Sungai Lembing, Pahang

Hye semua... Kali ni kami plan untuk buat group trip. Ini kes kawan-kawan sibuk nak berjalan dan nak buat aktiviti something different. Erm... fikir punya fikir rasanya tempat yang sesuai adalah Sungai Lembing selama 2h 1m (24-25 September 2016) dengan budget RM238 seorang.

Sungai Lembing adalah satu pekan kecil terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60km. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebar. Kampung yang popular disini ialah Kampung Kenau di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512m) di Utara dan Gunung Serudom (1050m) di Selatannya. Kehijauan hutan serta cuaca yang sejuk amat terasa di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Sungai Lembing, sila klik disini.


DAY 1

Trip kalini adalah seramai 11 orang. Semua gurls. Kami gunakan konsep 'car pool'. Untuk kelesaan kami gunakan 3 buah kereta. Kami berkumpul di stesen LRT Taman Melati jam 1130am dan teruskan perjalanan menuju ke Kuantan. 


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Kami hanya berhenti di R & R Temerloh. Kasi chance lah driver rest kejap. Boleh cramp kaki ni drive tanpa henti tau! Time ni lah boleh pergi toilet, cari buah-buahan kasi lapik dulu perut ni dan minum2 dulu.

Dari R & R Temerloh ke Kuantan dah tak jauh dah. Dalam setengah jam. Tol dari Gombak ke Kuantan dalam RM50 untuk pergi balik. Lepas dari tol Kuantan, terus apit ke kanan untuk ke Sungai Lembing. Kalau ke kiri, masuk town ke Kuantan. Dari tol ke Sungai Lembing ambil masa dalam setengah jam. Jalan kecil dan jangan bawa laju-laju ya, sebab kawasan tu banyak lori dan juga banyak perumahan. So, dah masuk perkampungan tu, bawak slow and steady je sambil bukak tingkap hirup udara yang segar.


Sampai dah, keterujaan pun bermula. Masuk je dari pintu gerbang ni, banyak homestay, resort dan chalet yang ada. Tapi kalau nak datang sini, better u all booking dulu sebab kawasan ni pun selalu juga penuh setiap minggu tambahan kalau pergi ramai-ramai macam kami ni. Kalau tak booking, mau ada yang tidur dalam kereta je nanti. Hehe

Lepas bergambar di pintu gerbang, kami terus ke tempat stay yang saya dah booking. Untuk keselesaan ramai, tempat yang sesuai adalah T-Box. Kami ambil 2 bilik sebab 1 bilik maximum 6 orang.

Masa kami sampai lebih kurang jam 2pm, bilik kami belum siap kemas sepenuhnya. Jadi kami makan dulu di ruang yang disediakan. Untuk lunch harini, saya dah siap tapau Nasi Ayam Mencongkam dari gombak. Menu ni pun dah termasuk sekali dalam package. Ngam-ngam lepas kami habis makan, bilik pun siap kemas dah. Apalagi, masuk bilik lah.


Ini lah bilik kami. Bila masuk je bilik, semua menjerit keseronokan dan berebut-rebut nak pilih katil. Macam kanak-kanak ribena dah. Hehe. Salah satu facilities yang best kat sini sebab ada dapur, fridge dan toilet yang best.




Jam 4pm kami lakukan aktiviti pertama kami iaitu hiking Bukit Panorama. Hah, bila yang ni, semua dah mula mental. Mejority dari group ni bukan kaki hiking. Sorang dua je yang ok. Tapi bagi saya ok lagi ni sebab sepanjang trek ni cuma tangga je. 

First time, semua excited betul walaupun dah nampak tangga tinggi kemain. Tapi bila nampak je first pick stop, berebut-rebut semua nak duduk. Aha.





Di awal pendakian, tak nampak sangat view nya sebab terlindung dengan pokok-pokok tapi bila sampai satu kawasan tu, hah memang nampak jelas perkampuan Sungai Lembing dan bukit-bukau kat sana. Memang cantik.




Trek takdalah susah mana, cuma mental kene kuatlah sebab sepanjang jalan akan nampak tangga yang memuncak aja. Yang pasti, kene yakin anda semua boleh. 

Alhamdulillah, walaupun timing agak lari tapi semuanya selamat sampai kat puncak. Tahniah guys! Ketinggian Bukit Panorama adalah 1200 kaki dari aras paras laut. 






Sampai kat puncak ni, kami lepak-lepak jap bergambar sementara tunggu sunset. Alhamdulillah, walaupun tak berapa nak sunset sebab terlindung dengan awan, tapi dapat jugak lah belanja korang gambar ni ^_^


Jam 630pm kami pun mula turun. Kalau lambat-lambat nanti gelap, tak nampak ape pulak. Turun, semua laju kemain. Hehe. Sampai bawah kami rest dalam 10 minit di pondok dan singgah di pasar malam pekan Sungai Lembing ni. Pasar malam je alahai, kecik je tak mewah macam kat KL tapi best juga sebab semuanya lain-lain menu. So baru lepas turun bukit kan, semua pun kelaparan. Tapi kami cuma beli untuk lapik perut jelah sebab malam ni kami buat BBQ.

Lepas semua dah bersihkan diri, kami terus ke ruang makan untuk buat BBQ. BBQ set boleh request kat chalet masa booking. kadar sewa BBQ pit RM50/set. Semua barang-barang yang digunakan semuanya barang baru termasuklah jaring, pinggan kertas dan lain-lain. So bagi kita yang Melayu ni, tak yah risau pasal halal or tak sebab derang sendiri pun dah tahu kita ni macam mana. So, easy kan. Cuma bayar je. Haha. 

Makanan yang nak buat BBQ tu kene bawa sendiri lah. Ayam dan hotdog saya dah perap siap-siap sebelum bertolak dari KL. Ini pun dah siap termasuk dalam pekej. Jangan risau, ayam tu tahan. Lepas je check in tengahari tadi, saya terus simpan ayam yang dah diperap tu dalam peti ais.


Tadaa... inilah hasilnya... Kami makan dengan nasi putih je. Nasi panas memang sedap lah. Licin! Tengah lapar memang harus lah licin. Hehe. 


Lepas dah dinner, kemas-kemas dan terus masuk ke bilik. Malam ni lepas bilik je sebab jam pun dah dekat pukul 11pm. Malam ni hujan dan ribut di Sungai lembing ni. Risau juga masa tidur tu tapi apa pun, tidur dengan lena sampai tak larat nak bukak mata dah.


DAY 2

Jam 5am dah mula bangun, bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Plan nak ke Air Terjun Pelangi. 4WD janji nak datang ambil kami jam 630am. Sementara nak tunggu kawan-kawan lain bersiap, saya pun mula lah memasak untuk sarapan pagi. Nasi ni balance malam tadi punya, memang saja masak lebih untuk buat nasi goreng pagi ni. 

Siap-siap, jam 7am jugak kami gerak. Sejuk woo pagi ni. memula ingatkan tak jadi sebab hujan ribut malam tadi, tapi rupanya jadi juga. Yahoo!!

Pengalaman pertama kawan-kawan naik 4WD. Kebetulan kereta ni kereta baru, memang padu sangat lah! Kalau nak buat trip ni, boleh booking dengan resort tempat yang u all stay sebab derang ada clubcommunity untuk trip Air Terjun. Jadi derang akan pick-up korang kat tempat korang stay. Dan kalau resort tu tak ramai yang nak join, maybe derang akan campur dengan peserta dari resort lain. 

Harini, tema baju kami colour merah! Aummmm! T-shirt dah include dalam pekej jugak. Design sendiri cuma hantar printing je. RM29 sehelai.


Perjalanan ke Air Terjun ambil masa lebih kurang 45 minit. Kami enjoy duduk belakang sebab dapat view yang cantik-cantik. Nah! saya belanja gambar view sepanjang perjalanan ke Air Terjun.





Laluannya agak mencabar, naik bukit, turun bukit, redah sungai, kawasan balak dan sebagainya. Ini pengalaman yang kita nak! 

Sepanjang perjalanan kami, banyak pokok-pokok yang tumbang akibat dari hujan ribut tengah malam tadi. Jadi, bila ada pokok tumbang, kami terpaksa berhenti seketika. Yang bestnya, semua driver 4WD ni keluarkan parang untuk tebang pokok-pokok yang tumbang dan menghalang laluan tu. Bagus betul! Tabik spring kat situ! Kami ni duduk je lah atas kereta tu duk berselfie sementara nak tunggu laluan clear.




Setelah sampai ke destinasi, persiapan pertama, simpan segala barang-barang dalam beg kalis air.


Ok fine! Kami kene redah air sungai ni. Jangan tak caya. Kalau tengok ni sebiji macam air teh ais ikat tepi. Haha.


Bila dah redah, kami kene trekking sekitar 20-30 minit untuk sampai ke Air Terjun Pelangi. Ada ke pelangi? Jom kita redah dulu.

Trek nya tak susah mana tapi perjalanan untuk sampai ke destinasi lebih kurang 1.2km dan laluannya adalah selamat. Mereka jaga kawasan ni dengan ciri-ciri keselamatan yang terjamin dan tunjuk arah yang jelas, InsyaAllah.





Yahoo! Nampak dah air terjun ya. Syukur alhamdulillah dengan kebesaran dan ciptaanNya. Teruja sangat. Dan bermulalah bergambar berkumpulan. Merah betul mak ngah!





Nak tengok mana pelangi nya? jeng jeng jeng... rezeki kami dapat juga tengok pelangi... Barulah betul trip Air Terjun Pelangi. Hehe. Tengok ni, siap mandi dalam pelangi lagi. Awesome!





Kami diberi masa setengah jam je kat sini, jadi masa tulah kami menikmati air yang sejuk ni. Oh ya, kalau ambil pekej trip ke air terjun ni, dalam pekej include sekali maggi cup & air milo panas. Erm memang sesuai sangat lah. Sapa yang buatkan? Driver lah! Untung woo... Best2. masa makan semua lupa nak snap gambar sebab teruja dan tak sabar nak sambung mandi.

Setengah jam kemudian, kami pun gerak turun dan pulang ke chalet dengan laluan yang sama. That's why trip derang ni akan pergi dan balik sama sebab laluannya hanya satu. Itu laluan pergi dan itulah laluan balik.

Sampai di chalet lebih kurang jam 12pm. Check out time jam 1pm tapi kami diberi masa paling lewat jam 2pm untuk check out! Apalagi, sempat lah baring-baring dulu. Sebelum balik bilik, kami bergambar dulu.


Tepat jam 2pm kami check out dan pusing-pusing di sekitar pekan Sungai Lembing. Dan apa yang penting, ambil gambar di jambatan gantung. Agak seram sebab nak berlubang-lubang so tak berani nak jalan sampai ke tengah. 


Lepas semua bergambar, kami pun terus menuju ke Kuala Lumpur dan bersurai di LRT Taman Melati. Thank kawan-kawan dan bye Sungai Lembing. Insyaallah kami datang lagi.

No comments: