Perjalanan dari KL ke Ipoh cuma mengambil masa selama 2 jam je. Tujuan saya bercuti di Ipoh kali ni saja santai-santai pusing bandar je. Bermalam di Ritz Garden Hotel 06hb - 09hb November 2015 (4h 3m). Budget RM600.

Day 1
Sampai je Ipoh, saya terus check in dan lepak-lepak di hotel je. Facilities kat sini memang banyak. Antaranya:-

Super Deluxe Room

Swimming pool

Swimming pool

Kid's pool

Poolside Cafe

Snooker Table

Library

Cinema

Shop
Malam ni nak makan apa? Hah, kebetulan restoran yang popular di Ipoh ni adalah Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung dekat je dengan hotel tempat saya menginap. Jalan kaki je. Restoran ni buka jam 5pm hingga malam.
Banyak pilihan menu kat sini yang boleh anda cuba. Antaranya, nasi lemak ayam kampung, pelbagai jenis bubur, goreng-goreng, sup belut, otak-otak dan lain-lain. Harga? Nasi lemak ayam kampung RM8.50. Boleh tahan juga.


Perut pun dah kenyang, saya balik ke hotel dan layan cinema di hotel. Malam ni pihak hotel pasang movie Hero 6. Ok juga lagipun belum tengok lagi cerita ni. Selesai movie ni, apa lagi. Tidur ler.
Day 2

Sebelum keluar jalan-jalan saya breakfast dulu. Breakfast dah include dalam package hotel. Harini nak pusing town jalan kaki je... Baru feel

Bermulalah jejak warisan Ipoh
Masjid Negeri. Salah satu mercu tanda yang terkemuka di Ipoh yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat Islam keseluruhannya sebagai asas kepada Islam.

Stesen Keretapi
Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal.

Laluan masuk ke Stesen Keretapi

Dewan Bandaran Ipoh

Perpustakaan Tun Razak

Ipoh Parade Shopping Mall

Antara wall art dalam Ipoh Parade

Taman Dr Seenivasagam

Taman Jepun

Gerbang Malam
Gerbang malam ni berada betul-betul di town city. Tak sampai 5 minit jalan dari hotel. Ala-ala uptown Danau Kota gitu tapi tak semeriah Danau Kota lah. Banyak juga barang-barang jualan disitu. Kalau tinggal di town, boleh la jalan-jalan cuci mata kat sini.

Antara jualan di gerbang malam
Lepas selesai berjalan di gerbang malam, saya pulang ke hotel dan layan cinema. Malam ni layan cerita cina tanpa subtitle. Aha. Buat-buat paham je lah.
Day 3
Lepas sarapan pagi, saya ke Memory Lane. Antara tempat yang paling happening pada hujung minggu. Saya sampai jam 9am, ingatkan masih takde orang rupanya dah penuh sesak. Pagi ni saya bawa kereta je, huh! berpusing sampai 2-3 kali untuk cari parking. Susah woo!!

Memory Lane

Kopi O tapau ikat tepi *wink*

Birch Memorial Clock Tower

Plan B

Antara suasana dalam Plan B

Lagenda fashion art

Library

Atas ni hotel. So ini laluan tangga untuk ke hotel Plan B.

Antara lokasi untuk yang menarik untuk bergambar

Antara laluan short cut

Ipoh mali... Ipoh Ipoh mali...

Antara salah satu stall di Plan B

Lukisan karya kanak-kanak bawah 12 tahun

Ice ball vs Selalu Locks

Antara pelbagai jenis mail box

Sempat juga masuk Yasmin Ahmad muzium

Antara memory dan cerita Allahyarhamah Yasmin

Tiket masuk ke muzium Yasmin

Mari berteduh

Dah tengahari, perut pun lapar. Harini lunch depan hotel je.

Mee gorengnya memang famous dan betul-betul terbaiklah
Lepas makan tengahari, saya pulang ke hotel. Hujan dah turun. Hehe... Petang, layan swimming pool je sampai lah lewat petang.
Malam. tengok movie. Malam ni cerita Spiderman. Layan...
Day 4
Last day di Ipoh takde pape aktiviti pun. Lepas breakfast, saya layan swimming pool sampai jam 11pm. Balik bilik, packing-packing dan check out.
Santai abis bercuti kali ni..
No comments:
Post a Comment