Baling, Kedah

Hari ini semua orang sedang sibuk mengemas rumah, memasak dan membuat segala persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Saya? hehehe... hari ini saya nak ride ke Kedah. Buat apa? Nak mendaki Gunung Baling kat Kedah nun jauh belah utara sana.

Ini pertama kali saya sampai di Baling. Pekan yang meriah dan juga bersih. View kat sini cantik dan persekitarannya juga agak nyaman. Erm... best-best!!

Ketinggian Gunung Baling adalah setinggi 546m dari paras laut dan termasuk dalam kategori limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, daerah Baling, Kedah.



Laluan pendakian ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah laluan hutan sederhana yang bertanah di mana trek pendakian yang agak mencabar. Kedua, laluan hutan sederhana yang berbatu dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh yang memerlukan daya ketahanan untuk memajat.


Maaf lah, kalini saya tak ambil gambar laluan trek sebab tak nak nanti u all tak berani nak mencuba. Saya tak nak patahkan semangat u all. Caiyok caiyok!


Bagi yang pernah ke Bukit Tabuh di Taman Melawati, trek di Gunung Baling adalah lebih sukar tetapi berbaloi dengan pemandangan ketika berada di puncak. Bila dah sampai puncak, segala penat lelah serta lapar dan dahaga pun hilang.

Alhamdulillah, saya selamat naik dan turun dari Gunung Baling. Terima kasih pada Yang Esa kerana memberi saya peluang untuk melihat keindahan ciptaanNya.

Selesai je turun dari Gunung Baling, saya sempat berehat beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Terima kasih boyfriend... selamat dah sampai Kuala Lumpur. Pengalaman serta kenangan terindah di Baling akan ku simpan dan ingati selalu. InsyaAllah. Amin...

No comments: