Osaka, Japan

Tiket murah? RM450 return? Ok cun! Proceed! Tapi... musim panas ya. Erm...  takpelah. So, ke Japan ke kita? Yeay!!

Date 02-08 August 2017 adalah tarikh yang dinanti-nantikan sebab kami ke Japan! Walaupun bukan musim winter (malas nak bawak baju tebal-tebal), musim autumn (dah layan kat Korea) ataupun musim spring (best lagi NZ kot) tapi kami sanggup je redah musim panas kat Japan ni. Lebih kurang macam Malaysia je... 


Preparation takde ape sangat cuma bawa bekalan makan lebih tu aje. Bab baju, bawa nipis-nipis sudah.


Day 1

Flight no D7 1 memulakan perjalanan tepat jam 2pm dari KLIA2 dengan baik sekali. Untuk ke Japan dengan perjalanan yang jauh, saya masih lagi memilih penerbangan tambang murah iaitu AirAsiaX. Penerbangan mengambil masa selama 8 jam untuk sampai  ke destinasi. Jangan risau, AirAsiaX jauh lebih besar dan selesa dari AirAsia yg biasa.

Ok, nak dijadikan cerita... semasa flight kami berlepas, tiba-tiba semua crew di dalam flight nampak sangat panik. Dah lah seat saya yang paling belakang sekali ni... Suspen kejap. Rupa-rupanya, salah seorang dari passenger mengalami stroke secara tiba-tiba di dalam tandas. Kebetulan juga di dalam flight tersebut ada 2 orang doktor iaitu seorang dari Japan dan seorang lagi dari Malaysia. 

Nak sibuk-sibuk macam tak sesuai pulak kan, so saya dan rakan sebelah saya berpindah ke hadapan yang mana ada seat kosong. Walaupun kami belum jauh dari Malaysia tapi kami tidak dibenarkan untuk berpatah balik kerana lalulintas di KLIA2 sangat sesak jadi pilot kami mengambil keputusan untuk mendarat secara emergency di Saigon International Airport. 



Kes ni makin tragis bila tahu passenger tersebut berada di dalam flight bersama isteri dan juga anaknya yang OKU. Huhuhu... semoga isterinya tabah dengan ujian kehidupan yang dilalui.

Disebabkan ini berlaku, kami terpaksa tunggu selama 2 jam di dalam flight untuk mereka menyelesaikan kes passenger tersebut dan juga menunggu pilot membuat report untuk rekod mereka. Selesai urusan, kami sambung perjalanan ke Osaka, Japan.

Jika diikutkan masa, sepatutnya kami tiba jam 10pm dan disebabkan kes tadi, kami sampai di Kansai International Airport jam 12am. Biar lambat asalkan selamat. Betul kan?


Jam 12am public transport semua dah tak ada ya. Kalau korang guna tour, mesti mereka masih lagi ada tunggu korang kat luar tu. Tapi untuk kami, kami hanya nak backpack dan guna public transport aja. Jadi, malam ni kami hanya lepak di airport. 


Di airport ni ada surau dan tempat untuk berehat. Sementara ada masa, korang bolehlah tawaf satu airport yelah mana tahu balik nanti tak sempat nak pusing kan. Jadi inilah masanya korang nak tengok-tengok atau survey-survey apa yang patut. Mini-mini market juga ada banyak disitu, so boleh lah mengopi untuk segarkan mata tu.


Day 2

Jam 4am dah terang? Fuh! awalnya... Ok, disebabkan kami nak mulakan perjalanan yang agak jauh harini jadi kami hanya bersihkan diri ala kadar je di tandas airport. Tukar-tukar baju dan yang penting gosok gigi, cuci muka. Kebersihan kene jaga kan. Hehe... 

Hari ni kami nak terus ke Kyoto dulu. Stay untuk 2 malam. Untuk ke Kyoto dengan perjalanan yang singkat, kami decide untuk menaiki JR Line. Jam 830am baru kaunter buka untuk beli tiket.


Untuk permulaan, saya hanya membeli tiket satu hala direct dari Kansai Airport ke Kyoto Station dengan harga 1600yen.

Kad iCoca juga beli di kaunter yang sama. Fungsi kad iCoca ni lebih kurang macam kad TnG yg kita gunakan di Malaysia. Di awalnya, saya hanya top up untuk utk amount 1000yen.

Selesai beli tiket, kami terus ke terminal JR Line line 4.




Pastikan korang berada di terminal yang betul ya. Sebab biasanya untuk yang pertama kali datang ke Japan pasti korang akan kabut sikit untuk mencari station bagi destinasi yang hendak dituju. Dan saya nak ingatkan korang, kalau yang mana nak berselfie menggunakan monopod, tengok sekeliling dulu ya sebab ada beberapa tempat memang tidak dibenarkan menggunakan monopod. Untuk keselamatan....


Perjalanan mengambil masa selama 1 jam sahaja dimana train ini adalah train non-stop.


Tapi sebelum korang sampai di Osaka, saya sarankan agar korang survey harga pengangkutan yang ada dengan destinasi yang korang nak pergi. Atlist, korang boleh berjimat dengan public transport yang sedia ada. Tak lah membazir kan...

Sampai di Kyoto Station, kami perlu tukar train untuk check in guesthouse. Route tu penting sangat. Serius hakak dah mula pening. Haha...


Dari Kyoto station, saya terus menaiki Hankyu-Kyoto Line iaitu direct terus ke Omiya Station. Naik train ni, kami hanya menggunakan iCoca kad. Cuba tengok train kat dalam gambar bawah ni, unik kan?



Ini bahagian dalam train. Dalamnya design macam kayu, old skool tapi kerusinya sofa beb! Siap lapik warna rumput lagi. Nampak macam natural kan? Sejuk mata memandang.


Sampai destinasi, hah... misi mencari guesthouse kami tu. Ok, kalau refer kat google serius berbeza dengan apa yg kami lihat. Jadi, kebetulan ada posmen lalu dan tanpa segan silu saya pun tanya destinasi guesthouse kami tu. 

Lahai... patut lah tak nampak! Tersorok disebalik construction walaupun betul-betul tepi jalan. Ok, kami nak check in tapi staff pula takda. Jadi kami decide untuk tinggalkan barang-barang kami di kaunter check in dengan meninggalkan secebis nota. Atlist dia tahu yang kami dah sampai.

Dari guesthouse ke train station Omiya hanya mengambil masa 4 minit untuk berjalan kaki. Dekat je rupanya tapi memula tu biasalah, kasi adventure sikit pusing-pusing ye dak? Hehe... 


Destinasi pertama kami adalah Arashiyama Bamboo Forest. Famous tau tempat ni. Untuk ke sini korang boleh naik train Hankyu Arashiyama Line terus ke last station iaitu Saga-Arashiyama station.



Dari station ke Bamboo Forest korang boleh jalan santai-santai je sebab sepanjang perjalanan tu korang boleh tengok keindahan di sana. 


Salah satu daripadanya adalah Togetsukyo Bridge. Iaitu laluan ke Bambo forest.


Selepas menyeberangi Togetsukyo Bridge, terdapat banyak deretan kedai makan, cenderamata dan pakaian di sepanjang jalan. Ini juga antara tarikan untuk para pelancong dan juga pelancong tempatan.



Lebih kurang 10-15 minit perjalanan barulah sampai di Bamboo Forest, tiba-tiba terasa sejuk dan nyaman je sebab di sekeliling laluan ni dipenuhi dengan buluh-buluh perindu. Chewah!! 



Jika korang menghayati suasana dan bergambar disini, sekurang-kurangnya perjalanan korang akan mengambil masa selama 1 jam. Kalau korang datang waktu pagi, masih belum ramai pengunjung disini dan itu adalah waktu yang terbaik untuk mendapatkan gambar yang cantik. 

Di hujung perjalanan bamboo forest ini, korang boleh buat 2 pilihan samada mahu berpatah balik ke station tadi ataupun menaiki The Sagano Romantic Train untuk ke destinasi seterusnya. Rugi lah kalau tak naik Romantic train kan... Jom kita cuba!


Nak naik train ni bayaran dikenakan sebanyak 240yen seorang tapi kalau korang dah ada pass, dah tentunya FREE. Jadi, gunakan pass yang korang ada sebaik mungkin. Perjalanan bermula dari Saga-Arashiyama ke Kameoka mengambil masa lebih kurang 17 minit.




Yang naik train ni kebanyakannya adalah pelancong, jadi sila duduk mengikut nombor yang disediakan. Kalau tak, mau ada yang bergaduh-gaduh nanti. 



Disepanjang perjalanan dalam train tu, korang boleh menikmati keindahan alam semulajadi dengan suasana yang nyaman.





Apabila sampai di destinasi, korang boleh buat 2 pilihan samada berpatah semula dengan menaiki boat melalui sungai ataupun terus berjalan ke station berikutnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sagano Romantic Train, korang boleh klik disini.


Disebabkan kami tidak mahu berpatah balik, jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke station berikutnya. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit tapi korang tak rasa jauh sebab sepanjang perjalanan, korang dapat lihat pemandangan yang cantik.







Train ni terus sampai ke Omiya Station, dan kami terus pulang ke guesthouse untuk berehat. 

Sampai di guesthouse, beg kami sudah pun ada di dalam bilik dan saya rasa puas hati sangat dengan bilik yang kami pilih. Budget kan. Ok lah tu lagipun kami kan tak tidur masa sampai haritu, jadi sebelum kepala kami ting tong better kami berehat dulu kan. Sambung esuk!



Day 3

Bangun seawal jam 6am, bersihkan diri dan juga masak untuk sarapan dan bekalan tengahari. Harini kami ke Fushimi Inari Shrine dengan menaiki JR Line.


Kalau tanya pada orang local mahupun en google, pasti mereka akan suggest untuk melawat ke Fushimi Inari Shrine. Kenapa? Kerana ia adalah antara iconic di Kyoto dengan deretan gerbang kuil yang bewarna jingga.



Sampai je kat Fushimi Inari Station dah boleh nampak keklasikan tempat tu. Sebenarnya Fushimi Inari Shrine ni adalah satu temple yang sangat terkenal di Kyoto dan ia juga menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ia mempunyai kawasan yang sangat cantik dengan senibina yang klasik disamping deretan Tori Gates yang sangat banyak kerana setiap gerbang yang tersergam indah itu merupakan hasil sumbangan usahawan-usahawan Japan kepada Dewa Inari atau Dewa Pertanian mengikut kepercayaan mereka.







Kebiasaannya temple terletak di atas bukit. Jadi pada yang ingin menunaikan hajat boleh terus mendaki hingga ke atas dan sepertimana yang saya ketahui, di atas bukit tersebut juga boleh melihat pemandangan bandar Kyoto dengan jelas.

Secara keseluruhannya, Fushimi Inari Shrine mempunyai 17 pick-stop untuk mendaki dan puncak berada di pick-stop yang ke-14 dimana adanya temple yang tertinggi disitu. Disebabkan keinginan melihat sendiri pemandangan tersebut, jadi saya bertekad untuk mendaki beratus biji tangga hanya berbekalkan handphone untuk mengambil gambar. Hehe...

Pemandangan bandar Kyoto terletak di pick-stop no 7 yang mengambil masa sekitar 20 minit untuk mendaki beratus biji tangga. Huhuhu... Bermulalah perjalanan dengan pick-stop ke 2 hingga ke 7 dengan jayanya.




Sampai di hentian 6 dah boleh nampak sedikit view bandar Kyoto. Disini juga ada ruang rehat yang lebih luas serta kedai-kedai yang menjual barangan runcit serta cenderahati.




Pick-stop ke-7 adalah satu spot pemandangan yang boleh dilihat serta dikagumi. Dimana saya dapat lihat di sebelah kanan adalah bandar Kyoto yang telah maju dengan pembangunan manakala di sebelah kiri adalah bandar Kyoto yang masih kekal dengan perkampungan  lama.



Setelah selesai mengambil beberapa keping gambar, saya turun semula ke entrance gate dimana rakan-rakan yang lain sedang menunggu.


Dari Fushimi Inari Shrine, kami teruskan perjalanan ke Higashikomonoza-cho station iaitu salah satu tempat yaang mempunyai gerabak laluan keretapi lama iaitu di daerah Kage. Kami ke sini hanya untuk mengambil gambar sebagai kenangan.







Setelah bergambar, kami berehat dan makan tengahari sebelum menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya.


Dari Kage, kami terus ke Kiyomizu-dera iaitu salah satu temple yang mempunyai pemandangan yang menarik serta pengunjung yang ramai.


Untuk sampai ke sini adalah lebih mudah dengan menaiki Keihan Railway Station dan berhenti di Kiyomizu-Gojo station. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit dari station ke destinasi.



Perjalanan ke Kiyomizu-dera agak mencabar bagi pelawat yang membawa stroller mahupun wheel chair kerana kedudukan yang agak mendaki serta corong. Walaubagaimanapun, perjalanan tidak membosankan kerana terdapat banyak kedai cenderahati yang unik buatan Japan di sepanjang jalan.


Kalau nak shopping kat sini memang lah best sangat sebab macam-macam ada tapi, harga nya sudah fix ya. Tiada tawar-menawar. Untuk Japanese harganya sangat reasonable tapi kalau macam kita dari Asia ni maybe akan rasa expensive sikit.


Saya jumpa botol coca-cola yang sesuai untuk buat collection. Yang ni khas dari Kyoto. Kat Malaysia pun dah mula jual di beberapa kedai Japan seperti Yubiso dan family mart tapi harganya berganda dari Japan.



Disini pelancong lebih suka datang pada waktu petang dan keadaan akan sesak berbanding waktu pagi. Jadi saya sarankan kalau nak datang, better datang pagi kerana kurang sesak dan kurang panas. 



Gambar bawah ni kami ambil dihadapan Kiyomizu-dera temple. Kami dah sampai. Anda bila lagi? *_*


Seterusnya kami turun semula dan menaiki bus untuk ke Nishiki market. Nishiki Market adalah sebuah pasar di pusat bandar Kyoto yang terletak di satu blok utara dan selari dengan Shijo street dan Jalan Teramachi. Di sini kaya dengan sejarah dan tradisi. Pasar ini juga terkenal sebagai tempat untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan dan barangan yang terkenal di Kyoto.



Dari Nishiki Market kami berjalan lebih kurang 5-8 minit untuk sampai ke Shinkyogoku shopping street union.



Di sini terdapat beberapa kedai makanan serta minuman halal yang boleh korang beli untuk mengisi perut kalau dah mula rasa lapar.


Kalau korang jumpa kedai B-Side Label ni. Korang kene masuk k! Ada banyak poskad, sticker serta batch yang boleh korang beli untuk koleksi mahupun survenir. Sangat berbaloi dan harga juga adalah harga mampu milik. Haha!



Banyak lagi kedai lain yang boleh korang masuk expecially kedai komik sebab Japan ni memang famous sangat dengan komik. Dalam kedai ni memang sangat meriah, nak beli tak paham pula sebab semuanya bahasa jepun. Maybe kene bagi suggestion kat kedai ni supaya menambah bacaan dalam english version. Atlist kalau korang pergi nanti bolehlah korang beli. Tapi tak salah juga kalau beli dalam version Japanese. So, kita boleh blaja bahasa dia pulak, kan?


Selesai pusing market, kami agak teruja dengan keindahan sunset di Kyoto, Subhanallah. Esuk kami akan tinggalkan Kyoto, tak sangka harini kami dibelanjai dengan sunset warna yang secantik ni. Gambar ni no filter ok!


Kami balik naik train je. Cepat, jimat dan senang. Esuk nak ke Osaka pulak! Bye Kyoto!




Day 4

Check out jam 9am dan terus ke Osaka. Tempat pertama yang kami tuju adalah hotel. Check in di Hotel Zipang, Osaka. Kenapa kami pilih Hotel Zipang? Sebab dekat dengan station dan juga tempat-tempat lawatan yang lain. Yang penting, adalah sebab hotel ini antara hotel budget yang kami cari.



Bagi seorang backpacker, bilik macam ni pun dah cukup berbaloi walaupun hotel ni shared toilet sebab yang dicari adalah kemudahan lain yang lebih senang. Gambar bawah ni pula adalah antara pemandangan dari Hotel Zipang. Cantik kan?


Setelah check in, kami terus bergerak ke Kobe dengan menaiki train dan perjalanan mengambil masa selama 45 minit. Kobe adalah sebuah bandar di Osaka Bay iaitu di tengah Japan. Ia terkenal dengan tanda tangannya, daging lembu marbled dan persekitaran pemandangan gunung yang membingkai pelabuhan. 


Sampai di Kobe, kami terus cari port untuk makan tengahari sebelum mula berjalan di kawasan Kobe. Harini kami cuma masak menggunakan pack Berahim.


Disebabkan hari ini adalah Hari Sambutan Ke-100 tahun Kobe, tempat ini agak sesak dengan manusia yang ingin meraikan sambutan tersebut samada orang lokal mahupun pelancong.


Yang ini adalah Starbucks Kitano Ijinkan yang mempunyai bentuk serta senibina yang lain dari lain dan juga salah satu tempat rehat bagi para pelancong. Gambar dibawah pula adalah Starbucks yang berada di tengah-tengah bandar Kobe.



Dah dapat apa yang dicari di Starbucks, kami menaiki bus menuju ke Shin-Kobe ropeway. Kemuncak perjalananan ini terletak di dek pemerhatian yang terletak di sebelah stesen yang menawarkan pemandangan Kobe yang menakjubkan dan merupakan pemandangan di waktu malam yang popular.


Shin-Kobe Ropeway adalah salah satu daripada tiga perkhidmatan yang menaikkan pelancong ke lereng selatan rantai gunung Rokko. Ropeway berlepas dari sebelah Shin-Kobe Station, stesen shinkansen Kobe. Ketika ia naik, ia juga melewati Air Terjun Nunobiki dan Taman Herba Nunobiki sebagai pemandangan terbaik untuk pelancong.


Skala 20 minit di atas gunung membawa kami ke stesen tengah Shin-Kobe Ropeway dari pintu masuk bawah Nunobiki Herb garden, salah satu kebun herba terbesar di Japan dengan beratus-ratus spesis herba dan bunga bermusim. 


Adalah agak mengejutkan bahawa hanya beberapa langkah di utara stesen ini adalah hutan terlindung dari rumbles bandar. Cantik lah pemandangannya...



Malam ini adalah malam yang bertuah bagi kami kerana telah dapat melihat percikan bunga api di sekitar daerah Kobe dari atas. 


Dan untuk mengelakkan kesesakan, kami turun awal dari yang lain sambil menikmati percikan bunga api tu. Kalau nak layan view Kobe masa saya dalam kereta kabel ni boleh klik di video bawah ni.


Dari Kobe, kami bergerak pulang ke hotel penginapan kami. Good night.


Day 5

Hari ini seawal jam 9am kami ke salah satu tempat lawatan yang terletak di Tenjimbashi, Kitaku iaitu Osaka Museum of Houshing and Living. Untuk ke sini korang kene berjalan selama 5 minit dari Tenjinbashi 6-chome Station (Tanimachi atau Sakisuji Subway Line) exit 3 dan bayaran masuk pula adalah percuma sekiranya anda mempunyai pass.

Muzium yang serba sederhana ini akan membawa korang melihat suasana, keadaan dan rupa struktur bangunan dan jalan serta kehidupan di Osaka pada masa lalu.


Staff dekat sini mostly friendly. Walaupun ada masalah komunikasi tapi mereka pasti cuba sedaya upaya untuk membantu. Proses untuk masuk ke dalam sangat simple dan mudah. Beli tiket and then masuk ke dalam. Ikut sahaja laluan yang disediakan.



Kimono ini merupakan pakaian yang dipakai oleh orang Jepun sebagai salah satu pakaian tradisi dan untuk merasai sendiri suasana di Jepun, muzium ini menyediakan sewaan untuk Kimono.




Kalau nak pakai Kimono ni, korang kena datang awal sikit sebab kebiasaannya orang yang datang ke sini pastinya ingin mencuba memakai KimonoKalau lambat, maka kena tunggu giliran.


Dah siap sedia untuk masuk dan merasai suasana di Osaka ketika sekitar tahun 1830? Jom!

Osaka Museum of Housing & Living ini dibina untuk memberi peluang kepada semua tidak kira samada pelancong mahupun orang tempatan untuk merasai suasana dan juga sedikit sebanyak mendalami sejarah Osaka bermula dari Era Edo sehinggalah Era Showa.



Di sini, korang bukan sahaja boleh jalan-jalan di kawasan luar rumah tapi korang juga boleh masuk dan tengok sendiri dekorasi dalaman rumah/kedai orang Jepun pada masa dahulu.







Selain dari itu, disini juga korang dapat mempelajari beberapa permainan tradisi orang jepun. Rugi kalau korang tak cuba.



Dan the best part tentang Osaka Museum of Housing & Living ini ialah dalam masa 45 minitkorang boleh ambil pengalaman dalam waktu yang berbeza iaitu siang dan malam. So, secara automatik korang boleh dapat dua versi gambar (siang & malam) di tempat dan waktu yang sama.


Pengalaman untuk melawat muzium ini adalah antara yang paling best sebab kami berpeluang untuk pakai Kimono (finally!). Nak beli rasanya macam kena fikir dua tiga kali je sebab harganya boleh tahan. Tapi, kalau korang ada budget apa salahnya kalau nak beli buat koleksi, kan??



Selesai kurang dua jam kami di Osaka Museum of Housing and Living, kami terus ke Osaka Castle.


Dari Tanimachi 4-chome station mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Osaka Castle. Sepanjang perjalanan tu, kalau korang penat boleh lah singgah di Osaka Castle Park yang akan korang lalu untuk melihat serta mengambil gambar Osaka Castle dari jauh.



Kami berhenti berehat dan makan tengahari dengan bekalan yang kami bawa di Osaka Castle Park ber'view' kan tasik yang mengelilingi Osaka Castle. Kalau korang ada banyak masa dan berminat nak naik boat pun boleh untuk santai-santai.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Osaka Castle, boleh klik disini. Diharap korang dapat sedikit info mengenai sejarahnya. 

Next destination pula ialah Tempozan Ferris Wheel yang terletak di Tempozan Harbour Village iaitu bersebelahan Osaka Aquarium Kaiyukan, salah satu akuarium terbesar di dunia. Tempozan Ferris Wheel ini mempunyai ketinggian 112.5 meter (369 kaki) dan diameter 100 meter (330 kaki).



Kalau korang ada ambil pass macam kami, nak naik gondola ini juga adalah free. So, korang boleh enjoy dengan pemandangan yang sangat indah!!



Tempozan Ferris Wheel dibuka kepada orang ramai pada 12 Julai 1997 dan ia mengambil masa selama 17 minit untuk satu pusingan dengan pemandangan Teluk Osaka dan kawasan sekitarnya termasuk Gunung Ikoma di bahagian timur, Jambatan Akashi Kaikyo di bahagian barat, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di selatan dan Rokko Mountain di utara.






Selesai membuat satu pusingan di Tempozan Ferris Wheel, kami terus menuju ke Universal Studio. Ini juga adalah salah satu tempat yang wajib korang kunjungi untuk hiburan seisi keluarga. Saya ke sini agak lewat petang, jadi kami hanya bergambar dan jalan-jalan je.



Tiket masuk ke Universal Studio untuk pass 1 hari adalah 7,315 yen (7,900 yen with tax) bagi umur 12 tahun ke atas, 5,000 yen (5,400 yen with tax) bagi kanak-kanak umur 4-11 tahun dan 6,575 yen (7,100 yen with tax) bagi umur 65 tahun ke atas. Kalau nak masuk untuk 2 hari, tiket disediakan dengan harga yang lebih berbaloi dan kalau nak datang ke sini, eluk lah datang seawal jam 830am kerana tutup pada jam 10pm.





Ok, kat sini ada Hard Rock Cafe & Shop. Kepada sesiapa yang memang suka simpan koleksi Hard Rock, inilah tempat dan masa yang sesuai untuk korang shopping survenir. Haha!




Kalau rasa budget tak cukup, korang boleh cuba ikut minat saya ni. Kumpul segala botol coca-cola dari setiap negara. Sebab setiap negara mempunyai design yang berbeza.


Setelah lebih satu jam kami bersantai di Universal Studio, kami terus ke restaurant Ramen Honolu iaitu salah satu restoran halal untuk makan malam. Harga makanan adalah antara 100 - 1,380 yen.



Selesai makan malam, kami pun pulang ke hotel.


Day 6

Plan nak keluar seawal jam 8am tapi disebabkan cuaca kurang baik, kami terpaksa tunda. Hujan!! Apabila dah mula reda sedikit, kami terus keluar. Tempat pertama yang kami lawati hari ini ialah Menara Tsutenkaku.

Dari hotel kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke sini. Perjalanan hanya mengambil masa 7 minit dan disepanjang jalan, kami dapat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan dan salah satunya adalah tempat letak kereta Hello Kitty!!! Cantik kan?



Sebelum sampai di Menara Tsutenkaku, korang akan nampak satu kedai yang sangat colorful iaitu Osaka Zerorock. Dalam ni ada jual pelbagai barangan original brand Jepun. Kalau nak cari suvenir pun ada!


Tadaa!!! Inilah dia Menara Tsutenkaku, Osaka dan menara ini mengiklankan jenama Hitachi iaitu jenama tempatan Jepun. Ketinggian keseluruhan ialah 103m dan dek pemerhatian utama berada pada ketinggian 91m. Kat bawah ni saya share seba sedikit pemandangan dari dek.






Oh ya, nak masuk sini juga adalah percuma jika korang ambil pass macam yang saya bagitau di hari pertama. Dan apabila selesai, kat bawah tu ada pelbagai jenis kartun yang asalnya dari Negara Jepun sendiri.




Seterusnya, kami ke Kuromon Ichiba Market. Pasar ini sangat luas dan pelbagai makanan dijual disini samada makanan basah yang segar, sayur-sayuran, buah-buahan serta cenderahati. 


Kalau ikut plan asal, kami nak datang sini lebih awal sebab kononnya member nak tengok ikan tuna yang belum dipotong. Tapi sebenarnya, kalau nak tengok, kene datang seawal jam 4am. Kalau jam 11am, dapat tengok ikan tuna yang dah dipotong aje lah. 



Makanan laut kat sini banyak sangat pilihannya. Antara yang menarik perhatian saya adalah kerang. Kerangnya sangat besar dan feedback dari penduduk tempatan, kerang ni manis rasanya. 

Selain dari itu, buah-buahan juga menjadi rebutan di sini. Tengok lah, cantik je strawberry ni bila dipelbagaikan cara jualan mereka. Kreatif!


Sayur-sayuran juga tak kurang hebatnya. Pelbagai sayuran yang ada disini. Semuanya nampak fresh!


Dibahagian sudut lain pula, ada juga kedai yang menjual barangan cenderahati dan juga barangan kegunaan harian dengan harga yang berpatutan.


Dibahagian hujung pula, korang akan nampak Kuromon Information Center. Kot-kot korang nak mencari sesuatu dan tak jumpa di mana kedai tu, korang boleh je tanya pada staff yang bertugas disitu.


Dan kalau korang nak tahu, di dalam Kuromon Information Center itu juga ada menyediakan kerusi serta meja untuk korang menjamu selera. Mana tahu kalau korang ada beli makanan di sepanjang Ichiba Market ni, korang bolehkan makan terus di tempat yang disediakan ni. Tempat ni sangat terhad, jadi korang kene tunggu giliran. Sabar k!!

Dah alang-alang kami kat sini, kami juga menunggu tempat kosong untuk kami makan. Kami makan apa? Kami bawa bekalan je harini. Settled, gerak dulu!


Dari Ichiba Market, kami nak menuju ke Umeda Skybuilding tapi dengan keadaan cuaca yang sangat tak mengizinkan kerana hujan lebat serta angin yang kuat, kami terpaksa membatalkan hasrat kami untuk ke sana. Hampir satu jam kami duduk di dalam kompleks untuk berteduh dan kami terus ke Dotonbori.


Sampai di Dotonbori, plan nak naik river cruise juga tidak kesampaian kerana cruise akan tutup jika cuaca tidak mengizinkan. Jadi kami berjalan terus menuju ke pusat beli-belah yang menjadi tumpuan disini.



Inilah Glico. Kalau sampai di Dotonbori, tak sah kalau pengunjung takde gambar ni. Glico ni dah jadi landmark di Dotonbori. So, saya nak belanja korang gambar Glico ni dalam 2 versi. Siang dan malam.



Dah sampai Japan, rugilah kalau tak rasa Takoyaki kan! Takoyaki ni adalah salah satu makanan yang terbaik di Osaka. Kalau nak beli memang kene bersabar sikit lah walaupun sebenarnya takde lah lama mana pun sebab yang membuat ni memang dah expert! Laju je dia masak!


Rasanya hampir 3 jam kami berjalan di sekitar kawasan ni. Besar beb! Jangan risau, kat area sini, ade jer money changer. Tapi mahal sikit lah! Ok, duit dah hampir habis, awan pun dah gelap. Seterusnya, kami pulang ke hotel. Sambung esuk pulak! Esuk last day!! 


Day 7

Dihari terakhir, kami ke Nara Park. Korang boleh naik train dan berhenti di Kintetsu Nara Station. Dari train station ke Nara Park korang boleh jalan kaki jika mahu tapi disebabkan kami mahu jimat masa di hari terakhir ni, kami mengambil keputusan untuk menyewa basikal yang berdekatan.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk ke Nara Park. Korang tak perlu risau sebab sepanjang perjalanan korang akan nampak signboard kemana korang nak tuju. Dah alang-alang jumpa 7eleven, kita layan aiskrim waffle dulu. Yang ni boleh dimakan k. Very hot lah!!



Apabila korang dah masuk kawasan taman. Memang korang akan nampak banyak sangat rusa. 



Taman ini adalah rumah kepada beratus-ratus rusa yang berkeliaran secara bebas. Disebabkan hampir 1200 ekor rusa yang ada di sini, maka ia telah menjadi simbol kota bahkan telah ditetapkan sebagai harta semulajadi disini.



Di sekitar kawasan ini ada menjual makanan untuk diberi kepada rusa. Tapi, masa beli tu korang kene hati-hati juga sebab takut belum sempat nak bayar, rusa dah kebas dan bawa lari makanan tu. Boleh tahan juga si rusa ni. Cerdik!


Dah bagi makan, boleh lah bergambar dengan rusa. Erm, tak sangka pula rusa ni sangat jinak. Sifat sopannya telah dididik oleh penjaga tempatan. Selesai memberi makan, rusa ini menunduk seperti mengucapkan terima kasih sama seperti orang Jepun. Terharu pula rasa masa dia tunduk berkali-kali. Dia tunduk kita tunduk, dia tunduk kita tunduk, dia tunduk lagi kita tunduk lagi. Adui, sampai bila pula ni kan. Akhirnya, berpisah juga... Huhuhu...


Selesai pusing di Nara Park, kami ke Restoran Ramen Honolu sekali lagi untuk repeat dinner sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Sedap orh ramen kat sini :) dan kalini kasi kencang itu last dinner!!


Ok, untuk trip ke Japan ni saya memang tak banyak makan di luar kerana nak jimat. Sebab tu dari awal saya dah bagitau yang kami bawa bekalan dari Malaysia je. Jimat banyak tau!!

Selesai sudah trip kami ke Osaka, Japan kalini. Alhamdulillah. Just nak share sikit lah, kat sini korang memang akan jumpa ramai orang Malaysia yang berjalan macam korang. So, tak salah kalau korang bertegur sapa. Yelah, tak salah kan walaupun hanya sekadar senyum atau say 'hi'. Tak rugi pun. Dan lagi satu, bila ada kawan korang yang jenis slow~mo, bersabarlah... Tambah-tambah pula yang pantang nampak family mart! Mesti nak stop! Aduhai... Timing beb! 

Tapi takpalah sebab itu pun dah dikira pengalaman. Insyaallah, ada rezeki saya akan datang ke sini lagi.

~Sayonara~

No comments: