Padang, Indonesia

Baruak gilo mamanjek kerambia
Siamang buruak di dalam rimbo
Alah lamo ambo bapikia
Alun jo salasai pantun ambo...

Okeh tak opening buat pantung Minang? Haha... Kalini terbang ke Padang, Indonesia selama 4h 3m bersama 5 rakan yang lain pula. Ada yang baru pertama kali jumpa dan ada juga yang baru pertama join trip bersama.




Di Padang banyak juga tempat wisata dan di sini juga ada beberapa tempat yang lebih kepada pusat untuk shopping. Anggaran tiket penerbangan kami bersama AirAsia adalah RM150/return. Murah kan? Hah, kalau nak ikut saya berjalan memang cari tiket yang paling murah ja. Aha...

Kos trip ke Padang adalah sebanyak RM611 all in. Hotel, makan, transport, airport return, entrance fee, baju tradisional, guide dan tipping.


Day 1

Kami bertolak dari KLIA jam 750am dan sampai di Minangkabau Airport jam 8am. Erh, 5 minit je? Hah... jangan pelik pulak, perjalanan mengambil masa selama 1 jam tapi waktu di Padang adalah lewat 1 jam dari Malaysia. Sebab tu kita rasa untung kat situ. Sampai di Airport, kami punya supir dah tunggu dan jemput kami untuk ke Bukit Tinggi. Masa memula jumpa supir ni agak pemalu orangnya tapi lepastu, hampeh! Pandai cia cia cia... 


Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, banyak persinggahan yang kami lalui. Hentian yang pertama adalah Air Terjun Lembah Anai Air Mancur. Air Terjun ni cuma berada di tepi jalan je. Tak perlu risau kalau-kalau sesat. Tapi kalau rasa nak mandi, terjun je terus jangan tengok kiri dan kanan sebab kawasan ni memang terbuka.




Dari Air Terjun Lembah Anai Air Mancur, kami teruskan perjalanan menghala ke Bukit Tinggi dan seterusnya berhenti untuk bergambar di pintu gerbang Kota Padang Panjang.




Tak sampai 15 minit, kami pun terus menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik disini.


Seterusnya kami ke Pandai Sikek untuk cuci mata dan opening shopping. Kami hanya singgah di salah satu kedai yang bernama Satu Karya. Di Pandai Sikek ada banyak kedai yang menjual kain sulaman serta telekung tapi harganya boleh tahan mahalnya. Nak yang murah nanti saya bagitahu di mana ya. Sila baca sampai habis! Haha...


Memula agak segan jugak nak keluar dengan tangan kosong, tapi akhirnya salah seorang rakan kami beli jugak satu helai telekung travel. Harganya Rp70,000.00. Selesai bayar, kami makan tengahari di Rumah Makan Kelok Sikabu. 


Menu pertama ketika berada di Padang adalah nasi padang! Agak lumayan juga menu serta pemandangannya. Selera ajo!


Selesai makan kami ke Kelok 35. Pergh!!! Nak termuntah beb. Lengkongannya agak tajam. Nasi baik kami mulakan perjalanan dari kelok 44, so takdelah rasa jauh sangat nak ke kelok 35 tu. Tapi bila dah sampai, Subhanallah, pemandangannya memang cantik.



Selesai bergambar kami teruskan perjalanan ke Puncak Lawang @ Lawang Adventure Park. Dalam perjalanan, nanti akan nampak satu sign Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. Kalau nak singgah, boleh lah singgah dan tahu serba sedikit cerita Buya Hamka ni.

Sampai di puncak, cuaca agak sejuk serta kabus yang tebal. Lebih kurang 1 jam kami santai di puncak untuk dapatkan pemandangan yang jelas.






Dari puncak lawang, perjalanan di teruskan dan kami singgah di kedai minuman tebu asli. Hah, masa ni kami dapat tengok secara langsung kerbau buat kerja. Kasi pusing itu tebu! Hasilnya nanti mereka akan buat gula tebu untuk dijual. Hebat betul kerbau ni buat kerja.


Selesai minum tebu, kami singgah di  Centre oleh-oleh Labu Bundo Kanduang. Kat sini takde nak shopping apa sebab semuanya diperbuat dari labu. Jadi kami hanya makan aiskrim labu ja. Sedap jugak.



Akhirnya sampai juga di Bukit Tinggi. Sebelum check in, kami singgah di Panorama dan Lobang Jepang.




Kami tak masuk pun Lobang Jepang tu sebab kaki semua dah tak larat inikan nak turun naik tangga lagi. Huh! Jadi kami hanya berada di sini sahaja. Disebabkan dah tak larat sangat masa ni, jadi kami terus check in hotel. Kami tinggal di Bunda Hotel, Bukit Tinggi hanya untuk 1 malam.


Selesai berehat, kami ke Jam Gadang dan jalan sekitar pasar di Bukit Tinggi. 



Lepas semua dah buntu tambahan baju-baju yang dijual agak mahal dan kurang kualiti... kami terus cari makan untuk malam ni. Malam ni makan di Pecel Lele Mekar Sari. Menu nasi ayam penyet.


Selesai makan ingatkan nak sambung shopping di pasar atas, tapi hujan agak lebat pula dan pasar atas pun dah tutup. Oh ya, pasar atas tutup jam 8pm ya. Jadi, kami terus balik hotel je. Nasib baik hotel dekat. Sampai je hotel, perasan pulak yang sebelah tu kedai Kapuyuak. 


Kedai ni jual baju serta barang-barang lokal. Harga tak lah mahal mana tapi kain berkualiti. Hah, itu yang kita nak!! Akhirnya dapat jugak sehelai baju kat sini walaupun bukan untuk diri sendiri. Harga tshirt adalah sekitar Rp50,000.00 - Rp90,000.00.


Day 2

Bangun pagi, siap-siap dan pergi sarapan. Hotel dah provide sarapan sekali, so takyah risau dah. Dapat pulak menu sedap-sedap. Pergh!! Selero Minang!


Jam 8am kami dah tunggu supir tapi masih tak kunjung-kunjung tiba. Confirm lah tu, terlajak tidur... erm... nasib baik jam 830am dia sampai. 


Kami terus ke Pasar Aur Kuning. Di situ adalah umpama kedai borong yang mana para peniaga dari Bukit Tinggi dan Padang akan membeli secara pukal di pasar ni. Jadi apalagi... kat sini barulah kami shopping!!


Terus terang cakap, kalau betul-betul nak shopping memang kene spend setengah hari kat sini. Kain sulaman, telekung, tudung, kain batik, pelekat, jubah semuanya ada. Murah-murah pulak tu. Jauh beza dengan harga di Pandai Sikek. 

Contohnya:- di Pandai Sikek harga telekung travel adalah Rp70,000.00 manakala di Pasar Aur Kuning boleh dapat sekitar Rp45,000-Rp50,000... Mungkin kalau beli 1 tak rasa tapi kalau beli 5? Erm... cer kira... dapat free 1 lagi tau!

Kami shopping ala kadar je, itupun ambil masa hampir 2 jam juga. Sekarang masa untuk shopping oleh-oleh pulak. Keripik!! Nampak tak tu, masih manual ya.



Dan inilah hasilnya borong keripik!! Berkotak-kotak...


Selesai keripik, kami singgah minum di kedai jagung pulak! Kedai Aina ni antara yang terbesar dan famous jugak lah. Semuanya menggunakan jagung sahaja. Ada bubur jagung, puding jagung, roti jagung dan lain-lain.







Ok, perut dah penuh tapi belum lunch lagi ni. So kemana kita? Kita ke Kelok 9 pulak!



Dah sampai atas, siap bergambar tetiba lapar. Hahaha... Jom kita ke rumah makan terang bulan.



Selesai makan, perjalanan diteruskan ke Lembah Harau. Hah, yang mana pernah ke Padang-Bukit Tinggi mesti tak tahu mengenai Lembah Harau, Payakumbuh kan? Kalau bukan niat shopping, boleh lah ke sini. Kami yang ala-ala nak explore ni boleh lah singgah dan bermalam di sini. 


Lembah Harau ada apa? Ok, kat sini ada air terjun dan cuaca waktu malam agak sejuk. Air terjunnya ada 4 tempat dan jarak yang paling best tu agak jauh dan kene hiking. Disebabkan kekangan masa jadi kami hanya pergi 3 air terjun sahaja. 

Disini tempat yang paling ramai kerana airnya agak dalam tapi kawasannya agak terbuka.


Ok, dah lihat kawasan, kami check in dulu. Ini homestay yang saya pilih. Abdi Homestay. Korang tengok lah pemandangannya kenapa saya pilih kat sini. Bilik dan toilet juga bersih dan selesa.





Lepas dah rehat lebih kurang satu jam, kami sambung jalan-jalan ke air terjun yang lain pula. Dah sampai sini eluk lah korang bawak baju spare, rugi kalau tak mandi.



Kene tempias pun dah sejuk sangat inikan kalau berendam. Ok, dah nak malam, kami nak pergi makan malam. Kalau kene air cepat je rasa laparnya.

Malam ni supir bawa kami makan Nasi Kapau... kene keluar dari kawasan homestay tu sebab kat dalam tu memang takde pape. Tapi kalau nak order kat homestay tu pun boleh, ada tukang masak yang boleh masakkan.




Habis makan, balik homestay makan kuaci sambil burak-burak kosong menikmati cuaca yang sejuk kat tepi bendang. Wah...


Day 3

Good morning!!! Keluar bilik nampak view cegini. Sejuk mata memandang.


Kalau dah perempuan namanya, kat mana-mana harus nak make-up. Felling ala-ala retis gitu.


Cuaca pagi ni sejuk je, nyaman je, perut pun lapar je... Breakfast time! Ok, serius cakap nasi goreng & pancake memang sedap! Kene dengan selera kami. Licin semuanya...



Lepas breakfast, kami nak gerak ke Padang. Tapi sebelum tu, ambil gambar dulu untuk kenangan.



Selesai bergambar kami check out dan terus menuju ke kilang Kopi Kiniko di sekitar kawasan Batu Sangkar. Kalau dah datang sini, memang kene cuba minum kopinya sebelum beli. Mereka sediakan kopi tu secara percuma. Kalau nak tambah, silakan.



Nak cuba kelainan, boleh bancuh air kopi dalam tempurung serta digaulkan menggunakan kulit kayu manis. Barulah rasa kopi tu pekat melekat. Pastikan anda cuba ya.


Lepas minum, kami membeli belah sedikit kopi buat ole-ole dan terus menuju ke Istana Pagaruyung.


Kalau nak felling ala-ala orang minang, boleh sewa set pakaian nya sekitar Rp35,000.00 seorang. Bila lagi nak cuba kan. So boleh lah bergambar di kawasan Istana tu.         
                                                                                                                                                                   



Selesai bergambar, kami terus ke Rumah Makan Pondok Flora di Batu Sangkar untuk makan tengahari. Rumah Makan Pondok Flora adalah antara rumah makan yang famous dikalangan pelancong kerana pemandangan serta menu nya yang walaa...


Dah habis makan, boleh main congkak dan layan burung hantu ni hah. Jinak wei.



Dan seterusnya kami terus menuju ke Padang. Perjalanan memakan masa selama 2 hingga 3 jam ikut pada pemanduan driver. 

Sampai di kota Padang, kami berhenti seketika di Masjid Raya Sumatera Barat iaitu Masjid terbesar di kawasan sumbar.



Jam 4pm kami check in hotel di Deivan Hotel. Hotel ni adalah hotel yang baru siap pada tahun 2016 dan location nya berhampiran dengan kedai/restoran makan dan betul-betul di roundabout. So memang tak susah kalau nak stay kat sini. Tambahan pula biliknya yang sangat selesa.




Seterusnya kami ke Pantai Padang. Dari hotel cuma 5 minit sahaja kalau menggunakan transport. Masa sampai di pantai, ngam-ngam matahari dah hampir nak terbenam. So apalagi, berdrama lah disitu :)



Dah penat berjalan, kami santai-santai di tepi pantai sambil minum air kelapa muda dan makan untuk alas perut sebelum makan malam. Memang feel lah layan makan dan minum sambil dengar deruan ombak. Cewwww!!!


Sekarang nak buat last minute shopping untuk beli cenderamata dari Padang pulak. Ok, kami shopping di Shirley Souvenir Shop yang berada disekitar hotel kami.


Selepas shopping barulah kami ke Jembatan Siti Nurbaya. Sepanjang bahu jembatan ni, ada ramai yang jual jagung bakar. Siap ada meja & kerusi kalau nak santai-santai lepak kat sini.




Dah dapat jagung bakar, baru kami pergi makan malam. Makan malam ni agak simple sebab restoran kebanyakannya dah tutup. Kami cuma makan Nasi Ayam Penyet dan ada yang makan nasi goreng ja.



Perut dah kenyang, kami terus ke hotel. Nak kemas-kemas sebab esuk awal pagi dah nak fly balik M'sia.


Day 4

Jam 6am kami dah check out dari hotel. Flight jam 750am. Urgghhh!!! awalnya... tak sempat kami nak breakfast. So, breakfast dalam flight je lah. Nasib baik dah tempah meals awal-awal :)

Sampai di Airport, kami singgah di kedai Roti Randang Ninur. Masa ni tak plan pun nak beli pape tapi bila tengok kek brownies ni macam sedap je, so beli jugalah satu buat family. Harga masih konsider murah, cuma Rp49,000.00 sahaja. 


Kalau korang datang Padang, korang mesti beli brownies kek ni tau. Rugi wei beli satu! Sedap sangat tambah pula coklat kat dalam tu banyak macam cheese pizza je. Banyak betul.

Kami sampai di KLIA2 jam 1030am. Lepas ambil luggage, kami berpecah ke haluan masing-masing. 

Insyaallah, soon jumpa di trip lain pula.

Assalamualaikum...

No comments: