Menu Utama

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, dengan sokongan kawan-kawan dengan jayanya saya dapat buat blog yang tak seberapa ni. 


Kalau dulu nak travel kene tunggu cuti panjang baru boleh boleh berjalan, sekarang ni. Erm... tunggu tiket flight je. Agak-agak kalau ada promo dan mampu nak beli tiket, proceed je.


Saya juga pasti ramai di antara kita suka menghabiskan masa dengan melancong ke tempat-tempat menarik samada dalam negara mahupun luar negara. Melancong adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan ada juga yang mendefinisikannya sebagai aktiviti untuk melepaskan tekanan dan berehat setelah penat bekerja.


Islam tidak pernah melarang umatnya melancong asalkan ianya tidak melanggar syarak atau membawa kepada dosa. Oleh sebab itu, di dalam Islam juga turut menggariskan beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh setiap muslim agar aktiviti melancong yang dilakukan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Melancong itu seperti bermusafir dan jadikan melancong itu sebagai ibadah.


Selamat membaca ^_^

No comments: