Bandung, Indonesia

23hb - 26hb September adalah tarikh trip sis ke Bandung, Indonesia bersama rakan serta isteri dan ibunya. Bandung adalah antara bandar terbesar yang terletak di tengah-tengah gunung berapi serta perkebunan teh. Bandung juga merupakan destinasi untuk pelancong membeli-belah di pelbagai kedai berfesyen.



Sampai di Bandung jam 9am dan kami terus ke destinasi pertama iaitu Trans Studio. Kami hanya berjalan di sekitar kawasan tersebut.



Kalau nak naik roller coaster ni, boleh je tapi sis baru je turun dari flight, tak pasal-pasal kang termuntah pula. Next time Insyaallah.



Tak sampai setengah jam, kami meneruskan perjalanan ke Toko Tiga Levi's Factory yang terletak di Kota Bandung. Hari pertama dah boleh shopping kalau jumpa yang mana berkenan.


Toko Tiga dibuka jam 10am-10pm dan menjual jeans dengan pelbagai jenama terkenal serta kualitinya adalah original. Harga yang dijual juga murah berbanding di shopping mall lain.


Setelah puas mencuci mata di Toko Tiga, kami terus ke Masjid Raya iaitu masjid yang berada di Kota Bandung iaitu terletak di sebelah timur alun-alun Bandung.



Selesai menunaikan solat, kami sambung shopping di Rumah Kain Al-Mubarok. Ready, mata dah mula rambang sebab murah dan cantik-cantik. Oh men!!!



Diam tak diam, hampir 2 jam juga kami disini. Banyak juga rakan-rakan saya shopping. Yelah, nak beli mana boleh beli sepasang dua kan. Mesti nak beli untuk adik-beradik, mak, yang mana kirim lagi. Erm... Kemudian, kami ke pasar baru. 

Sebelum kami sambung shopping, kami makan tengahari dulu walaupun dah agak lewat sedikit. Food court berada di tingkat atas dan ada pelbagai makanan yang boleh dipilih ikut selera masing-masing.


Pasar Baru Trade Centre dibuka setiap hari dari jam 10am-5pm. Kawasan ni memang besar, bertingkat-tingkat dan berpusing-pusing penuh dengan kedai. Kat sini juga korang boleh dapat pelbagai jenis pakaian, kain ela, telekung, souvenir, kasut dan lain-lain. Kalau korang pandai tawar-menawar insyaallah, peniaga sini boleh kawtim. 


Jam 5pm, pasar nak tutup. Kami pun bergerak pulang dan terus ke Cihampelas. Cihampelas agak meriah di waktu malam kerana mempunyai kedai di sepanjang jalan serta stall di bahagian jejantas sambil dihiburkan oleh penyanyi jalanan.




Di Cihampelas juga mempunyai shopping mall yang diberi nama Cihampelas Walk. Tempat ini sesuai jika datang untuk santai bersama keluarga.




Baru hari pertama dah rasa macam penat sangat. Mana tak nyer, dari pagi sampai malam, kami belum check in bilik pun lagi. Itu biasa! Aha. Sebelum kami ke hotel, kami makan disekitar kawasan Cihampelas.


Saya memilih untuk menetap di Zodiak Hotel Sutami dengan kadar yang berbaloi dan bilik yang bersih.


Day 2

Harini seawal jam 730am kami bersarapan di hotel. Kalau nak jimat masa dan senang, better pilih hotel yang harganya sudah siap dengan sarapan. Inilah bilik saya, tadaa! siap ada sofa ok!



Selesai sarapan, kami ke Farm House di Lembang. Farm House dibuka jam 9am-9pm dan harga tiket masuk ke Farm House ni adalah Rp25.000 seorang dan selepas membeli tiket, korang boleh redeem welcome drink iaitu susu dengan pelbagai rasa yang boleh dipilih.



Di dalam Farm House ini terdapat Rumah Hobbit, kambing biri-biri, memberi makan kepada arnab, pemandangan yang indah serta cafe dan juga kedai menjual souvenir.



















Selesai berjalan sekitar Farm House, kami bergerak ke the Lodge Maribaya. Harga tiket masuk ke sini tak mahal iaitu sekitar Rp20K untuk hari biasa, Rp25K untuk hari minggu dan Rp35K untuk hari cuti umum. 


Apabila sudah melepasi pintu masuk, kami sangat kagum dengan pemandangan yang sangat indah dan hijau tambahan pula cuaca di sini agak nyaman dan sejuk dengan bukit dan tumbuhan yang hijau menjalar.


Di sini juga mempunyai beberapa spot menarik untuk bergambar dan setiap spot dikenakan bayaran yang berbeza-beza iaitu antara Rp15K - Rp20K. Ini belum untuk gambar siap ya. Hanya spot sahaja. Gambar, charge lain pula. 



Rasanya lebih satu jam juga berada di sekitar The Lodge Maribaya ni. Jadi, sebelum pulang saya beli juga gambar dengan menggunakan method transfer. Sekarangkan makin canggih, transfer gambar terus kat phone je. Dan semasa di pintu keluar, setiap tamu di beri air minuman panas dengan pelbagai pilihan untuk basah-basah tekak. Sejuk-sejuk ni sedap juga kalau minum milo o panas kan.


Kalau dah sampai Bandung tak sah jugak kalau tak pergi ngopi. Jadi pilihan terbaik adalah berhenti di salah satu kedai minum dan juga tempat pemprosesan kopi luwak iaitu Kopi Luwak Wilujeng Sumping.



Untuk mendapatkan kopi yang sedap, musang di sini juga turut dijaga dengan baik supaya hasilnya juga lumayan. Bukan sahaja untuk menghasilkan serbuk kopi untuk diminum malah juga untuk scrub badan dan muka.



Selesai minum kopi, kami ke Taman Wisata Grafika Cikole Lembang. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini dan salah satunya adalah masuk ke Strawberry Farm dengan bayaran Rp5K/orang dan dapat 1 cup jus dan melihat rusa timor. Kalau nak petik strawberry terus dari ladang pun boleh dengan bayarannya Rp60K/kg.


Flying fox, ATV serta paint ball juga ada di sini dan bayaran juga dikenakan antara Rp15K ke Rp85K. Jika nak bermalam juga ada beberapa kategori penginapan yang disediakan dengan pemandangan yang indah serta udara yang segar.




Floating market. Floating market adalah konsep yang menggabungkan perpaduan alam dengan pasar terapung traditional seperti di Bangkok, Thailand. Tiket masuk hanya Rp15K seorang. Murah je kan dan sebenarnya di bahagian hujung floating market, tiket tu boleh ditukar dengan air pelbagai pilihan dan antaranya ialah lemon tea, cappuccino mahupun hot chocolate.


Sepanjang perjalanan di dalam kawasan ini, ada pelbagai kemudahan yang disediakan. Ada taman rabbit, kawasan kanak-kanak bermain, musolla, tempat makan dan lain-lain lagi.


Pasar terapung ini menjual pelbagai jenis makanan, sayuran serta barang-barang souvenir dengan harga yang berpatutan.





Tempat makan juga disediakan dan masa ni lah sesuai untuk korang redeem tiket tu kepada air untuk korang minum.




Dalam perjalanan ke tempat parkir, pemandangan yang di sajikan sangat indah. Jadi, ambil masa dengan sebaiknya.




Jam 6pm kami ke restoran untuk makan malam dan solat maghrib terus. Ok, gambar makan malam lupa nak ambil, sebab dah lapar sangat kot dan penuh dua meja :D


Day 3

Harini menu breakfast hotel ada beberapa pilihan dan pilihan saya adalah maggi goreng bersama ayam blackpepper, cucur dan juga favourite saya iaitu bubur pulut hitam.


Disebabkan perjalanan harini agak jauh dan esuk kami tak sempat nak shopping jadi pagi ni kami ke Kartika Sari dulu. Ini adalah antara tempat favourite saya untuk membeli ole-ole. Apa yang sedap? Brownies panggang (choco chip/original) dan juga begelen spesial butter.



Dah puas shopping ole-oleh, kami ke menghala ke Bandung Selatan pula. Disebabkan perjalanan kami agak awal, perjalanan ni nampak agak sunyi dan tidak sesibuk kota.


Sampai sudah di Kawah Putih. Kawah putih adalah tasik kawah yang menarik dan menjadi salah satu tempat pelancongan di kawah gunung berapi sekitar 50km selatan Bandung, Jawa Barat. 


Tasik ini berada 2.430m dari atas paras laut dan iklim tempatan sering agak sejuk (sekitar 10 darjah celcius) dan tasik ini juga adalah tasik yang berasid (pH0.5-1.3) dan mengubah warna dari kebiruan hingga putih hijau atau coklat.


Tiket masuk ke Kawah Putih adalah Rp50K bagi pelancong manakala Rp17K bagi orang tempatan. Oh ya, bagi yang ada asma mahupun tak tahan dengan sulfur, sediakan mask awal-awal ya.


Seterusnya kami ke Glamping Lakeside Rancabali dengan tiket masuk berharga Rp20K untuk seorang dan dibuka dari jam 7am hingga 7pm. Untuk permulaan, jambatan gantung ni harus dilalui.


Pemandangan  danau yang sejuk dan indah dapat diabadikan apabila bergambar disini sambil minum teh o halia. Perghh! Terangkat wei!




Perjalanan untuk pulang ke kota Bandung agak jauh dan di laluan itu juga ada kawasan kebun teh yang agak cantik ala-ala Cameron Highland tapi yang ni tepi jalan je. Boleh je pakir tepi dan bergambar.


Trip kalini sis tak banyak ambil gambar makanan. Untuk alas sebelum perut berbunyi, kami makan otak-otak ikan tenggiri dulu dan kami terus dinner di Saung Gawir Ciwidey. Sedap juga ni. 


Malam ni kami berjalan lagi sekitar Cihampelas Walk. Saje nak jalan-jalan habiskan waktu malam yang masih muda.


Day 4

Hari terakhir lepas breakfast kami terus check out dan terus ke Bandara. 




Insyaallah ada kelapangan waktu saya akan ke Bandung lagi dan nanti saya sharekan tempat makan yang best aje ye. Jumpa lagi... Daa..

No comments: