Boracay, Phillipines

Mabuhay!!

Bulan May adalah bulan yang paling sesuai untuk ke pulau tak kisah samada dalam atau luar negara. Untuk tahun ni, saya pilih untuk ke Boracay, Phillipines. 


Kalini saya pergi bersama 5 rakan yang lain secara backpackers tapi hotel saya dah booking awal untuk mengelakkan buang masa cari bilik/hostel kat sana sebab bulan May adalah peak season. So orang memang lah teramat ramai.


Kami hanya bercuti selama 4h 3m dengan budget RM700 all in. Sebelum memulakan perjalanan, seperti biasa siap sediakan barang yang wajib bawa. Passport, duit serta dokumen seperti hotel voucher dan juga map kalau ada.





Day 1


Untuk ke Boracay, AirAsia ada flight direct dari KL iaitu terus ke Kaliboo Airport. Kalau naik flight lain selain dari AirAsia, maybe korang kene turun kat Manila dan dari Manila korang boleh ambil domestic flight ke Caticlan Airport.


Flight kami sepatutnya memulakan perjalanan jam 1030am tapi flight kami delayed dan perjalanan kami bermula jam 1130am. Lewat 1 jam. Perjalanan dari KL ke Kaliboo memakan masa selama 4jam. Jadi kesempatan ini, kami makan tengahari di dalam flight je




Sampai di Kaliboo Airport, lepas dah settle semua imigration dan luggage, keluar dari pintu airport nanti u all nampak ada 2 khemah kecil dan beberapa orang duduk kat situ untuk transport ke Boracay. 

Perjalanan dari Kaliboo Airport ke Jetty Caticlan mengambil masa selama 1.5 ke 2 jam depends pada pemandu sebab selalunya pemandu akan tunggu sampai van/bus penuh baru dia nak jalan. Tambang van dan bot adalah 250php/pax. 


Hah, masa perjalanan ni korang boleh lah menikmati pemandangan kat phillipines ni sebab jalan kat sana macam kawasan kampung je. Banyak sawah padi dan rumah-rumah kampung. Saya x sempat nak snap gambar sebab pemandu ni bawak laju giler jadi semua hasil gambar adalah tak berapa nak cantik sebab goyang :D


Sampai di Jetty Caticlan, korang kene pergi kaunter untuk bayar ferry terminal & environmental fee 175php/pax. Dari jetty ke pantai pula kene naik tricycle ala-ala tut-tut. Budget dalam 50php/pax tapi disebabkan kami ramai dan combined dengan group lain yang tinggal berhampiran, jadi kami hanya bayar dalam 20php/pax. Jimat dah kat situ kan?


Sampai destinasi jam 7pm dan kami terus check in. Boracay ada 3 station pantai.

Station 1 - Hotel mewah dan menghadap pantai. Pasir disini sangat halus dan kawasan ni happening ketika sunset dan juga tempat untuk menikmati sunset di atas sailing.


Station 2 - Hotel sederhana mewah. Pasir sederhana halus dan lebih happening dan lebih dekat dengan kemudahan seperti money changer, 7eleven, D'Talipapa, D'Mall dan macam-macam lagi.


Station 3 - Hotel lebih murah dan bila ada event baru happening kerana diwaktu malam di kawasan ni agak sunyi dan pasir di pantainya pula lebih kasar berbanding di station 1 & 2.


Saya memilih untuk stay di Station 2 iaitu kawasan yang pantainya cantik dan dekat dengan kemudahan lain.





Lepas dah check in dan bersihkan diri, kami makan malam dengan bekalan yang kami bawa sebelum kami meneruskan cuci mata di pantai Boracay.

Tempat pertama yang kami tuju ialah D'Talipapa. Di situ ada stall halal yang boleh korang makan tapi waktu nya bermula jam 7am sampai habis makanan tu. Semuanya bergantung pada kuantiti makanan yang mereka sediakan. Disebabkan kami dah makan, jadi kami mula mencari souvenir untuk family dan rakan-rakan.





Selesai cari barang dan jalan-jalan kami pulang ke hostel untuk berehat. Tak sabar nak tunggu aktiviti hari esuk!!


Day 2

Hostel kami tak sediakan breakfast jadi kami makan maggi je. Sedap pulak sebab dah lama x makan. Pagi ni baru lah bermula nya kerja-kerja ambil gambar :) 


Jam 8am kami dah bersiap sedia untuk melakukan aktiviti island hopping dan island tours. Dari hostel, kami kene lalu terowong ni dalam 20m untuk ke laluan hadapan.



Keluar je dari terowong tu, korang akan nampak satu seni hasil dari kretiviti orang-orang sana.



Nampak tak pantai kat depan tu? Hah, teruja kan? Hehe. Kalau korang ke kanan, korang akan terus berjalan menuju ke D'Mall dan station 1.



Manakala kalau ke kiri pula, boleh jalan terus ke D'Talipapa dan station 3.



Untuk aktiviti island hopping, kami perlu menaiki bot di station 1 dan berjalan lebih kurang 10 minit. Sebelum memulakan aktiviti, korang kene isi details untuk insurance coverage. Dah settle baru boleh naik boat.











Untuk aktiviti pertama, kami snorkeling dulu. Ombak agak kuat kat sini bukan kerana musim tapi memang asal ombaknya macam tu tapi dalam air sangat jelas so boleh nampak ikan yang bermacam warna kat situ.





Setengah jam kemudian, kami ke Crystal Cove. Nak masuk sini kene bayar ye anggaran dalam 200php/pax. Yang ni kene bayar asing dan exclude dari package island hopping ya. 















                                                                                                                                                                        






Nampak tak crystal nya? Macam tak percaya kan yang air pulau tu jernih bak hang! U all boleh pusing satu pulau kat situ. Memang betul-betul teruja dengan kejernihan airnya.

Habis pusing, kami menuju ke Puka Island pula. Salah satu island dan pantai yang agak cantik. Nak snorkeling boleh, nak lepak-lepak je pun boleh.






Setelah 1 jam, kami beransur pulang dan perjalanan mengambil masa selama 20 minit dari Puka Island. Terasa dekat pulak.




Perut pun dah macam berbunyi keroncong, jadi kami terus mencari makan tengahari. Sambil-sambil jalan ada pula yang jual buah. Apa lagi, beli lah mangga untuk lapik perut. Sedap!!


Harini kami ke stall no 23 di D'Talipapa. Jangan konfius ya, kat sini memang deretan kedai jual survenir tapi yg kedai makan tu adalah di dalam kedai itu sendiri. Kalau tak pasti stall mana, boleh tanya je dengan peniaga-peniaga di sana di mana boleh cari makanan halal. 

Kalau nak beli seafood di pasar tu pun boleh then suruh tukang masak di stall no 23 tu masakkan. Tapi tak selalu juga tukang masak ada kat kedai so better u all confirmkan dulu. Kalau dia kata okey, baru korang beli makanan basah tu. 

Bawah ni adalah antara air buah yang sedap diminum di tengah-tengah panas ni! Ada macam-macam perisa. Semuanya sedap.


Selesai makan kami balik ke hostel untuk bersihkan diri dan berehat.

Jam 430pm kami berjalan semula ke station 1 untuk aktiviti seterusnya iaitu sunset sailing. Kat sini cepat siang dan juga cepat malam. Jam 5pm dah mula sunset. Alhamdulillah cuaca harini sangat cantik.


    


Ini pengalaman pertama kami naik sailing. Best juga, saya dah cuba anda bila lagi? Hehe... Naik ni tak lama, lebih kurang setengah jam je. Dah turun tu, u all boleh teruskan perjalanan ke Williy's Rocks yang berada di hujung pantai station 1.




Sebelum sampai di Williy's Rocks, korang boleh singgah minum air buah di Jonah's Fruit shake. Kedai ni agak popular dan memang ramai yang akan beratur dan lepak di kedai ni. Harga, boleh tahan mahalnya. Nama pun kat pulau, memang mahal lah kan.

Hari pun dah nak malam, dari Williy's Rocks kami terus ke D'Mall pula jalan-jalan tengok apa yang ada. Kat sini harganya sedikit mahal dari D'Talipapa tapi ada banyak kedai makan kat sini expecially yang tak halal. Dalam setengah jam pusing, kami decide untuk makan McDonals ja. Kami makan fillet o fish dan lepak kat tepi pantai je. Ok lah tu...


Lepas makan kami terus balik hostel. Sakit-sakit badan dah ni. Sambung program esuk pagi pula.


Day 3

Hari ni 2 orang antara kami pulang ke Malaysia. Disebabkan tiket flight mereka beli lewat, so harganya memang agak mahal berbanding kami berempat.

Selepas sarapan, kami berempat mulakan aktiviti yang agak mencabar iaitu zipline dan kereta kabel. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ke puncak dengan menaiki kereta yang disediakan. Seeluknya aktiviti ni buat di pagi hari sebab tak yah lah beratur menunggu giliran. Dah save masa kat situ kan.

Zipline kat sini tak tinggi sangat, cuma lebih kurang 70 meter dan kelajuan hanya antara 30 - 60m/j . 

Cuma yang bestnya, zipline kat sini kene baring ala-ala superman dan pemandangannya yang sangat indah. Dapat tengok laut boracay! Hah, itu yang menarik tu. Kalau u all masih ada budget jangan lupa buat aktiviti ni. 1300PHP/pax.




Naik zipline mesti rasa macam tak puas nak tengok pemandangan kan? Hah, that's masa nak patah balik tu korang kene naik cable car. Baru puas tengok pemandangan sekeliling dan berselfie.



Dari zipline, kami terus ke station 2 untuk aktiviti helmet diving pula. Yang ini pula kene naik boat dan tunggu giliran di check point yang disediakan. Untuk yang first timer macam kami ni memang agak gugup juga tapi bila dah masuk, rasa macam tak nak keluar pula. Haha...


Walaupun airnya keruh sedikit, tapi tetap puas hati sebab ada banyak ikan {^_^} Saje nak cuba aktiviti sebab kalau buat kat Malaysia, mahal!

  


Sebenarnya tak dalam mana pun, cuma 5 meter je, jadi bagi yang tak reti berenang tak de masalah kalau nak buat aktiviti ni sebab aktiviti ni cuma berjalan je. Tempoh masa dalam air hanya 30 minit sahaja. 

Kalau u all enjoy, u all akan rasa macam kejap je kat dalam tu. So, takde apa yang nak di stresskan, so enjoy je!! Selesai aktiviti, kami pulang ke hostel untuk bersihkan diri dan jam 3pm kami keluar untuk makan tengahari.

Apa menu? Hah, ni dia... belanja diri sendiri dengan makan mewah. Menu Nasi Arab harini. Kedainya ada di D'Mall. Nampak tak betapa serinya kawanku sorang ni bila ramai orang arab dalam kedai makan tu. Handsome katanya... 




Selesai makan nasi arab, kami cuba aiskrim mangga pula. Memang recommended. Kaw-kaw punya sedapnya tu.


Hah, nampak tak bila perut dah kenyang. duduk-duduk jap sambil layan aiskrim.


Esuk kami nak balik dah. Jadi harini kami sambung berjalan ke D'Talipapa untuk last shopping. Harini kami jalan dari station 1 sampai station 3. Jenuh!



Masa saya baca info sebelum ni, katanya station 3 kurang meriah. Bila malam, kawasannya agak mati tapi masa saya berada di sana, station 3 yang paling meriah! Antaranya, ada pertunjukan api, dasyat!!!



Dan kalau dah sampai di Boracay ni, korang wajib bergambar kenangan bersama hasil kretiviti anak-anak muda di phillipines ni. Sepanjang pantai ni korang boleh pilih je yang mana korang berkenan dengan hasil tangan mereka tapi setiap kali bergambar mereka akan kenekan bayaran sebagai tips mereka. Selagi air surut, selagi tu mereka akan tukar-tukar design.
  

Atlist, bila korang bergambar dengan pasir ni, ada kenangan dan bukti yang pada tarikh sekian... korang pernah ke Boracay!!

Malam ni memang kami santai-santai je jalan sambil dengar live band di setiap restaurant/bar sepanjang pantai. Bila kami dah puas berjalan, kami pulang ke hostel untuk packing barang-barang dan berehat. Esuk nak balik dah. Huhu...


Day 4

Flight pulang jam 2pm tapi disebabkan perjalanan nak ke airport tu agak jauh, jadi kami keluar seawal jam 9am.

Sebelum bertolak, kami sempat bergambar tanda rasa sayang nak lepaskan Boracay! 


Dari hostel ke airport, kami pun hanya backpack saja. Tak perlu booking sebab transport kat sana memang banyak dan kadar bayaran pun semua sama saja. Jangan lupa asingkan siap-siap duit tut-tut, boat dan terminal fee.



Kami sampai awal 2jam setengah sebab masa balik, kawan-kawan nak check in lugagge. Sementara tunggu depart, kami minum di restaurant yang berhampiran. Memula ingat nak makan tapi kat area sini takde kedai makanan halal so kami minum jelah.

Ok, kat sini nak bagitahu, di Kaliboo ada airport fee ya O_O Asingkan siap-siap 700PHP/pax. Derang akan collect sebelum korang masuk di bahagian imigration. Saya sendiri pun tak faham kenapa di philllipines masih dikenakan airport tax sedangkan di dalam tiket AirAsia dah charge. Means, double charge dah kat situ. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh bagi saya info sikit?

Masuk je dalam flight, kami mula makan macam-macam. Rasa macam dah lama tak makan. Nikmatnya rasa. Haha!! 


Alhamdulillah, bekalan yang kami bawa semuanya habis. So budget kami untuk makan memang ngam. Kami cuma bawa 2,000PHP/pax sahaja untuk makan/minum dan beli survenir sepanjang berada disana selama 4h 3m. Licin semuanya. Budget memang budget!!

So kalau korang tak bawak bekalan, rasanya kene bawa duit lebih-lebih tau!

Kami sampai di KLIA2 dengan selamatnya. Alhamdulillah, percutian yang singkat ini dapat juga kami simpan beberapa pengalaman baru. Insyaallah kalau ada rezeki memang saya sampai ke sini lagi.

Sebelum korang close, sila enjoy my simple video.


Wasalam...

No comments: