Lombok, Indonesia

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t. 

Tak sampai seminggu balik dari Boracay, Phillipines, saya sambung trip 4h 3m ke Lombok, Indonesia bersama 4 rakan yang lain. Walaupun kami berlainan masa penerbangan, tetapi segalanya sudah diatur dengan kemas. Insyaallah.



Jam 1130am, 3 rakan saya tiba di Lombok International Airport dan terus dibawa untuk makan tengahari di Restoran Cahaya dengan menu Nasi Balap Puyung. Restoran Cahaya adalah antara restoran yang terkenal dikalangan pelancong kerana kedai ini berada berhampiran dengan airport.



Selesai makan tengahari, rakan saya dibawa ke Air Terjun Benang Kelambu untuk beriadah sementara menunggu saya sampai. Hehe...

 


Untuk masuk ke air terjun Benang Kelambu, bayaran dikenakan sebanyak Rp. 5.000/pax dan yang seronoknya adalah korang akan disambut dengan suasana yang damai dan sejuk. Dari pintu masuk ke air terjun pula memerlukan perjalanan sejauh 1.5km. Hah, tapi kalau rasa tak nak penat dan nak jimat masa, korang boleh menaiki motor yang dibawa oleh penduduk tempatan dengan bayaran yang ditetapkan. Itu adalah salah satu sumber pencarian rezeki mereka.

Apabila sampai di lokasi, korang harus menuruni tangga sejauh 100m untuk sampai ke Air Terjun Benang Kelambu. 


Adventure pulak rasanya kan? Takpe, dah nampak air terjun tu, hilang rasa penat dah.









Hampir 2-3 jam beriadah di Air Terjun Kelambu, rakan-rakan saya bergerak pulang untuk ke Kota Mataram. Hah, masa nak bergerak pulang, part ni yang lebih mencabar kerana harus menaiki tangga di laluan tadi. Memang semput rakan-rakan saya ni. Sampai merangkak pun ada. Aha.



Sampai di Kota Mataram, rakan-rakan terus dibawa makan malam di Omah Cobek sebelum check in bilik. 


Sementara rakan-rakan saya sedang menjamu selera, saya pun tiba di Lombok bersama seorang lagi kenalan baru yang join trip ni. Kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah.



Sampai di Lombok, kami terus menuju ke gerai Seafood Ikan Bakar 88 di Kota Mataram. Gerai ni betul-betul berhampiran dengan hotel tempat kami menginap. Gerai ini adalah antara gerai yang paling sedap dengan menu ikan bakarnya.


Selesai makan, kami berkumpul dan check in di Fortune hotel yang rasanya lebih selesa dan besar dari hotel budget yang lain dan kami pun terus kemaskan diri serta berehat.






Day 2

Sebelum keluar kami mengambil sarapan pagi di hotel dulu. Pihak hotel menyediakan sarapan secara buffet. Banyak juga pilihan yang diberikan. Pilihan saya untuk sarapan pagi ni adalah roti bakar dan nasi goreng.


Setelah sarapan, kami meneruskan perjalanan ke Desa Senaru. Perjalanan mengambil masa selama 2.5 ke 3 jam dari Kota Mataram. Sampai di Desa Senaru, kami berehat sebentar di Rinjani Lodge. 


Rinjani Lodge mempunyai pemandangan yang cantik  serta cuaca yang agak sejuk sambil menikmati hidangan tengahari. Walaupun juadah nampak ringkas tapi sebenarnya, menu ni membuatkan kami makan hingga licin. Memang sedap!!


Setelah berehat beberapa minit selepas makan, kami pun mula berjalan ke Air Terjun Sendang Gile. Bayaran masuk adalah cuma Rp5,000/pax. Untuk permulaan, korang harus ikut trek/tangga yang telah disediakan.


Lebih dari 200 biji tangga yang harus korang lalui. Tak sampai 15 minit perjalanan, korang dah boleh dengar dan nampak air terjun yang dimaksudkan. Air terjun ini berasal dari mata air kaki Gunung Rinjani yang masih bersih dan jernih. 

Menurut cerita penduduk Senaru, satu masa dahulu ada seekor singa kerap melakukan kekacauan di kawasan kampung tersebut dan apabila penduduk mula melakukan pemburuan ke atas singa tersebut, singa itu kemudiannya lari ke dalam hutan dan saat itulah penduduk Senaru terjumpa air terjun ini secara tidak sengaja.

Sejak dari itu, penduduk menyebut Singa Gile dengan sebutan Sengang Gile dan kini sebutan Sengang berubah menjadi Sendang dan akhirnya air terjun itu diberikan nama Air Terjun Sendang Gile.



Air terjun setinggi 31 meter ini terletak di ketinggian kurang lebih 600 meter di atas permukaan air laut. Terdapat dua tingkat di air terjun ini, dimana tingkat pertama muncul dari atas tebing dan jatuh ke dasar kolam di bawahnya. Air di kolam tersebut akan mengalir ke bawah dan membentuk tingkat kedua yang jatuh dan membentuk sebuah sungai yang ada di bawahnya. Dasar air sungainya hanya mendatar dan para pengunjung dapat menikmati kesegarannya dengan mandi di bawah air terjun tersebut.



Apa yang menarik dari terjun Sendang Gile ini adalah adanya kepercayaan dari masyarakat sekitar bahawa ada kekuatan luar biasa di air terjun ini. Apabila ada pengunjung yang membasuh muka atau mandi di air terjun ini maka ianya akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih muda satu tahun dari usianya. 

Namun, sekali lagi ini hanyalah kepercayaan masyarakat sekitar. 

Ok, kalau korang dah sampai ke Terjun Sendang Gile, tak lengkap rasanya kalau tidak meneruskan perjalanan ke lokasi air terjun ke 2 yang lebih tinggi dari air terjun pertama.

Dalam perjalanan tu korang akan menaiki tangga dan melalui jambatan yang cukup tinggi dan sebenarnya jambatan ini merupakan laluan air, namun di atasnya di tutupi besi dan batu untuk laluan pengunjung. Walaupun telah ditutupi besi dan juga batu tapi korang harus berhati-hati kerana laluannya mungkin licin kerana di penuhi lumut.



Setelah melepasi jambatan, korang akan memasuki kawasan hutan dan juga beberapa sungai kecil.




Walaupun nampak sungai tu macam tak berapa nak dalam, tapi korang tetap kene berhati-hati kerana sesetengah laluan mempunyai air yang deras dan batu didalam sungai juga mungkin licin.



Sekitar 20 meter sebelum sampai korang dapat merasakan percikan air dan juga suara air yang jatuh dari atas. Tidak hairan air terjun ini di namakan Tiu Kelep dalam bahasa Sasak yang berarti “terbang renang”.

Air Terjun Tiu Kelep mempunyai ketinggian sekitar 45 meter dari tebing yang terbentuk setengah lingkaran di penuhi oleh batu besar di pinggirnya dan juga tumbuhan air yang ada pada sisi tebing.





Dinasihatkan juga supaya korang jangan mandi terlalu tengah atau berada berhampiran dengan air yang turun dari atas kerana dibawah air itu mempunyai selut yang akan menarik korang sampai ke dasar dan kemungkinan korang yang pandai berenang juga akan lemas.

Setelah puas mandi, dalam perjalanan pulang korang boleh cuba bermain air dibawah jambatan (laluan masa pergi) kerana air nya agak laju tapi masih boleh dikawal kerana tak berapa dalam. Air ini juga bersih kerana ia adalah dari air terjun itu sendiri. 


Sesudah bermain di laluan air itu, korang juga diberi peluang untuk melalui gua sekitar 100 meter dengan ketinggian air sampai lutut tetapi sebelum memasuki gua tersebut, disarankan supaya korang buka lampu/torchlight kerana keadaan gua yang gelap dengan air yang sangat deras. Jadi, jangan lepaskan tangan dari rakan hadapan korang.


Lebih kurang 10 minit berjalan dalam gua, korang akan keluar dan berada di kawasan Air Terjun Sendang Gile. Short cut namanya... Hehehe... Selesai aktiviti, anda perlu menaiki semula tangga yang telah anda lalui semasa ke Air Terjun Sendang Gile. Hah, masa ni memang penat sangat-sangat dah!


Sebelum pulang dan bersihkan diri, kami diberi peluang untuk beriadah di dalam kolam di Rinjani Lodge sambil melihat pemandangan di Senaru.


Lebih kurang satu jam beriadah, kami bersiap-siap untuk check in di Gili Trawangan. Perjalanan dari Senaru ke Pelabuhan Bangsal mengambil masa lebih kurang 45 minit.


Sampai di Pelabuhan Bangsal, kami menaiki private boat menuju ke Gili Trawangan yang mengambil masa selama 20 minit.



Dan sebelum kami check in, kami menyewa basikal dengan bayaran Rp50,000/pax untuk melihat sunset di Ombak Sunset. Masa dah suntuk.


Kami mengayuh basikal sekitar 15 minit untuk sampai ke destinasi yang popular di kalangan pelancong asing seperti kami.


Ombak Sunset adalah antara tempat yang sesuai dan cantik ketika sunset.




Alhamdulillah, cuaca harini sangat cantik dan kami berpeluang melihat sunset dengan baik sekali.


Kenapa ramai pelancong suka ambil gambar di Ombak Sunset? Sebab kat sini ada buaian yang boleh dijadikan backdrop untuk setiap photographer. Cer tengok gambar kat bawah ni, kan cantik tu...




Selesai mengambil gambar, kami teruskan perjalanan dengan mengayuh basikal mengelilingi Gili Trawangan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kenapa lama? Yelah, bila kene lalu atas pasir, xblh nak kayuh basikal dah... kene tolak pulak lepas tu, laluan pula agak kecil, tak boleh nak kayuh jugak, tolak lagi... 


Pendek cerita, berbaloi jugak lah walaupun penat menolak basikal atas pasir sebab kami dah pusing satu Gili Trawangan. Korang bila lagi?? Dah penat mengayuh, kami terus ke Ocean Restoran untuk makan malam.



Penuh meja kami kan? Hah... jangan tak percaya bila saya kata semua makanan atas meja tu habis kami jamah! Elakkan pembaziran! Selesai makan, rasa tak mampu nak kayuh basikal, jadi kami cuma parking basikal di tempat asal dan berjalan kaki untuk ke bilik. Tak jauh pun, 100 meter je. 

Lepas dah check in bilik, bersiap, terasa segar pula badan ni, jadi kami keluar jalan-jalan dan minum di sekitar pantai. 

Apabila lewat malam, sepanjang pantai ni memang meriah sebab ramai pelancong asing mula untuk berhibur dengan cara mereka sendiri. So, kami rasa yang sesuai untuk kami adalah masuk bilik dan tidur. Aha!!


Tak sampai setengah jam, kami balik ke bilik dan berehat. Sambung esuk!!


Day 3

Tadaa!!! Inilah tempat tinggal kami di Gili Trawangan. Besar, selesa serta bantal dan tilam yang empuk... Lena semua rakan-rakan saya tidur sampai dikejutkan tengok sunrise pun, semua tak mau... Huhuhu



Pagi ni dapat sarapan pagi dari seseorang lah... Walawei... Thanks friend! Lap U!! Actually, pihak chalet ada menyediakan sarapan pagi tapi menu dalam gambar ni hanyalah additional saja. Nampak tak, datang Lombok memang asyik makan je...


Perut dah kenyang, jadi kami pun check out dari Gili Trawangan. Kami datang ke gili hanya untuk berehat dan kami tak melakukan aktiviti snorkeling di sini. Nasib baik lah member-member ni tak nak snorkeling, kalau tak... muak dah ikan-ikan dan penyu tu tengok saya. Aha!





Kami terus ke Villa Hantu dan juga Malaka untuk bergambar kenangan.





Selesai bergambar, kami singgah di Sasaku dan juga Lombok Exotic untuk berbelanja pula.


Hampir dua jam kami berada di kedua-dua tempat. Selesai shopping, kami terus ke kedai makan untuk makan tengahari. 


Selesai makan dengan tenang, kami menghantar 2 rakan kami ke airport yang akan pulang ke Malaysia jam 3pm ni. Percutian  mereka hanya mengambil masa selama 3h 2m sahaja. Manakala, kami terus ke bilik untuk check in di Kota Mataram.

Jam 8pm kami keluar untuk makan malam di Omah Cobek iaitu antara restaurant kegemaran saya.


Malam masih muda dan kami terus ke Lombok Epicentrum Mall dengan tujuan mencari bahan bacaan. Nak cari buku Ayat-Ayat Cinta 2. Kat Malaysia takde stock wei.


Dah dapat apa yang dicari, kami ngopi dulu. Ada orang belanja... Untunglah...


Selesai ngopi, kami terus ke hotel dan berehat.



Day 4

Hari ke-4 sudah... Sebelum check out, kami sarapan dulu. Lapik perut, nanti rindu Lombok, susah!



Tepat jam 8am, kami teruskan perjalanan ke Selong Belanak, Tanjung Aan, Pantai Seger, Bukit Merese dan juga Pantai Kuta.




 




Dari Pantai Kuta, kami singgah di Sasak Village, Desa Sade. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penduduk di Desa Sade, anda boleh klik disini


Setelah mendengar serta mempelajari kehidupan mereka, kami teruskan perjalanan untuk makan tengahari di kedai bakso. Kalau nak makan bakso ni, kuahnya kasi letak kicap pekat-pekat. Baru terangkat!!


Selesai makan, kami terus ke airport dan menaiki pesawat jam 7pm. Nampak tak muka sedih taknak balik!






Alhamdulillah, kami selamat sampai di Malaysia sekitar jam 10pm dengan selamat.

Trip kalini memang agak sempoi sebab tak banyak layan air laut. Antaranya kerana rakan-rakan kalini agak takut dengan air laut. So kasi view aja pun dah berbaloi bagi derang.

Disebabkan juga trip yang agak sempoi, jadi, sempat juga saya order buku secara online! Aha... next time boleh buat lagi... Susah nak cari buku limited versi Indonesia ni tambah pula kat Malaysia ni semuanya dah mahal. Haha...



Walaupun trip agak singkat, tapi saya rasa puas sebab dapat repeat makanan Lombok! Bila nak ke Lombok lagi ni???

Wasalam...



No comments: