo mengeluarkan debu hitam  serta asap tebal yg tidak sihat. Kami hanya diberi jarak sejauh 1km sebab Gunung Bromo baru sahaja menyemburkan asap dan material vulkanik 2 hari sebelum kami tiba.
 






Bukit Teletubbies ni sangat menarik kerana warna rumputnya yang menghijau membuatkan kita terpesona dan nama diberi kerana bentuk permukaannya seakan Teletubbies.




Jam 10am kami sampai di homestay makan pagi juga sudah tersedia. Erh, pukul 10am makan nasi? Kenapa rasa macam pukul 2pm? Haha. Sebab bangun awal kot tadi. Ok juga ni. Lapar tau! Habis makan, siap-siap dan bergerak menuju ke Malang.





Sepanjang perjalanan ke Malang harini hujan pula. Tapi kami tetap ke Kampung Warna Warni Jodipan (KWJ). Masuk dikenakan bayaran sebanyak Rp3.000 seorang. Ini adalah salah satu tarikan di Malang. Kampung ini siap dibuka untuk pelancong pada tahun 2016 dimana penduduknya masih menetap sehingga sekarang.
















Kampung Biru pula berada betul-betul diseberang jalan dari Kampung warna-warni. Apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya 500 buah rumah dicat serba biru. Dari laintai, jalan, atap, dinding semuanya bewarna biru. Kalau tengok dari atas boleh dikatakan menarik juga. Kami tak masuk ke Kampung Biru sebab hujan mulai lebat. Jadi kami terus ke kereta untuk teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.



"Transportasi menembus ruang dan waktu" ini adalah tagline Museum Angkut. Harga tiket masuk adalah Rp100,000 seorang. Dalam museum ni memang banyak jenis-jenis kereta antik dari dalam dan luar negara yang menarik. Tak rugi masuk sini tau. Sekurang-kurangnya boleh habiskan 2-3 jam kat sini sebab macam-macam ado. Ada pelbagai jenis tarikan yang mesti korang teruja antaranya Presidential Helicopter, Gangster Town, Buckingham Palace, Runway 27, Pasar Apung Nusantara dan lain-lain.




































Sekarang masa untuk shopping! Kami singgah di Brawijaya Istana Oleh-Oleh sebab satu laluan. Dari jenis keropok hingga ke pakaian semuanya ada. Senang pergi satu tempat ja. 



Settle shopping, tiba masa untuk makan malam. Pilihan kalini juga tak salah! Sedap betul masakannya. Warung Mbok Sri Batu Malang. Selesai makan, baru kami check in hotel di Kota Surabaya. Bersihkan diri dan berehat.





Day 3

Booking hotel ni dah siap dengan sarapan pagi. Jadi kami dah jimat kat situ. Nak cari makan kat tepi jalan takut pula kalau-kalau dalam flight nanti perut meragam. Buffet style dan antara menunya adalah maggi goreng, roti bakar, bubur.


Selesai sarapan kami hanya ambil grab untuk ke airport. Harga juga jauh lebih murah daripada guna agensi mahupun teksi.





Alhamdulillah, selesai dah trip dengan kawan-kawan yang teringin nak ke Bromo tu. Selamat dah semua ke rumah masing-masing.


Walaupun masa agak pendek tapi sis berjaya padatkan jadual kawan-kawan ni sampai pak supir pun pening.

Pak supir : apa Mbak Suki tak kesian ka tengok kawan-kawan berjalan satu hari sampai 18jam?
Sis : Harini saja. Esuk kami sudah pulang. Boleh ya, pak.
Pak Supir : Baiklah, untuk Mbak Suki, bisa aja. Tapi lain kali tinggal sini lama sikit yah?
Sis: Alamak! Kekeke...