Surabaya, Indonesia

Yang ni kerja giler! Sampai KLIA2 dari Japan jam 4am dan disebabkan tak mahu ulang-alik, saya dan seorang lagi rakan hanya berehat di KLIA2 untuk menunggu penerbangan seterusnya ke Surabaya, Indonesia pada hari yang sama jam 1pm. Trip ni saya pergi selama 4h 3m (09 - 12 August 2017).

Penerbangan ke Surabaya mengambil masa 2 jam. Dan saya mengambil kesempatan untuk lunch dalam flight je. Menu - Nasi padang.



Seperti biasa, backpack. Tambahan pula kami hanya berdua. Sampai di Juanda International Airport, saya menggunakan public transport. Saya suggest, kalau ada Grab Apps, inilah masa yang sesuai untuk korang gunakan sebab Grab lagi murah berbanding taxi. 

Check in jam 3pm di Livinn Hostel. Hostel ini berdekatan dengan station keretapi Gubeng dan berada di dalam kawasan bandar. Jadi, memang ramai orang yang mana transit menaiki train seterusnya akan bermalam disini. Harga sangat murah tapi facilities yang disediakan memang cukup lengkap.




Kebiasaannya, bagi bilik budget, bilik mandi di kongsi bersama tetamu lain. Kawasan yang disediakan adalah sangat selamat. So, tak perlu risau. Bersih pulak tu.


Kami keluar dari hostel jam 8pm untuk makan malam. Kat sini memang senang nak cari makan. Pilih je apa yang korang nak dan untuk malam pertama di sini, saya memilih untuk makan di warung sederhana. Hanya seberang jalan dari hostel dan bersebelahan dengan stesen keretapi.


Nak cari makanan yang special? Ok, nasi rawon! Yang ni macam makan nasi berbanjirkan sup daging tapi serius cakap, menu ni memang terboek!! Minum pula dengan teh botol sosro. Walaa!


Kami hanya berehat di hostel je. Ngantuk dan penat Japan tak habih lagi nih.


Day 2

Untuk harini, kami hanya ke shopping mall. Dari hostel ke Grand City mall, kami hanya berjalan kaki sahaja. Tak sampai 10 minit pun, sampai dah! 


Apa tujuan kami ke sini? Cari makan lah apa lagi. Breakfast + Lunch = Brunch terus. Kat sini ada banyak pilihan makanan yang boleh dipilih.


Selepas selesai makan dan mencuci mata di sekitar kawasan shopping mall, kami pulang ke hostel untuk packing barang apa yang patut. Nak kemana? Sabar... Jam 8pm kami dinner dulu di salah sebuah restoran yang berdekatan. Menu simple je, nasi ayam penyet dengan air es jeruk! Yang telur mata tu, saje je tambah. Hehehe...


Tepat jam 1030pm, pak supir datang ambil kami di hostel. Kami check out terus dan bawa semua barang kami. Ha, kami nak ke Bromo! Kenapa gerak malam? Sebab kami nak tengok sunrise lagipun bukan dekat tu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Ok, kalau korang ambil pekej bromo, kebanyakannya pak supir akan sediakan roti & air kotak untuk alas perut semasa perjalanan. Tapi pada waktu malam macam ni, eluk tidur je dalam kereta tu.


Day 3

Jam 4am sampai di homestay sementara iaitu tempat transit untuk membersihkan diri serta bersiap sedia untuk ke Bromo dengan menaiki jip yang telah disediakan.


Sementara menunggu sunrise, saya ngopi dulu untuk panaskan badan. Kalau nak datang sini, korang memang kene bawa jacket, glove dan mask. Kat sini memang sangat sejuk. Menggigil! Asyik ke toilet je.


Seawal jam 5am dah ramai yang mula berkumpul di puncak penanjakan untuk melihat sunrise. Kawasan ni memang ramai sangat orang sebab bukan sahaja pelancong asing tapi juga menjadi tumpuan orang lokal di sini.









Apa yang dapat diungkapkan setelah melihat matahari terbit selain dari bersyukur kepadaNya. Tak sangka kami diberi rezeki untuk melihat keindahan serta ciptaanNya. 

Dari puncak, kami menuruni bukit dan singgah di Bukit Cinta untuk mendapatkan gambaran lebih jelas Gunung Bromo.



Selesai bergambar dan mengamati pemandangan, kami meneruskan perjalanan ke padang pasir seluas 5,300 hektar. Besar tu! Ok, kat sini memang sangat berdebu. Kat sinilah korang dah mula kene pakai mask yang korang bawa tu.





Sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak tengok gunung berapi! Kat sini saya nak share, tempat pakir jip dengan gunung, agak jauh. Rasanya jarak lebih kurang 1.5km. Kalau korang jenis tak nak penat, korang boleh sewa kuda je. Kadar sewaan kuda bergantung pada hasil ehsan empunya kuda itu sendiri. Mungkin Rp1juta mahupun lagi murah dari tu. Sedikit info, ketinggiannya Gunung Bromo adalah 2,329m dari aras laut. 





Bagi yang belum pernah lihat secara live, disini saya share short video yang saya ambil untuk tontonan korang.


Lebih dari 20 minit saya berada di atas gunung yang masih aktif ni. Untuk pulang, korang harus menuruni tangga yang sama ketika naik ke puncak .



Lebih satu jam saya menghabiskan masa di Gunung Bromo dan seterusnya kami melalui padang rumput (savanah) yang luas. Tempat ini juga disebut Bukit Teletubies kerana dikelilingi oleh bukit-bukau.



Cuba korang tengok gambar bawah ni, apa yang korang nampak?


Tak tahu nak teka? Ok, saya nak tunjuk korang tu ha. Awan tu. Cecah tanah!


Selesai tour jam 11am, kami pulang ke homestay yang kami singgah pagi tadi. Lapar? Memang lah, tersangat lapar! Sampai je homestay kami dihidangkan nasi goreng bersama telur mata dan juga air teh o. Sedap woo! Bukan sebab lapar dan sejuk tapi sebab memang sedap!


Lepas makan, kami pulang semula ke bandar Surabaya. Untuk hari ini, saya memilih Hotel Pop di kota bandar. Hotel ni agak bersih dan staff hotel juga sangat peramah. Kami check in lebih kurang jam 4pm.



Seharian kami tak mandi kan? Haha... masuk bilik terus bersihkan diri dan berehat. Lepas maghrib baru kami keluar untuk mencari makan malam. Nasi campur tetap menjadi pilihan hati. Sebelum balik hotel, tapau martabak terang bulan, chocolate lebih! Yang ni kalau kat Malaysia dipanggil apam balik.



Day 4

Sebelum check out, breakfast dulu kat Hotel. Better korang booking hotel ni sekali dengan sarapan. Kenapa? Sebab banyak juga pilihan menu yang disediakan. Buffet.


Sementara nak tunggu Grab, sempatlah nak check out dan uruskan apa yang patut. Grab adalah pilihan yang tepat untuk korang kalau pergi ke bandar yang besar ni. Antara sebab saya memilih Grab adalah kerana mereka tak boleh nak pau tambang kaw-kaw!


Disebabkan tujuan utama trip ke Surabaya kali ini adalah kerana nak tengok Gunung Bromo dari jarak dekat, jadi memang cerita pasal Gunung Bromo jelah. Kalini saya takde nak visit tempat-tempat sejarah yang lain.

By the way, 2019 saya nak repeat ke Bromo lagi! Insyaaalah!

Assalam~

No comments: