Cameron Highlands, Pahang

Assalamualaikum w.b.t


Harini ada event cycling kat Ipoh. Bergerak dari Kuala Lumpur jam 3am sebab event bermula jam 730am. Sampai sana sekitar jam 530am. Habis santai dah bawak kereta masa ni. Sempat solat subuh di Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya dan apabila selesai terus ke Bulatan Amanjaya iaitu tempat di mana event bermula.



Sampai finishing line jam 1030am. Lepak-lepak jap dan terus naik ke Cameron Highlands, iaitu destinasi percutian singkat untuk minggu ni. Kenapa tak lepak Ipoh je? Sebab last year dah 5-6 kali trip ke Ipoh, rasanya dah takde tempat yang nak share ngan korang.

Masa pergi ke Cameron Highlands kali ni, kami tawakal jugak lah sebab takut jem teruk kat atas tu memandangkan cuti yang berterusan 3 hari berturut-turut minggu ni. Cuti apa? Cuti hujung minggu sabtu dan ahad serta Isnin cuti hari pekerja tapi Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands, perjalanan adalah sangat lancar.

Sampai di Cameron, kami makan tengahari di food court, Brinchang. Cuaca agak sejuk dek kerana angin yang sepoi-sepoi bahasa tu. So time macam ni sedap kalau makan goreng-goreng ja. Menu tambahan, satay... Walaa!!


Lepas makan sempat singgah di Balai Kraftangan Brinchang untuk cuci-cuci mata. Kat dalam kedai ni ada banyak barang-barang cenderahati dan harganya juga tak mahal mana. Yang harga RM1 pun ada... Kalau tak caya, nanti u all singgah, masuk Free aja...


Sekarang dah masa untuk check in hostel. Ya, hostel kami dekat ja. Kalau jalan kaki x sampai 5 minit :) Iris House Hostel. Ok, Iris ni ada 2 jenis type hotel. 1 resort yang terletak di Tanah Rata dan 1 hostel yang terletak di Brinchang. Kedua-duanya adalah dari hotel yang sama. So, check dulu ya sebelum check in ^_^.


Masuk je bilik tetiba rasa teruja... Bilik bersih dan besar. Selesa sangat dan berbaloi beb!! Saya ambil bilik untuk 3 orang dengan harga RM249/night dari agoda.com. Kalau nak harga best, you all boleh check kat trivago untuk bilik yang sama atau comparekan dengan lain-lain website sama ada traveloka mahupun booking.com.



The best thing kat house hostel ni adalah pemandangan dari dalam bilik. Nah tengok ni... boleh tengok lalu lintas sekali, kalau sesak, tak yah keluar. Hahaha...


Jam 6pm baru kami keluar dari bilik. Penat beb!! Ok, malam ni malam minggu... ada pasar malam. Tapak pasar malam dah pindah ke bawah sikit dari Brinchang iaitu terletak di Golden Hills. Kalau tak tahu, you all boleh follow je sign board kat tepi jalan tu. Jangan guna waze ok, nanti you all terlepas dari pemandangan-pemandangan yang indah kat sini. Rugi!!

Tapak ni agak baru lagi tapi agak selesa sebab lebih luas dan lagi banyak pilihan untuk pengunjung. Macam-macam ado...


Tengok dari gambar ni pun u all boleh tahu meriah ke tidak suasana di pasar malam tu kan... Dibahagian hujung gerai tu pula nanti u all akan nampak view cegini... Nampak kabus tebal dan rumah-rumah di atas bukit. Teruja kan? Oh ya, kalau nak datang sini datang seawal jam 6pm ok sebab nanti kalau lambat jalan memang sesak.


Dah habis borong sayur, strawberry, cenderahati dan lain-lain... kami terus pulang ke hostel. Hujan renyai-renyai dah mula turun...

Dalam bilik lepak makan apa yang kami beli di pasar malam tadi ja dan jam 10am kami dah tidur... ZzzZzz... Sejuk wei!!

Keesokan paginya, jam 8am kami makan roti canai di food court Brinchang. 3 Minit je kot jalan kaki ni... memang sedap! garing dan dal yang lazat. Erm... Lepas makan kami balik ke hostel dan kemas barang untuk check out. Jam 11am kami check out sebab nak singgah beberapa tempat lagi.

Dari hostel, kami tak naik semula ke Brinchang tapi terus turun melalui Tanah Rata. Sebab jalan ooooomak ai... Jem kalau nak naik ke atas tu. Rasa tak sanggup nak menghadap jem, kami singgah di salah satu strawberry farm yang terletak di kawasan perkampungan melayu.

Walaupun kawasannya tak semeriah kat Brinchang atas tu tapi cer tengok strawberry ni... Ouuuu lahai. Merah & manis.


Selesai pusing di strawberry farm, kami ke Cameron Valley pula. Kat sini semestinya harus cuba strawberry cheese cake dan air teh. Terliuq tak?


Bila badan dah mula rasa panas dengan air teh tadi, moh kita turun ke ladang teh pula. 




Ok, selesai dah trip Cameron. Ni namanya short vacation. Banyak lagi tempat-tempat yang u all boleh lawati seperti Bee Hive Maze, Boh Tea Centre, Butterfly Garden dan lain-lain lagi. Saya tak pergi untuk vacation ni sebab rasanya dah banyak kali pergi situ. So amik yang mana wajib aja.

Dari tanah rata, terus turun ikut sungkai dan finally kami makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah. Hah... yang ni juga tempat yang saya recommend kat u alls. Kedai dan signboard nya besar gedabak, pasti korang akan nampak sebelum sampai tol sungkai.


Apa yang menarik kat sini? Yang utama adalah nasinya... Nasi dalam buluh yang dibalut dengan daun pisang. Sebab tu namanya nasi bamboo... Sungai Klah tu nama kawasannya :)


Kat sini u all kene layan diri. Kene beratur dan ambil sendiri apa yang u all nak makan. Ada bahagian nasi boleh pilih sama ada mahu set ataupun nasi sahaja. Kalau set nya ada kuah kari dan ulam-ulaman. Antara menu lain ada ikan/ayam/kerang dan macam-macam jenis bakar, satay, lauk berkuah, sayur-sayuran serta pelbagai jenis air. Pilih... pilih... pilihhhh...



Cumanya... kalau nak makan kat sini pada hari minggu, kene tahan sikit lah sebab u alls akan beratur panjang sebab ramai woo... tapi insyaallah meja makan memang cukup. Jangan risau bab parking sebab kawasan parkingnya besar sangat. Kalau tak muat jugak, u all parking tepi jalan je. Insyaallah tak kene saman :)

Selesai makan, kami gerak terus balik ke Kuala Lumpur. Dari Sungkai ke Kuala Lumpur tol hanya RM14.++ je. Murah kan? Hehe... kalau nak pergi makan balik hari je pun boleh. So? Bila kita nak g makan sama ni? Haha...

Ok, selesai untuk short vacation kalini. Macam banyak aktiviti makan dari jalan-jalan je kan? Itulah dia baru namanya Cik Suki yang jenis kaki makan. Tolak yang haram dan yang tak boleh dimakan je... Ok bui... Jumpa next trip!

Post a Comment