Seoul, South Korea

Annyeonghaseyo...

Pejam celik pejam celik, setahun dah berlalu. Kalau nak tiket murah, hah grab lah masa Air Asia buat promo free seat. Sebab, nama je free seat bila dah campur airport tax, service charge dan lain-lain tax mahu beratus-ratus juga totalnya.

Di sebabkan saya ni terlebih rajin belek-belek harga promo, dapatlah rezeki beli tiket pergi balik ke Seoul, Korea dengan harga RM599/seorang by AirAsia X. Ini tak campur luggage dan makan kat dalam flight sebab yang tu boleh add on sebelum check in online je. 

Tarikh perjalanan kami adalah pada 03 - 08 November 2016 selama 6h 5m. Bulan November adalah musim autumn di Korea dan untuk trip ni, kami hanya berlima sahaja. Dan yang ruginya masa kami pergi ni duit Malaysia tengah jatuh mendudup. Rate yang saya dapat 1000 won = RM3.81.

Kalini saya tak buat open trip. Kalau open trip, mau 10 orang nak ikut ni nanti. Bukan tak nak ajak ramai-ramai tapi sebab ini adalah trip pertama saya ke Seoul, Korea. So, biar kami santai-santai dulu. Kang ramai-ramai takut kelam kabut pulak kan. Bila dah terror nanti, hah... angkut satu bus pun boleh. Haha... melawak je ye.

Sebelum ke Korea, kami berlima pergi ke Korea Tourism di KL untuk dapatkan T-Money Card (free 2,000 won) dan discount cupon secara percuma. Siapa tak ambil, bagi saya agak rugi jugak lah sebab kupon dalam tu memang boleh digunakan disana. So, ini juga boleh buatkan kos perbelanjaan kat sana jadi berkurangan.


DAY 1


Perjalanan mengambil masa selama 6 jam bermula jam 8am. Untuk ke Seoul, flight AirAsia X jauh lebih selesa berbanding AirAsia. Walaupun perjalanan lama tapi alhamdulillah... selesa. Setelah 2jam perjalanan, barulah makanan yang kami dah siap order secara online sampai. Lepas makan, tidur. Jauh lagi perjalanan ni.


Bila dengar boarding announcement, rasa macam excited tetibe datang. Hehe. Almaklumlah, first time. Jam 4pm kami selamat sampai di Incheon International Airport.

Lepas keluar dari flight ingatkan terus jumpa imigration dan ambil luggage, rupanya kami kene naik train transit dulu. Lepas dah transit, jumpa imigration dan seterusnya ambil luggage. Fuh! luggage ni penuh dengan stok makanan je. Nasib baik lepas. 



Keluar dari pintu utama, wah... besarnya Airport. Teruja kejap. Then kami turun ke B1 untuk ambil AREX. AREX adalah keretapi tanpa henti yang bermula dari Incheon International Airport ke Seoul Station dan juga return. Kalau kat Malaysia macam KLIA Express dari KLIA ke KL Sentral non stop.

Bila dah sampai bawah tu terus ke kaunter AREX untuk beli tiket. Harga asal tiket AREX adalah KRW8,000 seorang tapi untuk pelancong asing kalau datang secara berkumpulan lebih dari 3 orang AREX tawarkan harga KRW6,000 sahaja untuk seorang. Tapi kalau datang seorang ataupun berdua, boleh lah guna kupon yang u all ambil kat tourism tu sebab harga tiket untuk AREX cuma KRW6,900 sahaja. Hah, save dah kat sini kan.

Actually, boleh je ambil bus lepas kuar dari arrival hall untuk ke Myeongdong dengan menaiki bus no 6015 dengan harga KRW15,000 (mahal sikit dari tambang AREX & subway) tapi ikut pilihan u all nak pilih train ataupun bus tapi masa macam ni rasanya jalan raya mesti sesak sebab time orang balik kerja. Kalau naik AREX, tak sampai 1 jam perjalanan. Kalau bawak luggage besar2 pun xpe sebab AREX ada menyediakan ruang untuk luggage dan dalam AREX ada pembantu yang akan jaga korang. Ala, pendek kata macam stewardess. 




Cuma bila dah sampai di Seoul Station, u all kene transit ambil subway ikut line ke arah tempat u all stay. Di sebabkan kami dah ada T-Money, so kami cuma top-up aja dalam KRW50,000 seorang untuk sepanjang perjalanan kami di Seoul. Banyak? Takpe, sebab kalau ada balance T-Money kami boleh guna untuk beli apa-apa barang di mana-mana mini market. Best kan.

Dari Seoul Station kami ambil laluan subway untuk ke Myeongdong. Tak jauh, cuma 2 station sahaja dari Seoul Station. Jam 515pm kami sampai di penginapan kami. Saya pilih untuk menetap di M.O.M House di Myeongdong. 


Kenapa M.O.M? Pertama, sebab facilities yang disediakan. Untuk 2 malam pertama kami stay di dalam bilik sky family (2 tingkat) memang khas untuk 5 orang siap ada washing machine, dapur, microwave, private toilet dan lain-lain. Kedua adalah sebab dekat dengan bus station, subway station, night market, shopping mall, mini market dan sebagainya. 



Lepas check in, kami cuma berehat selama setengah jam dan mula ke destinasi pertama kami iaitu Namsan Tower. Sambil kami berjalan ke station bus dalam jarak tak sampai 100 meter tetiba.... fuh! Angin sepoi-sepoi bahasa pulak dah. Malam, sejuk! 8'C wei dan kebetulan ada pulak free shuttle bus ke Namsan Tower lalu. Apalagi, grab lah. Free kot. Ikut apa yang saya baca info, kene naik bus yang berbayar. Hehehe... rezeki dihari pertama.

Dalam 5 minit perjalanan bus, sampai juga kami di cable car station. Kadar tambang cable car return adalah KRW8,500 seorang. Kalau datang siang, boleh lah jalan kaki je tapi untuk view malam, saya sarankan lebih eluk untuk naik cable car. View sangat cantik. Berbaloi sangat. Nah, saya belanja sikit gambar di Namsan Tower.







Kami jalan-jalan di Namsan Tower tak lama. Kurang dari 1 jam. Tak tahan sejuk!!! Masa turun dari Namsan Tower, kami naik cable car semula. Tunggu punya tunggu bus tak jugak sampai-sampai. Akhirnya kami jalan kaki untuk ke Myeongdong dengan pandu arah seorang runner yang baru habis jogging. Katanya, tunggu bus lama so better jalan. Tak sampai 10 minit pun sebenarnya tapi disebabkan jalan sambil bergambar tu yang buat jadi 10 minit jugak tu. Jalannya agak cerun sebab menuruni kawasan perumahan yang berbukit.




Sampai je di Myeongdong, nampak dah Myeongdong market. Yeeha!! Kawan-kawan semua dah mula rambang mata. Market ni buka bermula jam 10am hingga 11pm. Ada macam-macam jualan tambah pula deretan kedai yang sangat panjang. Kalau nak cari mask, stokin, baju, makanan, semua ada di sini. Agak murah berbanding di tempat lain. Untuk muslim, makanan kat sini u all kene hati-hati sikit sebab ada yang tak halal. So better u all tanya dulu apa ingredient yang mereka gunakan. Tapi kat night market ni ada juga yang jual makanan halal. So, rajin-rajin lah ronda semua kawasan ni ya. Rugi tak pergi. Meriah sangat





Jalan-jalan jam pun dah pukul 11pm. Market pun dah mula beransur-ansur tutup. Jadi kami pun balik ke guesthouse kami. Tak jauh pun, cuma lintas jalan je. Semua jalan dengan hati yang girang. Wohoo! Masuk bilik, siap2 dan makan maggi. Slurpp! dan tidur.


DAY 2

Hari kedua kami sarapan di guesthouse. Apa yang kami boleh makan cuma roti bakar & scramble egg with coffee. Ok lah tu, untuk alas perut sebelum berjalan.



Tadaa... kalau nak tahu, M.O.M House ni adalah salah satu business keluarga kepada Kyuhyun iaitu salah seorang penyanyi K-pop dari kumpulan super junior. 


Lepas sarapan, kami teruskan ke destinasi pertama iaitu Namsangol Hanok Village. Pengangkutan yang digunakan adalah subway. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk cuma kalau nak sewa hanbok KRW5,000 untuk seorang. 









Dari Namsangol Hanok Village, kami ke Insadong street. Di sini ada pelbagai jualan seperti cenderahati, baju-baju tradisi serta pelbagai lagi. 





Dah sampai sini, boleh lah masuk salah satu shopping complex iaitu Ssamziegil. Agak famous tempat ni di kalangan rakyat tempatan dan juga pelancong.




Kurang 1 jam di Insadong, kami terus ke Bukchon Hanok Village. Tempat ni memang lawa kalau nak photo shot. Apa yang menarik kat sini adalah laluannya. Selalu tengok dalam drama korea je kan, kalini tengok real memang serius lawa tempat ni.







Dari Bukchon Hanok Village, kami cuma jalan kaki sekitar 10 minit untuk ke Gyeongbokgung Palace. Ini adalah antara palace yang terbesar dan popular di Seoul. Bayaran masuk dikenakan KRW3,000 seorang. Kat sini memang besar, tak larat nak jalan pusing satu palace. Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam juga disini.







Seterusnya kami ke Sejong Centre. Sejong Centre ni pula adalah tempat untuk membuat pertunjukan seni. Kalau di Malaysia, ala-ala Istana Budaya. Walaupun kami tak masuk untuk tengok persembahan, atlist kami dah sampai sini. Mana tau kot-kot ada show ke senang lah sebab dah tau tempatnya kat mana. Hehehe...






Sampai je di Sejong Centre ni, kami cari port untuk makan tengahari. Makan tengahari harini kami bawak bekal je. Beli Brahim sudah, nak kata sedap tak lah sangat tapi untuk tutup perut dari kelaparan, ok je.


Dari Sejong Centre, kami teruskan perjalanan untuk ke Seoul Plaza. Tempat yang kami nak lawat adalah Bangunan Kaca di City Hall. Untuk tengok view, kami naik lif untuk ke sky plaza. So nampak lah apa yang berlaku di tengah-tengah bandar ni. Kebetulan masa kami sampai di City Hall, ada Kimchi Festival. Meriah!


Selesai santai-santai di Bangunan Kaca, kami tak sangka pula ada perpustakaan di sebelahnya. Seoul Metropolitan Library. Ramai juga orang keluar masuk dari perpustakaan ni.


Sebelum kami teruskan perjalanan ke Subway, lintas dari City Hall kami singgah di Deoksugung Palace. Erm, kalau tanya pelancong lain sure derang akan pergi salah satu palace je tapi kami tak. Ketiga-tiga palace kami pergi dalam masa satu hari. Di sini bayaran masuk dikenakan KRW1,000 seorang dan tutup jam 9pm. Ikut plan asal kami nak cuba pakai hanbok disini sebab hanbok disini free je tapi disebabkan dah lewat petang, hanbok pun dah fully booked. So sad. Tapi takpe, banyak lagi hari yang boleh buat kita orang cari hanbok. Think positive. Toinkkk!!!


Ok, seterusnya kami ke GwangJang market. Market paling lama dan meriah. Disini banyak food yang non halal, buah-buahan segar, kain cotton dan macam-macam jenis makanan Korea. Kalau nak beli seaweed, kat sini jauh lebih murah dari night market. So, better beli kat sini aje. Recommended.




Dah puas jalan & shopping di GwangJang Market, kami teruskan perjalanan ke Dongdaemun street. Mak aii... panjang betul street nya. So, kami cuma jalan-jalan je sebab takde apa nak di cari...  


Last destinasi kami harini adalah Cheonggye streamCheonggye stream ni adalah laluan bawah tanah sambil menikmati air sungai serta lampu-lampu nya. Disebabkan kawan-kawan dah larat nak berjalan, kami cuma ambil gambar dari atas je. 


Dah bergambar, kami pulang ke guesthouse untuk menikmati makan malam. Hah, pukul 11pm makan malam kita orang harini. Kekekeke....


DAY 3

Wah... hari ketiga dah? Cepatnya masa berlalu... Lepas breakfast, kami check out dari M.O.M House sebab harini kami nak ke Itaewon. Alang-alang tu kami check in terus ke sana untuk 1 malam. Tapi kami x bawak semua luggage kami sebab next day nanti nak check in M.O.M House semula.

Lepas check out kami terus ke Namdaemun market. Fuhyoo!! besar betul market nya. Kat sini kalau nak beli brooch, tshirt, kasut, bag, cap, cenderahati memang banyak sangat pilihan hati. Kalau poket ramai, boleh lah shopping apa yang patut kat sini. Pepagi shopping rasa macam bersih je mata ni. Haha.


Dari Namdaemun market, kalau nak naik subway, kat lorong bawah tanah pun boleh shopping tau. Jangan main-main...


1 jam juga kami berjalan di Namdaemun Market. Dah selesai tawaf satu market, kami ke EWHA Woman's University



Hah, kalau nak tahu Running Man pernah beraksi kat sini. Gila besar kawasan nya. Kalah kita punya University. Yang bestnya, University sini open. So, kalau nak lepak-lepak santai kat sini pun boleh. Opps! Actually sepanjang perjalanan dari subway ke EWHA Woman's university ni ada street market. Cuci mata lagi. 




Seterusnya kami ke Hongik University pula. University lagi? Yup! Hongik University free market special hari sabtu sahaja ya. Kat sini lagi lah meriah... Lenguh dah kaki nak jalan. Kat sini kami spend dalam 1 jam setengah jugak kot. Lama pun takpa atlist dapat apa barang yang nak dibeli tu. Wohoo...






Dah habis shopping, kami ke War Memorial of Korea pula. Besar sungguh tempat-tempat melawat di Korea ni dan sepanjang lawatan kami ingatkan para pelancong je yang akan berkunjung rupanya orang lokal Korea pun datang melawat tempat-tempat macam ni. Bagus sungguh. Tapi apepun, memang teruja dengan tempat lawatan ni.





Dari War memorial kami ke Itaewon pula. Keluar je dari Subway, uiii... ramainya orang kat sini. Sesak sungguh. Tempat pertama yang kami nak cari adalah Eid restaurant. Nak makan nak makan! Fuh! nasib baiklah kami bermalam di sini. Jalannya Ya Ampun, jauh dan berbukit. Adalah dalam 15 minit dari subway kot. Lepas nampak je signboard restaurant terus laju je semua... Akhirnya sampai juga jam 3pm.


Eid restaurant ni pemilik asal adalah orang Korea sendiri yang telah memeluk agama Islam dan ada beberapa orang student Malaysia ambil inisiatif membuat kerja sambilan disini. So, nak berinteraksi tu senang lah bagi kami. Tak sampai 10 minit, pesanan kami pun sampai. Apalagi melahap lah semuanya. Semua ambil menu lain-lain dan semuanya superb. Tak rugi kalau korang jalan jauh-jauh dan dapat makan makanan sedap macam ni. Set makanan pun tak mahal. Untuk set bolgogi harganya cuma KRW10,000 siap boleh refill kimchi banyak kali pun boleh kalau nak.

Lepas makan, kami check in bilik. Bilik kami adalah by Eid juga. Jalan kehadapan 2 minit dari restaurant. Disebabkan kami berlima, kami ambil dorm sahaja dan shared toilet. Dah masuk bilik, kami semua tidur dulu dalam 30 minit untuk fresh kan stamina semula. 


Memula macam dah tak larat dah, tapi badan ni kalau dipaksa lagi tak larat. So, gagahkan juga untuk keluar ke tempat seterusnya.


Timing dah lari, tapi kami tetap ke 63 Square. Kami naik Art Sky dengan bayaran masuk KRW13,000 seorang. Sampai atas, banyak lukisan-lukisan cantik serta view yang menarik. Dari atas ni boleh lihat sekeliling hangang park dan kawasan yang luas sebab bangunan ni adalah bangunan yang tertinggi. Di atas ni juga ada extreme challenge. Apa yang extreme? Berdiri atas cermin dan nampak view bawah. Wooo! nasib baik hari dah malam, so takdelah gayat sangat.




Dari 63 Square kami berjalan ke KBS Branch. Saja je nak amik gambar. Dari KBS kami ambil teksi dengan tambang KRW3,000 untuk ke MBC. Nak pergi SBS, jauh sangat pulak. So KBS dan MBC pun cukup dah.


Kami tak pergi ke Hangang park sebab dah malam sangat dan rasanya takde apa dah kat situ melainkan naik cruise. Lagipun tadi kami dah teropong Hangang park dari 63 Square je. Hahahaha....

Dari MBC, kami balik semula ke Itaewon. Di Itaewon kami mula cari makan malam. Malam ni kami makan kebab je. Cukup lah tu sebab siang dah makan banyak. Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar Itaewon street. Meriah sangat kat sini sebab ramai yang drunk. So, tak tau mana nak pergi lagi, kami terus balik ke bilik aje. Sambung esuk punya cerita. Goodnight...


DAY 4

Bangun je awal pagi, mandi dan siap2 sarapan di ruangan tamu di Eid guesthouse sebelum check out. Sarapan pagini kami makan maggi di awal pagi. Hehe... sedap pulak makan maggi panas-panas kat sini sebab cuacanya yang teramat lah sejuk. Selesai sarapan, kami check out dari Eid guesthouse dan teruskan perjalanan ke subway station. 


Harini kami nak ke Everland... Mari kita Enjoy!! Banyak subway transit yang kami lalui untuk sampai ke Everland. Oh ya, lupa pula nak pesan awal2 tadi. Kalau nak pergi Seoul, jangan lupa ambil map yang ada route untuk subway sekali. Banyak manfaat serta perjalanan korang akan lebih lancar bila berpandukan peta. Dan yang penting, korang takkan sesat ataupun tersalah laluan.


Kami sampai di Everland station pada jam 10am dan kene menapak dalam 200 meter untuk menaiki shuttle bus ke Everland. Shuttle bus ni free je dan sangat cepat. Kalau bus penuh, next bus dah tunggu kat belakang dah. So, dun wurry k. 


Dalam 5 minit perjalanan, sampai dah di pintu masuk Everland. Kat sana ada kaunter untuk foreigner tapi kalau kaunter tu tutup, boleh je beratur di kaunter tiket sama dengan orang lokal. Kaunter tiket kat sini banyak sangat so kalau beli terus kat sini pun takde masalah. Untuk Everland, kami juga discount cupon yang kami dapat di Korea Tourism haritu. Dapat lah discount 30%. Harga asal KRW52,000 dan dengan jimatnya kami dapat dengan harga KRW36,400 seorang sahaja. Jimat kan.


Bila masuk ke Everland, mula lah teruja dengan semua permainan kat ini. Kami tak ke water park sebab takut leceh nak tukar-tukar baju bagai. Jadi kami cuma merasa permainan yang adventure sikit seperti rock spin, roller coaster dan lain-lain.








Di Everland, kalau nak cari makanan boleh tahan senang jugak lah. You all boleh makan di Burger Cafe dan cuba menu shrimp burger. Sedap woo. Harga set burger & air KRW6,900. 




Di luar Burger Cafe pula ada pop corn. Lepas makan burger, kami makan pop corn pula dengan harga KRW6,000 large size untuk buat kudapan.


Hari dah petang, jam 6pm kami mula beransur dari Everland. Seperti kami datang, masa balik pun kami ambil shuttle bus untuk ke Everland subway station. Masa pulang, kami transit di station Gangnam. Apa yang ada di Gangnam? Gangnam ada juga tempat shopping tapi agak expensive sikit harganya dan tak sesuai dengan kami yang buat trip budget. Jadi lepas kami photo shot di station gangnam, kami terus transfer line untuk ke Myeongdong. 


Sampai di Myeongdong station, kami terus check in semula di M.O.M House. Kalini bilik kami bertukar dari sky family ke futon. 


Hah, ini baru feel ala-ala korea. Lepas check in kami dinner di bilik je. Banyak lagi stock makanan kami ni. Nak kene habiskan sebelum balik Malaysia. Malam ni tidur awal sebab esuk nak pergi tempat yang terkenal sangat di Korea ni. Kemana? Jom baca untuk next day pula.


DAY 5

Harini kami nak ke Gapyeong! Harini kami naik ITX train. Kalau nak naik bus pun boleh, murah sikit tapi dengan budget T-Money yang kami ada, kami decide untuk naik ITX je. Wah... percaya tak, dengan trip ke Korea ni, semua keretapi kita orang dapat merasa naik. AREX, subway dan juga ITX. Best-best. Perjalanan ke Gapyeong station agak jauh sebab tu kalau nak pergi, eluk lah keluar awal-awal macam kami ni.


Kami sampai di Gapyeong station jam 10am. Keluar dari station Gapyeong, kami terus tunggu shuttle bus di stesen bus betul-betul berhadapan dengan Information kaunter. Harga tiket shuttle bus KRW6,000 seorang dan bayaran hanya terima tunai sahaja. U all bayar pada pemandu bus masa memula naik. Lepas dapat tiket, pastikan tiket tu selamat dengan korang sampai korang balik. Sebab setiap kali u all turun dan naik balik shuttle bus tu, u all kene tunjuk tiket bus pada pemandu untuk mengesahkan perjalanan korang.


Destinasi pertama yang kami nak pergi adalah Rail Bike. Yang menariknya rail bike ni adalah sebab u all boleh kayuh sambil melihat pemandangan di Gapyeong. Rail bike ada 2 pilihan samada 2 seater mahupun 4 seater. Untuk 2 seater harganya adalah KRW25,000 dan 4 seater KRW35,000 dan harga adalah berdasarkan bike. Kalau u all datang 4 orang, u all dah jimat kalau amik yang 4 seater punya. 





Untuk rail bike ni, masa perjalanan  dari Gapyeong Rail station ke Gyeonggang rest station adalah sekitar 20 minit dan masa diberi selama 5 minit untuk berehat. Selesai berehat, dari Gyeonggang station u all kene kayuh patah balik ke Gapyeong station. Pendek kata, kalau pergi Gapyeong Rail Bike ni, kene spend masa lebih kurang 1 jam kat sini.


Sesudah sampai di Gapyeong Rail Bike, kami tunggu shuttle bus untuk ke Nami Island pula. Biasanya shuttle bus ada schedule nya, jadi u all kene pastikan yang u all tau time schedule shuttle bus. Kalau nak buat rujukan, u all boleh ambil leaflet shuttle bus di Information kaunter sebelum naik bus.

Untuk ke Nami Island, ada 2 cara samada naik ferry ataupun zipwire. Kalau ferry, perjalanan cuma ambil masa tak sampai 10 minit manakala kalau zipwire dalam masa 5 minit je. Cuma bezanya, kalau zipwire u all kene tunggu time yang sudah ditetapkan. Untuk trip ke Nami Island, kami berlima nak merasa naik ZipWire. Untuk zipwire, bayaran KRW38,000 seorang. Harga adalah termasuk entrance fee serta ferry untuk balik. Kalau nak budget, saya suggest u all naik ferry dengan bayaran KRW8,000 sahaja untuk entrance fee dan ferry pergi balik.



Kami sampai di kaunter zipwire jam 1pm dan kami punya time untuk berlepas adalah jam 3pm. 2 jam tunggu. Sanggup je sebab nak merasa naik zipewire kan. Apa yang best naik zipwire ni? Hah, u all boleh amik feel lepas tengok video ni.


Cantik view bila lalu celah-celah pokok pelbagai colour tu kan. Sampai je di Nami Island, kami semua bergambar dulu then bila dah puas bergambar baru kami semua cari makanan untuk isi perut. 






Dah mula terasa lapar ni... Jalan punya jalan, jumpa juga kedai yang dicari. Drama Cafe. Apa yang best kat sini? Nasi goncang lah. Actually, nasi dan telur dia letak dalam bekas yang bertutup dan sebelum makan kita harus goncang dulu. Sebab tu namanya nasi goncang. 


Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke jeti ferry untuk beransur pulang. Sambil jalan, jumpa pula pau kukus. Sedap juga makan masa tengah panas-panas tu. 


Dan lepas tu kami sambung photo shot dulu sebelum beransur naik ferry. Seperti kami datang, kami balik dengan menaiki shuttle bus juga untuk ke Gapyeong station.


Untuk harini kami tak sempat ke Petite France. Sebab timing lari masa kat zipwire. Tapi ok juga sebab kawan-kawan dah mula sakit kaki sebab kayuh di rail bike pagi tadi. Haha... Kami teruskan perjalanan terus ke Myeongdong.

Untuk habiskan malam-malam akhir, saya dan kawan saya habiskan masa di Myeongdong market. Malam terakhir ni, hujan pula tapi kami redah je. Disebabkan hujan, tak banyak kedai yang buka tapi masih banyak pilihan yang boleh dibuat. Dalam hujan-hujan ni, lama juga kami habiskan masa disini. Lepas dah habis pusing, kami balik ke M.O.M guesthouse untuk makan malam.

Cepat betul rasa masa berlalu. Esuk nak balik dah.


DAY 6

Last day kami di Seoul, kami cuma sarapan di bilik sahaja. Habiskan stock makanan. Flight kami jam 4pm dan jam 11am kami dah mula check out dari guesthouse. last day ni memang kami tak kemana-mana dah. Dari guesthouse, kami ambil subway ke Seoul Station dan transfer AREX untuk ke Incheon International Airport. 

Jam 1pm kami sudah berada di Incheon International Airport dan terus beratur untuk check in luggage. Setelah selesai, kami ke Lotteria cafe. Kami Lunch disini. Untuk hari terakhir kami makan shrimp burger disini. Selepas makan, kami masuk ke gate dan sepanjang gate tu ada banyak kedai free duty. Kalau duit masih banyak, boleh lah shopping kat sini.

Selesai beli barang, kami terus tunggu di gate yang sepatutnya. Sementara tunggu flight boarding, erh... ternampak pula satu shop lot ni. Korea Traditional Culture Experience. Hanbok free try rupanya tapi syaratnya, kene tunjuk boarding pass. Alhamdulillah, dapat juga bergambar pakai hanbok. Cute tak?


Jam 4pm flight boarding. Kami rasa sayup je nak tinggalkan Korea. Tak sangka, dalam masa 6 hari kami dapat pusing satu bandar Seoul dengan jayanya tanpa sesat. Kami selamat sampai di KLIA2, Sepang jam 1030pm dan kami pun bersurai...


Next time nak pergi Busan dan Jeju Island pula. Insyaallah, jumpa di trip seterusnya...

No comments: