Lombok, Indonesia

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Tahun 2016 selesai 6 trip bersama rakan-rakan di dalam dan luar negara dengan jayanya. Tahun 2017? Insyaallah, jika diberi kesihatan yang baik trip 2017 akan berjalan dengan lancar. Doa kan lah ya. Amin... 

Untuk trip pertama di tahun 2017, destinasi nya adalah Lombok, Indonesia. Lombok lagi? Ye, masuk kali ni dah empat kali saya ke Lombok. Setiap kali ke Lombok, pasti saya akan bercuti selama 6 hari. Kenapa 6 hari? Sebab Lombok ni besar dan banyak tempat-tempat yang cantik.

Untuk trip kali ini, saya set dan cari geng yang berminat untuk camping dan hiking. Yang pergi ke Lombok kalini semuanya datang untuk kali pertama dan ada juga yang bukan kaki hiking tapi ingin mencuba sesuatu yang baru. Alah, lagipun hiking ni bukannya sebab nak naik rinjani tapi cuma nak mendaki bukit je.

Budget trip kalini adalah RM1,350 all in.


DAY 1

Sepanjang perjalanan, cuaca sangat baik. Alhamdulillah, dengan izinNya kami sampai dengan selamat. Gambar ni memang wajib saya ambil tiap kali naik flight. Hehe...


Sampai di LIA (Lombok International Airport) jam 1130am dan sementara nak check imigration dan lain-lain hal, lebih kurang jam 12pm jugak keluar dari LIA. Ok, perut dah bagi signal, jadi sebelum meneruskan perjalanan kita singgah makan dulu di luar airport ja. 

Nasi Balap Puyung dan air kelapa menu pertama di Lombok. Restoran cahaya ni adalah pilihan ramai terutamanya para pelancong. Yang penting sedap!! Di Lombok, tak susah untuk mencari makanan halal kerana mejoriti penduduk di sini adalah Muslim tapi tetap harus berhati-hati.



Setelah selesai makan, kami cuma jalan-jalan ambil angin je hari ni disebabkan masa tak berapa nak panjang. Cakap pasal masa, Lombok dan Malaysia adalah sama. So tak perlu nak ubah jam tangan yang u all pakai tu. Cuma yang bezanya adalah di Lombok cepat siang dan malam berbanding Malaysia. Pendek kata, macam KL dan Sabah. Hah, faham kan.

Perut dah kenyang, so kita jalan-jalan santai dulu bagi tenangkan perut ni. Kali ni belajar tentang tenunan songket. Bagi kaum wanita di sana menenun adalah punca rezeki mereka sekeluarga dan kanak-kanak seawal umur 9 tahun sudah diajar tentang tenunan. Hebat kan!


Setengah jam kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Seger dan mendaki sedikit di Bukit Merese untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas. Tips, kalau nak gambar pantai ataupun laut yang cantik, ambil gambar waktu tengahari sebabnya matahari dan laut bila digabungkan akan menghasilkan pemandangan yang sangat indah.

Kalau ada rezeki, dapat lah u all tengok peminat surfing bermain surf tak jauh dari pantai ni. 





Dari Pantai Seger, kami teruskan perjalanan ke Pantai Tanjung A'an, Bukit Merese dan Pantai Kuta. Di sini juga adalah tempat untuk melihat pemandangan laut yang terbentang luas. 










Hampir 45 minit kami mengambil gambar, kami bergerak ke Desa Sade pula untuk memberi pengenalan kepada rakan-rakan yang pertama kali datang untuk mengenali masyarakat kaum Sasak di Lombok. Penerangan ini perlu untuk pelancong supaya memahami sendiri adat dan budaya di sana. Nak tahu pasal kes culik di Lombok kan? Hah, ini adalah tempat yang tepat untuk dengar sendiri cerita sebenar budaya disana.








Selesai tour dan sebelum check in hotel, kami singgah makan malam di Restaurant Omah Cobek. Menu Ayam Taliwang Raya. Ayam Taliwang Raya adalah makanan istimewa di Lombok.







Selesai makan, kami terus check in hotel di Kabana Hotel, Mataram. Hotel paling budget kat town. Location pun menarik! Tapi yang penting bersih dan bantal selesa. Kami check in 2 malam di sini.


DAY 2

Breakfast pagi ni kat hotel je. Ada beberapa menu yang boleh dipilih. Pilihan saya pagi ni maggi goreng sedap dan kopi o.




Untuk hari kedua, kami ke Pantai Pink, Tanjung Ringgit, Pulau Pasir, Gili Petelu dan Bukit Tengsi. Aktiviti harini lebih kepada mandi-manda. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit dari hotel ke pelabuhan. Untuk mengisi mulut yang kosong, jemput-jemput versi Lombok dimakan bersama cili padi. Nyum nyum...









Sampai di Pantai Pink, kami terus ke Tanjung Ringgit dengan menaiki motor kapcai. Nak bawak sendiri tu tak lah sebab jalannya sangat lah adventure. So kami hanya membonceng saje. Perjalanan dari Pantai Pink ke Tanjung Ringgit adalah lebih kurang 10 minit.




Kurang dari satu jam bersantai di Tanjung Ringgit, kami turun semula ke Pantai Pink untuk makan tengahari. Menu harini adalah seafood. Ada lobster, udang, ketam, sotong dan ikan. 



Selesai makan, saya sambung mengambil gambar Pantai Pink dari atas bukit untuk melihat pantai yang bewarna pink. Untuk lebih jelas, saya suggest pengunjung datang pada waktu tengahari untuk melihat persisiran pantai yang bewarna pink apabila matahari dan air laut bergabung, terhasil lah warna pink di pantai ni.


Dah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki bot untuk snorkeling di Gili Petelu. 




Hampir 45 minit kami melayan dasar-dasar laut dan apabila sudah puas kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pasir. Kenapa namanya Pulau Pasir? Hah... kerana ditengah-tengah pulau tu ada satu timbunan pasir. So, sesuai lah dengan namanya kan. 

Di Pulau Pasir ni ada banyak star fish. Kalau ada rezeki boleh lah jumpa star fish bermacam-macam warna. Kalau nak rasa sentuh star fish pun boleh, tapi nanti pasti kan lepaskan semula ke dalam air ya. Takut nanti mati pula star fish tu.






Sebelum hari makin gelap, kami beransur pulang untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam pula. Cuaca agak baik dan arus juga tak berapa nak kuat, so kami request untuk duduk di atas boat. Masa ni lah nampak view 360' dari atas laut.




Dari pelabuhan, 45 minit perjalanan ke restoran Ayam Taliwang Raya. Lepas makan, kami terus balik ke hotel.



DAY 3

Hari ketiga kami check out dari Kabana Hotel selepas sarapan pagi. Jam 9am kami mulakan perjalanan untuk ke Pulau Kenawa. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Pelabuhan Kayangan. 

Sampai di pelabuhan, kami makan tengahari sebelum menaiki feri. Harini, tapau ja siap-siap. Nama bagi nasi yang dah siap dibungkus ni, namanya nasi kotak. Sebabnya nasi dibungkus di dalam kotak. Macam kotak kek tu... Cukup menunya, ada telur kari, ayam, serunding, sayur dan ikan. Siap ada waffle ok!


Dari Pelabuhan Kayangan ke Sembalun mengambil masa 2 jam dengan menaiki feri dan dari Sembalun ke Pulau Kenawa menaiki boat selama 20 minit. Hah, nampak tak betapa jauhnya perjalanan kami harini. Walaupun jauh, tapi wajah masih mampu tersenyum. Hehe...







Ini lah suasana dalam feri tu. Kalau tak ramai orang, boleh lah baring-baring kat kerusi panjang yang disediakan. Perjalanan lama wei, nak tidur pun boleh.


2 jam dah dalam feri, so layan boat pulak. Huh! Masa ni semua dah terdiam membisu. Letih betul.




Sampai di Pulau Kenawa jam 4pm dan mula mencari tapak untuk berkhemah. Malam ni tidur dalam khemah je. Woohoo!!



Kejap je settle ni, lepas tu apa lagi. Sesi bergambar sampai lebam sebab rakan-rakan yang pertama kali datang semuanya teruja.










Dah selesai bergambar tanpa sunset :( kami balik semula ke khemah dan pasang unggun api. Walaupun unggun api hanya bertahan selama 4 jam aja tapi cuaca malam ni sangat indah. Sejuk, berangin, banyak bintang dan nyaman.


Makan malam harini menu nya juga tak kurang hebatnya. Makan ikan bakar, sayur, sambal dan juga sup. Gambar untuk menu makan malam harini kami lupa nak ambil sebab semua kelaparan sudah. Lewat malam kami minum white coffee panas-panas pula. Perghh!! tidur lewat harini.


DAY 4

Harini seawal jam 7am kami dah mula mengemas khemah dan cuaca pula macam nak hujan dah. Selesai je kami kemas, hujan turun dengan lebatnya... Sunrise pun terlindung dek awan yang mendung tu.




Pagi ni, kami cuma cuci muka dan gosok gigi ja. Sementara menanti hujan reda, kami bersarapan di bangsal dengan makan maggi sup. Time hujan-hujan ni, makan maggi lah yang sedap kan. Apabila hujan reda, kami pun menaiki boat untuk ke Sembalun dan seterusnya menaiki feri selama 2 jam untuk ke Pelabuhan Kayangan di mana tempat kami parking kereta.

Dari Pelabuhan Kayangan, kami menuju ke Desa Wisata Pusuk Sembalun dengan mengambil masa selama 2 jam. Perjalanan tak terasa sangat sebab sepanjang perjalanan kami dapat lihat pemandangan yang indah dengan cuaca yang sejuk.


Jalannya agak berbukit dan banyak corner yang mencabar. 360 darjah pun ada. Huhu... Dan masa tu lah tetiba temperature kereta naik pulak. 2-3 kali jugak lah kami berhenti sebab nak sejuk kan enjin. Akhirnya kami tumpang orang sementara nak tunggu kereta tu sejuk.


Sampai di perhentian, kami berehat dan minum kopi dulu sebab ada juga yang pening dengan laluan tadi. Kereta pun dah stabil, kami teruskan perjalanan ke destinasi yang naak dituju.



Alhamdulillah, sampai di hostel, kami terus membersihkan diri, Iyalah kan dari Pulau Kenawa tak mandi. Haha... Lepas tu kami makan tengahari terus sebelum mendaki Bukit Pergasingan.



Harini kami mendaki Bukit Pergasingan dan bermalam di atas bukit untuk mencari pengalaman baru di Lombok. Bagi yang minat pada pendakian, ini adalah tempat yang sesuai dan serius saya cakap, tak rugi kalau datang sini.

Trek pertama, tangga! Ini yang mental ni. Tapi semangat tu kan harus ada. Jangan give up. Slow and steady pun takpe janji sampai! Kalau kira masa pendakian, untuk yang pertama kali mendaki mengambil masa selama 3 jam tapi bagi yang biasa pada pendakian hanya ambil masa selama 1 jam setengah ke 2 jam sahaja.


Trek kedua adalah memuncak. Start pendakian yang agak tinggi dan banyak memanjat. 



Trek ketiga agak landai. Masa ni boleh lah santai-santai dan tarik nafas sikit. Landai-landai pun nak sampai hujung tu mau dlm 20-30 minit juga.




Trek keempat lebih adventure sebab banyak batu dan lebih banyak untuk memanjat. Masa ni menang teruja sangat sebab cuaca yang agak berkabus dan juga pemandangan yang cantik sebab nampak sawah-sawah kat bawah tu.




Alhamdulillah, sampai je puncak Bukit Pergasingan dapat lihat dengan lebih jelas Gunung Rinjani. Gunung Rinjani adalah salah satu gunung yang menjadi kegilaan pendaki untuk sampai ke puncak. Insyaallah kalau diberi ruang, saya juga akan mendaki Gunung Rinjani satu hari nanti.


Bila dah sampai puncak, khemah pun dah siap pasang oleh guide kami. Jadi kami tak rushing apa-apa malah semua excited bergambar bila diberi rezeki melihat sunset dari puncak bukit pergasingan.



Untuk makan malam ni, kami punya guide masakkan gulai ayam campur sayur kacang panjang. Makan pula dengan nasi panas. Pergh! Memang sedap lah makan time hujan-hujan ni. Malam ni hujan agak lebat tapi tak lama lah dalam satu jam je. 


Kedinginan malam ni boleh tahan. 8 darjah celcius. Menggigil semua kat atas bukit ni. Nasib baik lah ada bawa warm jacket. Lepas selesai makan, ada yang terus tidur kerana kepenatan dan kesejukan. Tapi ada juga yang lepak semula di luar khemah lepas hujan dah berhenti untuk menghirup udara yang sejuk ni. Walaupun tak tahan sejuk tapi nak juga duduk kat luar sambil minum white kopi panas-panas. Pengalaman macam ni yang susah nak cari. Lain tempat lain keadaannya. Jam 3am baru semua beransur-ansur masuk ke dalam khemah untuk tidur.


DAY 5

Alhamdulillah, malam tadi kami tidur dengan lena. Jam 6am bergerak 200m ke hadapan untuk melihat sunrise. Kami bersyukur dengan keindahan yang diberi olehNya.


Selesai tengok sunrise, kami mengemas barang dan juga khemah untuk turun semula dari bukit pagi ni. Sambil-sambil mengemas, mula lah sesi bergambar bersama geng sebagai kenangan.








Sebelum turun, kami lapik perut dengan makan maggi segera made by Indonesia. 



Habis je makan, kami pun turun dari bukit pergasingan. Disebabkan kat atas bukit takde toilet, jadi turun dari bukit tu laju je. 50 minit je sampai dah :D sebab tak tahan sangat dah. Haha...





Percaya tak kalau dapat buat job sambilan jadi porter. Hahaha... Sampai bawah kasut rabak!


Sampai je tempat parking, kami tak berlengah sebab nak kejar masa untuk ke Senaru pula. Perjalanan 2 jam. Masih tak mandi cuma sembur perfume aja. Sebab misi seterusnya, mandi di air terjun. Di Senaru, kami makan tengahari di Rinjani Lodge sambil menikmati pemandangan yang indah.



Selesai makan, kami mula trekking ke Air Terjun Sendang Gila. Trekking hanya mengambil masa selama 20 minit je. 


Dari Air terjun Sendang Gila, kami teruskan trekking selama 30 minit untuk ke Air Terjun Tiu Kelep. Air Terjun tiu Kelep adalah yang tercantik di Lombok. 




Lebih kurang 1 jam berendam dalam air terjun, kami pun beransur pulang. Balik, kami x lalu tangga/laluan pertama tadi tapi kami lalu dalam kat dalam terowong ja. Saja seronok-soronok.



Sampai di Rinjani Lodge kami membersihkan diri dan terus bergerak dan bermalam di Gili Trawangan pula. Di Gili Trawangan, kami tak check in terus malah kami menaiki basikal dan pusing sekitar pantai.





Harini memang sangat penat, turun bukit pergasingan, trekking ke waterfall dan kayuh basikal pula. Lepas dah penat berkayuh, kami terus makan malam. Makan malam ni pun takde gambar sebab semua dah kepenatan dan kelaparan. Malam ni kasi rest puas-puas! Dapat pulak katil dan bantal yang best! Kami stay di Coral Voice.




DAY 6

Seawal jam 530am kami berjalan menuju ke pantai untuk melihat sunrise. Dari Coral voice hanya ambil masa 8 minit je. 




Jam 9am kami check out dari resort dan aktiviti kami cuma santai-santai. Harini kami cuma shopping dan habis kan masa sebelum ke airport. Harini baru terasa kaki sakit kesan dari hiking, trekking dan mengayuh.



Keluar dari Gili, kami berhenti sebentar di Pantai Malimbu II a.k.a. Malaka untuk mengambil gambar. Masa ni hanya kami berempat sahaja yang turun. Yang lain tak larat dah.


Selesai bergambar tibalah masa untuk shopping. Kami singgah di Lombok Exotic dan Sasaku. Dua tempat ni adalah wajib bagi pengunjung-pengunjung kerana kualitinya dan harga yang berpatutan.



Selesai shopping kami pergi makan sebab dah sepatutnya pergi lunch masa ni. Harini saya pilih makanan simple tapi yang paling tip top di sini. Satay Rembiga Kas Lombok. Memang patut u all cuba kalau dah sampai sini!




Selesai makan satay rembiga, kami berangkat dan tak tak sampai 5 minit, kami singgah untuk makan bakso dan minum ABC pula. Makan Sup Bakso di Indonesia jauh lebih sedap rasanya berbanding di Malaysia. Hehe... Betul-betul makan hari terakhir ni. Alhamdulillah.



Sebelum ke airport, kami sempat shopping tambahan di mini market untuk habiskan saki baki duit yang ada. 


Alhamdulillah, selesai trip pertama untuk tahun ni ke Lombok. Akhirnya lepas juga niat nak hiking dan camping kat Lombok. Insyaallah, saya akan repeat lagi ke Lombok. 


Jumpa next trip! Kalau nak follow, pape roger!

No comments: