Ho Chi Minh, Vietnam

Untuk bulan August, ini last trip saya iaitu ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 4h 3m pada 19 - 22hb August 2017 bersama 3 rakan yang lain.

Kalau ajak pergi ke Ho Chi Minh, mesti ramai yang hakak-hakak nak pergi kan? Sebab apa? Shopping!

Sampai di Tan Son Nhat International airport, kami memilih untuk menaiki taxi walaupun plan asal adalah menaiki bas mahupun Grab. Check in jam 3pm dan hotel yang saya pilih adalah Hong Hac Hotel (family room). Dari hotel ke Ban Thanh market ni cuma mengambil masa selama 4 minit je untuk jalan kaki. Eluk korang stay area sini sebab dekat dan banyak restoran halal yang senang untuk korang makan.



Jam 6pm baru kami keluar untuk cari makan dan jalan-jalan cuci mata apa yang patut di Ban Thanh area. Pilihan restoran pertama kami adalah D'Serai Classic Vietnam. Gambar? Ok, lupa ambil! Lapar sangat tuh.

Inilah dia Ban Tharn market. Meriah! Ok, sebelum start shopping sis nak ingatkan korang supaya hati-hati ya. Malang tu kan tidak berbau dan tak salah kalau beringat sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku.



Dalam market ni ada banyak sangat gerai yang menjual buah-buahan, makanan, kain ela, beg, kasut, hasil seni kraftangan, souvenir dan lain-lain. Waktu operasi adalah dari jam 6am hingga 6pm.




Ok, kalau korang dah habis keliling market ni, masa keluar tu korang akan jumpa satu lorong yang kebanyakannya mempunyai restoran yang halal. Kat sini lah tumpuan bagi rakyat Malaysia. Bertegur sapa lah ya. Bagi salam je pun dah memadai.


Dan diwaktu malam pula laluan disebelah Ban Thanh market ni akan ditutup sebab mereka akan berniaga di luar market pula dan kebanyakannya adalah penjual yang sama. Al-ala pasar malam lah. Bermula jam 6pm hingga larut malam.



Selesai cuci mata di hari pertama, kami pulang ke hotel dan berehat. Esuk nak pergi tour!


Day 2

Pagi ni kami breakfast di hotel je. Jam 8am rakan saya yang juga driver di Ho Chi Minh datang jemput dan bawa kami untuk tour.


Percaya tak kalau sis cakap yang kami berempat naik van sebesar ni. Yang duduk belakang sekali siap baring dan tidur lagi tau! Mana tak nye, perjalanan ke tempat yang nak dituju ini mengambil masa 2 jam ye.


Bila lama-lama dalam kereta ni, biasalah. Mesti nak ke toilet! Jadi, ada satu hentian yang memang khas untuk korang berehat sebentar. 


Kat sini ada restoran dan juga kedai jualan barangan souvenir iaitu Mekong Mart tapi harganya expensive sedikit dari Ban Thanh market. 



Kurang setengah jam kami bergerak semula menaiki kenderaan. Tau tak kemana kami nak pergi? Ha, dah sampai Vietnam, dah semestinya lah pergi ke sungai Mekong, kan!



Selepas dah register barulah korang dibenarkan naik boat untuk ke seberang. Ada apa pula kat seberang tu? Jom! Ikut saya. 

Kat sinilah kilang atau tempat membuat gula tarik iaitu salah satu makanan yang famous di Vietnam. Kalau nak beli buat souvenir pun boleh. Harga juga berpatutan dan mempunyai pelbagai flavour seperti original, coklat, durian, mangga, strawberi dan lain-lain. Tapi kalau sekali makan rasanya seperti gula-gula udang yang boleh makan dengan plastik sekali tu.



Dari kilang gula, kita ke tempat kilang madu dari hasil sarang lebah pula. Sampai je kami diberi minum air halia yang bercampukan madu. Erm, macam tak percaya dia punya sedap tu. Siap ada pisang goreng ok! Aha!



Seterusnya, korang jangan lepaskan peluang pergi ke salah satu daripada sungai yang terpanjang iaitu Mekong Delta. Banyak pengalaman yang akan korang dapat lihat kalau ke sana.


Setelah penat berjalan dan mengayuh sampan, korang boleh berehat serta minum di restoran yang berhampiran sambil melayan hiburan yang telah dijadualkan.


Selain itu, kat sini juga boleh cuci mata kalau-kalau ada yang berkenan.


Dah selesai tour, kami menaiki boat semula untuk menyeberangi sungai mekong yang luas ni.



Jangan jelous ye, masa balik, kami diberi air kelapa sorang satu! Untuk yang special katanya! Fuh! Berbaloi-baloi!


Perut pun dah kriuk-kriuk, jadi kita pergi makan dulu. Tak jauh dari sungai Mekong, ada satu kedai makan yang halal. Dalam kawasan masjid!



Selesai makan, kami bergerak pulang dan dalam perjalanan tu kami singgah di salah sebuah kedai yang menjual baju yang agak murah dan kualiti kain yang agak baik. 


Dah shopping beberapa helai baju, kami ke salah satu pemborong telekung dan tudung pula. Ia terletak di dalam kawasan perumahan dan rumah itu rupanya adalah rumah persendirian yang mempunyai tiga tingkat. Apabila kami sampai, kami dialu-alukan oleh tuan rumah dan pekerjanya. Masuk je rumah, amik kau! Kat tangga pun penuh dengan stock.


Masa shopping, itu jelah gambar yang ada sebabnya sibuk memilih. Kononnya tak nak shopping, lastly saya yang paling banyak beli! Aduhai, bahaya ni. Lepas dah habis shopping sekitar 2 jam, kami pun terus pulang ke hotel. Petang, kita repeat jalan-jalan di Ban Thanh market sampai lebam!





Day 3

Lepas breakfast, kami ke Russian Market. Kami pergi dengan menaiki Grab! Russian market buka jam 9am hingga 6pm. Apa yang ada di Russian market? Disini juga menjual pelbagai barangan seperti beg, cenderamata serta baju mengikut musim. Bangunan ini juga mempunyai 3 tingkat serta lebih 200 kedai yang boleh dikunjungi dengan harga yang berpatutan.




Dari Russian Market, kami ke Saigon Centre shopping mall. Mall ni memang besar sangat! harga standard shopping mall lah.


Saigon Square juga tak jauh dari Saigon Centre shopping mall. Kami hanya jalan kaki je. Oklah kan, nak guna public transport pun rasa tak berbaloi dengan jalan yang sesak lagi. Dalam Saigon Square juga ada pelbagai barangan yang murah seperti baju dan juga makeup.


Untuk koleksi travel saya, for sure saya akan singgah di Starbucks. Cari tumbler! Tak semua negara ada yang standard design ni. Ok, jumpa dah! Kat sini juga ada Hanoi punya? Ok, beli sekali sebab masa pergi Hanoi sebelum ni tak sempat nak beli tumbler ni. Ngee... Boleh senyum panjang dah.


Malam terakhir, kami jalan di Ban Thanh market lagi untuk last shopping! Masa ni barulah beli apa yang patut sourvenir untuk kawan-kawan dan family di Malaysia.



Day 4

Pagi seterusnya lepas breakfast, kami terus ke airport dengan menaiki Grab. Berakhirlah trip 4h 3m ke Ho Chi Minh kalini. Pastikan kalau nak datang untuk shopping, bawak duit banyak-banyak tambahan pula yang mana datang untuk membeli barang niaga. Ok, enjoy!

No comments: