Busan & Seoul, Korea

Assalamualaikum. Sorry guys lambat update! Sis takde assistant nak minta tolong story mory dalam blog ni. Masa sangat mencumburui. Anyway, alhamdulillah sis masih diberi peluang untuk share itinerary dan tempat menarik sepanjang di Busan, Korea. 

Untuk trip kalini, sis pergi selama 8h 7m bersama dua orang rakan yang lain. Tiket flight tak sampai RM600 return. Biasalah, sis akan grab tiket murah ni masa AirAsia buat promo. Walaupun tempoh setahun selepas beli tiket, dalam masa tu sempat lah sis nak study & kumpul duit untuk ke Korea ni. Budget kami dalam RM2.5k/pax termasuk shopping mopping dan kami hanya backpack sahaja. Haha.


Day 1

Date 25 Jan - 01 Feb 2018 (winter season). Flight mengambil masa selama 6jam. Kalau tak nak bazir waktu dalam flight, ambil flight awal pagi macam kami iaitu jam 1.55am dan sampai di Gimhae International Airport (PUS) jam 850am. Dapat view sunrise dan breakfast dalam flight.


Sesudah selamat mendarat, bermulalah misi backpack kami. Ok, untuk musim winter preparation sebelum keluar airport tu wajib sebab cuaca ni bukan kita buat main. Siap² pakai baju tebal, glove, mask dan letak warm pack dalam poket. Masa hari yg kami sampai ni suhu mencecah 8°C. Berlari kami ke subway tau.


Bila keluar dari airport, ada banyak cara pengangkutan yg boleh digunakan. Saya pilih untuk menaiki train. Petunjuk arah tak susah, keluar airport, lintas di traffic light dan jalan ke arah kanan. Dalam masa 3-4 minit berjalan, nampak sign subway disebelah kiri. Beli tiket satu hala guna machine yg disediakan. Baca dulu betul² mana destinasi yg korang nak pilih. Kebanyakannya mungkin akan transit dan tukar train.


Gimhae International Airport (Light train) > Sasang Station > Subway Line 2 (green) to Samyeon Station > Subway Line 1 (orange) to Busan Station


Perkara pertama yg nak kene buat ialah check in! Saya memilih motel yang berdekatan dengan Busan Station iaitu Pusan Inn. Senang nak pergi sana sini guna public transport je. Bilik budget setakat nak tido dan layan korea movie pun selesa dah.








Lepas check in, sarapan dan mandi² sikit, kami pun bersiap sedia untuk memulakan perjalanan kami yg pertama iaitu ke Busan Gamcheon Culture Village. 


Busan subway (Line 1) > Toseong Station (Exit 6) > Ikut laluan jalan ke kanan (naik bukit sikit) & jalan ke bus stop > ambil local bas (Saha 1-1/Seogu 2/Seogu 2-2) > Gamcheon Elementary School bus stop. 

Nanti akan nampak entrance dan kebanyakan penumpang akan turun di sini. So jangan risau, takkan sesat punya. Ada juga yg pilih untuk berjalan ke sini tapi saya tak suggest sebab tambang bus tak mahal, jalan berbukit dan lebih baik spent time kat dalam ni confirm habis masa berjam².



Bila dah masuk je kawasan sini, memula sekali korang kene masuk tourism punya office. Beli map untuk kawasan ni sebab kawasan ni sangat luas dan kalau main jalan jer confirm korang boleh sesat! Lagi satu, korang akan dapat sekeping kad dan kumpul stamp untuk dapatkan free gift yg disediakan etc: postcard. Ha, ni yg buat korang boleh spent sehari suntuk kat sini.


Village ini adalah salah satu tempat tarikan yang wajib dikunjungi kerana bentuk dan struktur bangunan ni sangat colourful dan apa yang lagi best ialah rumah² ni masih berpenghuni!




Sepanjang perjalanan ada banyak kedai survenir, cafe, muzium, spot bergambar dan lain² yang akan membuatkan korang tak jemu dengan pemandangan perkampungan di Busan.






























Agak² kalau penat tu brenti lah ngopi dulu ye.




Disebabkan kami nak juga selesaikan misi stamp chop ni, lebih kurang jam 6pm baru kami selesai. Dah hampir gelap dah rupanya. Hahaha... Postcard punya pasal, dapatlah bawak balik sorang sekeping. Seharian kami habiskan masa kat sini!


Nak balik ikut cara yg sama. Tunggu bus kat depan pintu gerbang cuma kalau nak balik kene lintas dan tunggu seberang jalan sebab nak patah balik ke subway Toseong station kan. 


Nampak tak keletihan kami kat situ. Ok, untuk hari pertama kami terus balik ke bilik dan makan malam dengan bekalan yang kami bawa ja.


Day 2

Seawal jam 5am kami bangun dan mula bersiap untuk aktiviti jalan sampai lebam. Selepas sarapan, kami mulakan perjalanan kami dengan Bismillah. 




Motel > Kookmin Bank > Bus (103) > Station Choryang Patrol Division > Walk 220m > 168 Stairs.


Pagi ni nak pergi tengok sunrise tapi bukan kat pantai ye. Kita pergi tempat tinggi sikit. Mana? 168 stairs! OMG!!




Sebelum jumpa 168 stairs, korang akan menghadap dulu lebih kurang 40 anak tangga... Warm up. Haha.




168 stairs sama ketinggian dengan rumah 6 tingkat. Kalau larat, naik lah tangga, kalau rasa tak mampu atau rushing, lif pun ada disediakan. Jangan risau! Insyaallah korang akan sampai kat atas tu dengan selamat. Hehe.







Ha, inilah pemandangan yang kita mahukan! Cantikkan? Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa nya, memang sejuk lah!







168 stairs > walk 220m > Dongil Park Mansion > Bus (86) > Jung-gu

Seterusnya kami ke Jung-Gu Park. Kat sini kami nak cari view port tapi tak jumpa. Yang kami jumpa adalah taman tempat orang beriadah. Disebabkan harini cuaca -14°C, kami pun buatlah senaman sikit untuk panaskan badan. Hidung pun dah meleleh je... Hahaha










Jung-gu > Bus (126) > International Market > Walk > Busan Tower

Kalau ikutkan kami nak terus je ke Busan Tower tapi disebabkan mata tak boleh tahan tengok barang cantik-cantik, so sempat juga lah shopping apa yang perlu dulu. Dan lepastu kami makan ramen di salah sebuah convenience store sebelum berjalan menuju ke Busan Tower untuk makan tengahari kami harini.








Harga tiket masuk adalah ke Busan Tower adalah KRW8,000/pax untuk dewasa dan KRW6,000 bagi kanak-kanak based dari website. Pakej dengan makanan juga disediakan tapi takde logo halal ya.









Di observatory ni pemandangan juga sangat indah. Korang dapat tengok 360. Tak rugi datang sini.
















Busan Tower > walk 5 minute > Movie Museum > walk 10 minute > Bosu-dong (Book Store Alley)

Nak jadi backpacker, macam ni lah. Hati kene kental, kaki kena kuat, mental kene stabil tak kisah lah berpanas ke, berhujan ke, bersalji ke. Baru hati rasa berbunga-bunga dapat tengok keliling tempat orang.









Bosu-dong (Book Store Alley) > walk 10 minute > Gukje Market

Gukje Market lebih murah dari Namdaemun Market (Seoul) dan kebanyakan barang sini juga adalah barangan terpakai (bundle) walaupun ada juga barangan baru. Kat sini saya dapat bundle winter jacket dengan harga KRW5,000 jerrr!!! Tak caye? Esuk saya pake ye. So, tepuk poket ok! Tapi sebelum sampai Gukje Market kami sempat singgah beli tumbler untuk collection saya di Starbucks. Hehehe.. 





Dari Gukje Market boleh jalan je ke Busan Port tengok view dan kapal keluar masuk. Kat sini juga adalah tempat bagi nelayan-nelayan menghantar barangan basah untuk dijual di Jagalchi Market. Serious lah, kat sini memang murah giler kalau nak makan seafood. Kat sini juga ada kedai makan dan mereka boleh masakkan apa-apa menu yang korang nak dengan seafood yg fresh!














Jagalchi Market > Namp-dong station (Line 1) > Jungang station > 40 step Culture & Tourism Theme Street

40 step Culture & Tourism Theme Street adalah jalan sepanjang 450m bermula dari KB Bank hingga ke tangga (40 langkah) untuk ke Palseong tour. Tangga 40 langkah ini bagi menghormati masakini yang merangkumi kegembiraan dan kesedihan pelarian semasa perang Korea. Kawasan ini juga telah diubah serba sedikit bagi mencerminkan kehidupan Korea pada zaman 50an dan 60an dan menjadi tarikan utama pelancong. Macam kami!! Haha!









40 step Culture & Tourism Theme Street > Jungang Station (Line 1) > Busan station > walk 2 minute > Texas Street & China Town

Street ni memang sesuai untuk foreigner sebab waktu-waktu macam ni happening dengan pub dan ada beberapa kedai survenir, pakaian dan lain-lain termasuk lah money changer.







Ok, masa untuk makan malam! Kami singgah di salah satu kedai india-muslim. Halal ya. Kami cuma order Nasi Beriyani dan Nan Cheese. Harga agak expensive tapi camni ler kalau nak jimat. Sharing is caring ok. Lepas makan, kami cuma lintas jalan je untuk balik ke motel. Ok, ke mana kita esuk? Surprise!!!






Day 3

Seawal jam 6am kami check out dan naik KTX dari Busan Station ke Seoul. Perjalanan hanya mengambil masa selama 2jam 15minit. Tambang KRW59,800/pax untuk sehala. Ini harga paling murah iaitu tanpa nombor ditempat duduk. Jadi, masuk ikut gerabak yang ditulis pada tiket ya.








Seoul station (Subway line 4) > Myeongdong Station > Zaza Backpackers Hostel

Sampai di Seoul, kami check in dulu sebab tak nak bawak beg kehulur-kehilir. Kang lebih penat bawak beg dari berjalan. Ok, kenapa trip kalini saya pilih Zaza Backpackers Hostel? Sebab view nampak Namsan Tower, dekat dengan kedai makanan halal, kedai runcit, market, bus dan subway station. Tadaa... inilah jacket winter bundle yg saya beli semalam tu! 



Myeongdong station (Line 4) > Chungmuro station > walk 260m

Kami mulakan perjalanan di Seoul dengan melawat Namsangol Hanok Village. Kampung Namsangol Hanok dibuka pada tahun 1998 disebelah utara Gunung Namsan dan lima rumah hanok telah diubahsuai selepas rumah tradisional Dinasti Joseon. Untuk melindungi warisan ini, hanya salah satu rumah hanok yang dibuka untuk orang ramai.














Chungmuro station (Line 3) > Gyeongbokgung > walk 550m

Gyeongbokgung Palace dikenali sebagai Istana Utara kerana kedudukannya jauh di utara berbanding dengan istana-istana lain dan dibina pada tahun 1395. Istana Gyeongbokgung boleh dikatakan paling indah dan kekal sebagai yang terbesar di antara lima istana lain.













Gyeongbokgung Palace > walk 200m > King Sejong Story

Raja Sejong (Raja ke-4) dari Dinasti Jeseon (1397-1450, memerintah dari 1418-1450) bertanggungjawab untuk beberapa pencapaian yang paling cemerlang dalam sejarah Korea termasuk penciptaan Hangeul dan kemajuan besar dalam bidang sains, budaya, seni dan politik. Patung Raja Sejong di Dataran Gwanghwamun mempunyai laluan dibelakangnya dan ia adalah rumah kepada The Story of Kng Sejong Exhibition Hall yang menggambarkan beberapa sumbangan raja paling mengejutkan untuk pembangunan Korea sebagai sebuah negara.














Gwanghwamun Station (Line 5) > Jongno 5-ga Station > Gwangjang Traditional Market

Pasar Gwangjang/Kwang Jang adalah pasaran tetap pertama yang terus berkembang sebagai destinasi pelancongan popular pada masa kini yang mempunyai kedai-kedai kain sutera, satin dan linen antara yang terbesar. Kebanyakan kedai-kedai di kawasan ini mempunyai kilang mereka sendiri yang membekalkan kain ke Pasar Namdaemun, Pasar Pyoung Hwa  dan juga beberapa kedai menjual makan ringan sepeti seaweed, kacang dan lain-lain.

Kalau nak shopping kain, makanan ringan, kat sini memang saya recommend sebab harga kat sini jauh lebih murah berbanding di pusat bandar. Boleh tawar harga lagi! Jadi, pastikan balik jangan tangan kosong ya, takut menyesal nanti.










Gwangjang Traditional Market > Jongno 5(0)-ga (Line 1) > Dongdaemun (Change to Line 4) > Myeongdong Station

Sampai di Myeongdong, kami ke hostel dulu sebab jam baru pkul 6pm. 



Kami siap² dan keluar semua sekitar jam 8pm. Malam ni kita layan street!!! Street paling happening di Myeongdong. Yang ni memang wajib pergi, setiap malam pun takpe sebab pusing sehari pun tak habis! Tapi sebelum tu, kita isi perut dulu... Di Kampungku... Dekat sgt ngan hostel kami. Jalan sambil pejam mata pun boleh sampai!






Jam dah hampir 11pm. Cuaca makin sejuk. Nak balik, kami hanya lintas jalan je. Sempoi!


Day 4

Seawal jam 730am kami berjalan menuju bus stop yang tak sampai 200m dari hostel kami. Bus no 02 mengambil perjalanan lebih kurang 15 minit je untuk sampai ke Namsan Seoul Tower. Ok, sekarang dah senang, bus terus sampai atas. Masa 2 tahun lepas bas hanya sampai di kereta kabel sahaja. So, lagi cepat korang boleh sampai atas k! Jimat masa sikit.

Namsan Seoul Tower juga adalah satu tempat wajib pergi bagi pelancong asing yang pertama kali sampai di Seoul. Bahagian atas menara hampir 480m di atas paras laut termasuk Gunung Namsan (243m) dan ketinggian menara adalah 236.7m. Di sini boleh lihat pemandangan Seoul dengan jelas sekiranya cuaca mengizinkan. 

Kalau berminat nak naik di observatory, harga bagi dewasa adalah KRW10,000 dan KRW8,000 bagi kanak-kanak. Kami tak naik sebab kami nak view dari kaki menara je, itupun dah cukup cantik dan jangan lupa beli lock & gantung kat kawasan disediakan... Just sebagai kenangan kot!


























Namsan Seoul Tower > walk 15 minute > Chungmuro Station (Line 2) > Ewha Women University Station

Ewha Woman University sangat terkenal dan dikenali sebagai fashion street kerana menjual pelbagai barangan fesyen seperti pakaian, kasut dan aksesori walaupun kedai serta lorong yang sempit dan ini membuatkan tarikan bagi pelajar serta pelancong wanita.





Ewha Women University Station (Line 2) > Hongik University Station > Exit 8/9

Hongdae street adalah tempat utama kawasan Hongdae yang mempunyai persembahan bebas seperti indie band, tarian, pemuzik jalanan dan lain-lain dengan dikelilingi kedai-kedai pakaian dan juga barangan lain. 












Hongik University Station (Line 2) > Hapjeong Station > Change to line 6 > Itaewon Station 

Itaewon street juga meriah untuk pelancong dan juga penduduk tempatan kerana disini mempunyai pelbagai kedai jualan barangan serta mudah mendapatkan kedai makanan halal bagi kaum Muslim. Salah satu tarikan pelancong di kawasan ini adalah Masjid Itaewon (Itaewon Mosque).



Kalau datang Itaewon, memang ada banyak pilihan kedai makan tapi saya mencadangkan agar korang ke Eid Restaurant. Owner nya Muslim Korea tapi pekerja disitu adalah part-time student Malaysia. Kalau tak tahu nak makan apa, minta je mereka recommend tapi jangan risau, semua menu yang ada tu sangat sedap. Harga kebanyakan menu dalam tu hanya KRW10,000/set. 






Perut dah kenyang, mata dah ngantuk, so perjalanan diteruskan ke Myeongdong Station dengan rasa nak balik bilik terus. Sejuk sangat tak tahan dah ni.

Itaewon Station (Line 6) > Samjakgi Station > Change to line 4 > Myeongdong Station


오늘 밤 좋은 밤

Day 5

Pejam celik pejam celik dah hari ke-5. Kalau berjalan cepat jer rasa masa berlalu. Cuba kalau duduk rumah/office, Ya Ampun, rasa macam bateri jam dah out! ^_^ Apa lagi tempat menarik yang wajib pergi kalau dah sampai Korea kalau bukan Nami Island/Pulau Namiseom.

Pulau Namiseom dibentuk sebagai hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Ia adalah pulau berbentuk separuh bulan dan di atasnya adalah kubur Jeneral Nami, yang membawa kemenangan besar terhadap pemberontak pada tahun ke-13 dari raja ke 7 Dinasti Joseon, Raja Sejo (memerintah 1455-1468). Namiseom Island terkenal kerana laluan bagi penjalan kaki dikelilingi pokok yang indah dan eluk jer berbaris dan tersusun. Pulau ini lebih dikenali selepas drama 'winter sonata' melakonkan banyak babak disini.

Myeongdong Station (Line 4) > Chungmuro Station > Change to Line 3 > Oksu Station > Change to ITX train > Gapyeong Station > Exit Gapyeong Station > Bus (33-5) > Ihwa-Samgeori > Walk 10 minute > Ticket counter

Cara paling mudah dari Gapyeong station ke Nami Island adalah dengan menaiki shuttle bas KRW6,000 (dewasa) dan KRW4,000 (kanak-kanak). Tiket ni boleh digunakan selama seharian serta boleh turun naik secara bebas dibeberapa tempat lawatan/hentian yang disediakan.




Ok, kalau sebelum ni saya pernah ke Nami Island dengan menaiki zipline (musim autumn), so kalini saya cuma naik ferry KRW13,000/pax je dek kerana tiga faktor. Pertama, musim winter ni kalau naik zipline (KRW44,000) mau beku rasanya kat atas tu dengan anginnya lagi. Faktor kedua adalah sebab boleh jimat lebih masa dan ketiga jimat poket! Haha...







Kat sini ada juga di sediakan perkhidmatan sewa basikal, tapi kebanyakannya tak menyewa sebab lebih selesa dan senang kalau berjalan. Kadar sewa ikut pax/hours. Boleh check kat memana website.





























Kat Nami Island mana nak cari makan? Alhamdulillah, sekarang tak susah dah nak cari makan, ada 2-3 kedai halal dah kat sini dan paling recommend kalau try nasi goncang dan pau kacang. Sejuk-sejuk ni makan pau panas memang yumee! Surau juga disediakan. Ikut je signboard.









Jam 5pm kami gerak keluar dari pulau dah sebab taknak berebut ferry nanti. Last ferry jam 630pm & last bas jam 7pm. Kalau terlepas bas kene ambil taxi. Kalau 4-5 orang ok lah ambil taxi sebab boleh tong-tong.






Dari Nami Island, kami terus balik ikut laluan sama masa datang pagi tadi dan malam ni kami terus ke Myeongdong street untuk shopping dan cari makan. Apa yang boleh dimakan kat street ni? Ada beberapa stall halal, insyaallah. Tapi paling saya suka ialah fish cake! Settle jalan, singgah convenience store beli makanan sampingan pulak. Sejuk-sejuk ni cepat lapar kan.









Day 6

Di Zaza Backpackers hostel ada sediakan light breakfast. Ok lah dpt juga lapik perut sebelum keluar berjalan.



Myeongdong Station (Line 4) > Hoehyeon Station

Pagi ni kami ke Namdaemun Market yg dibuka setiap hari jam 7am hingga 5pm kecuali hari Ahad. Ok, serious cakap market sini paling saya suka sebab tak sesak dan banyak pilihan barangan serta harga juga murah! Baju I Love Korea, jogger pants, sweater, survenir, kasut dan lain-lain. Memang murah!










Hoehyeon Station (Line 4) > Seoul Station > Change to KTX > Busan Station > Change to Line 1 > Seomyeon > Change to Line 2 > Haeundae Station > walk 4 min > Business Hotel Haeundae S

Selesai shopping di Namdaemun Market, kami terus ke Seoul station untuk balik ke Busan dan kami sampai lebih kurang jam 4pm. Kami check in terus dan lepas maghrib baru kami keluar.

Apa ada kat Haeundae? Ok, baca entri ni sampai habis.








Malam ni kami ke Haeundae Market, tak sampai 100m dari hostel. Kat market ni ada macam-macam. Shop, kedai survenir, kedai makan seafood dan lain-lain. Meriah juga suasana malam kat sini walaupun tak ramai macam kat Seoul. Nampak sunyi jer, oh lupa ni kan Busan. Busan memang aman dan menyenangkan...














Selain dari tu kalau korang rajin jalan, korang akan jumpa Hard Rock Cafe Busan yang tak jauh dari Haeundae beach. Boleh dikatakan rezeki kami malam tu, semua barangan Hard Rock Cafe ada diskaun 50%. Ha, apa lagi! Horey-horey lah!




Dari Hard Rock Cafe kami hanya berjalan kaki je untuk balik ke hostel & on the way tu ternampak pulak tteok-bokki apa lagi memula ni beli & tapau je nak makan dalam bilik sambil main game. Hah, game? Ye dalam bilik ada machine game, masuk syiling ja. Sekali sekala apa salahnya kan sebagai hiburan. Dan tu dia... hasil tangkapan di HRB tadi... Hehehe





Day 7

Haeundae Station (Line 2) > Bexco Station > Change Light Train > Songjeong Station

Pagi ni kami teruskan perjalanan kami ke Songjeong. Dari subway station, exit dan lintas jalan. Jalan dalam 200m kami nampak dah Songjeong port. Tempat boat-boat berlabuh. Jalan depan sikit, kami ke Seongjeong Park. Dari Seongjeong park boleh lihat pemandangan pantai Songjeong. Walaupun musim winter, tapi pantai kat sini tetap cantik.




















Songjeong Park > Bus (39/1001/1003) > Dongbaeksom Island Entrance > Walk 650m > Nurimaru APEC House

Nurimaru APEC House berasal dari gabungan sebutan Korea iaitu nuri (dunia) dan maru (puncak) yang merujuk kepada dewan persidangan APEC.  Ianya terletak di Pulau Dongbaeksom yang terkenal dengan landskap indah yang diperbuat oleh pokok camellia dan pain yang padat. 














Kawasan ni agak luas dan korang jangan risau, takkan sesat punya. Dan dari Nurimaru, jambatan gantung disediakan untuk laluan ke Haeundae beach. Ha, nampak tak susunan perjalanan tuh! :)










Sampai di Haeundae beach ni rasa macam bukan musim winter dah. Tapi bila rasa airnya, hah memang sejuk juga. Tak boleh nak mandi-mandi. Hehe... Pantai Haeundae adalah pantai yang terkenal di Busan dan panjangnya lebih kurang 1.5km. Antara tarikan di kawasan ini juga termasuk pulau dongbaek, akurium busan, dek kapal layar dan lain-lain.











Kami lepak tepi pantai sampai lewat petang. Selesai jalan dan beli barang survenir, kami jalan pulang ke hostel dengan berjalan kaki sahaja. 100m je kan... On the way balik, kami repeat Tteok-bokki, gimbap & pau kacang hijau. Kalini kali makan sampai puas. Siap tapau makan dalam bilik dan banana untuk orang Malaysia. Esuk balik Malaysia taknak kempunan. Hahaha...







Day 8

Business Hostel Haeundae S > Haeundae Station (Line 2) > Suyeong Station > Change to line 3 > Daejeo Station > Change airport train > Daejeo Station > Gimhae International Airport

Ok, harini cerita di airport sahaja. Jam 7am dah check out hostel dan sampai airport ikut timing. Takde nak terkejar-kejar.





Alhamdulillah, selamat dah mendarat di Malaysia. Insyaallah, soon akan datang sini lagi sebab Busan jauh lebih tenang berbanding bandar Seoul. Pakcik² & makcik² di Busan juga jauh lebih ramah walaupun tak berapa nak gheti cakap bahasa english. 

Trip kalini walaupun ada juga drama tapi jadikan itu sebagai hiburan dalam pengembaraan. Takde drama takde lah cabarannya kan. Baru best!

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih sebab sudi baca dan 너를 봐.

Assalamualaikum.

No comments: