Lombok, Indonesia

Skin burn session! 

Lombok lagi. Ya, masih Lombok, Indonesia. Ini adalah trip saya ke Lombok buat kali ke 7. Kalini saya pergi untuk trip makan walaupun ada yang baru pertama kali ke sini.

Apa yang menarik sangat dengan Lombok ni? Jujur cakap saya paling suka pantai, air terjun, makanan dan rakan-rakan di sini. 


Day 1

Trip 3h 2m seramai 8 orang dimulakan terus dari Lombok International Airport ke Pantai Pink yang mengambil masa lebih kurang 1j 30m.  Tahan jelah sebab nak lunch sedap kan... 



 


Sampai di Pantai Pink, makanan dah ready. First menu harini adalah seafooddddd... Lobster, ketam, sotong, ikan bakar, ikan bakar dan ikan bakar... hah... terlioq kan! Sis kalau berjalan mesti makan kene mewah! Aha!!


  


 



Selesai lunch, kami mula menaiki bukit untuk melihat pemandangan pantai sambil bergambar. Pantai Pink ini merupakan salah satu tempat pelancongan di bahagian Lombok Timur dan disini menjadi semakin popular kerana memiliki keindahan alam dan keunikan pasirnya yang bewarna merah muda terutamanya apabila terkena pancaran sinaran matahari mengenai pada bibir air yang membasahi pasir. Kalau nak tengok betul ke tidak warna tu, saya suggest korang datang waktu tengahari ketika matahari kat kepala.












Hampir satu jam kami bergambar, kami terus menaiki boat untuk ke pantai pink 2 pula. Kat sini pasirnya jauh lebih lembut dan pasirnya juga bewarna merah muda. Pantai pink 2 ni masih tak ramai yang teroka dan tiada satu gerai atau pondok pun yang didirikan  di sini. 







Bagi yang berminat untuk snorkeling, kawasan ini memang sesuai sangat kerana airnya yang jernih serta coralnya juga cantik. Disebabkan rakan-rakan tidak berminat untuk mandi, jadi kami teruskan perjalanan ke satu lagi tempat.
  


Dalam perjalanan pergi/pulang dari/ke pantai pink, pasti akan lalu di satu kawasan ini yang dilihat seperti longgokan pasir ditengah-tengah laut. Kawasan ini diberi nama Pulau Pasir dan ianya juga menjadi tarikan bagi pengunjung untuk melihat dan bergambar disini dengan berlatar belakangkan lautan dan kalau ada rezeki korang akan jumpa tapak sulaiman dengan pelbagai warna.






Sampai saja di tempat parkir lebih kurang jam 6pm, kami terus ke Bandar Mataram untuk makan malam dan seterusnya check in hotel. 




 


Day 2

Selepas breakfast dan check out, kalini saya singgah di Masjid Hubbul Wathan Islamic Centre NTB. Besar dan sangat cantik struktur bangunannya serta mempunyai sejarah dan dana yang tersendiri. Jika lalu di kawasan ini siang atau malam, tarikannya sudah cukup membanggakan bagi kita umat Islam. 

 

 



Lagi satu nak share, kalau pergi ke Indonesia, shopping lah di kedai outdoor. Harganya sangat mampu milik dan jauh lebih murah dari harga pasaran. Bukan cikai-cikai punya tau. Ada brand ni! Consina, Petualang dan Eiger. Favourite ni. Kalau korang kaki outdoor memang tau lah brand ni!



Lapar pulak kan walaupun dah breakfast kat hotel tadi. Jom kita makan tengahari sebelum ke Gili Trawangan. Apa tu Gili? Gili = Pulau. Kalau orang Malaysia sebut Pulau Trawangan lah...








Sampai di gili, tumpang beg kat tempat sewa basikal then kami jalan-jalan santai di sepanjang pantai. Nak kata santai sangat pun taklah sebab takut tak terkejar sunset pulak nanti. Lepas dah tengok sunset dan photo-photo kami menaiki basikal ke Ocean Restaurant. Dinner pulak. Hehehe...


















Selesai dinner, jalan-jalan layan music jap... baru check in bilik dan berehat. Esuk pagi kita tengok sunrise pula ya!




Day 3

Jam 430am dah keluar bilik layan sunrise. Dari 8 orang, hanya kami bertiga ja yang bangun tengok sunrise. Yang lain-lain tak mampu nak mengayuh basikal pagi-pagi katanya... Jam 6am balik bilik dan mula bersiap untuk sarapan dan check out.









Seawal jam 11am kami sudah menyeberangi Gili Trawangan dan singgah di villa hantu dan Malaka a.k.a Malimbu untuk bergambar. Kalau datang Lombok, tak bergambar memang tak sah! Cantik-cantiklah pemandanganNya...






Sebelum kita jalan lebih jauh, moh kita lunch! Tengahari ni kami makan satay! Ada nasi, lauk dan lain-lain. Sorry gambar masa makan lupa nak ambil sebab excited sangat nak makan! 




Pantai Mawun. Juga untuk santai-santai je... Group kalini betul-betul taknak mandi laut!






Seterusnya tempat lawatan wajib adalah Desa Sade. Kat sini korang kene dengar cerita asalnya kenapa selalu orang kata 'kene culik dan kawin lari di Lombok'. Dah tahu cerita, mesti korang baru paham apa maksud sebenar mereka lakukan macam tu. Bukan sebab suka-suka tau tapi itulah budaya derang dan sampai sekarang masih lagi kekal begitu.






Akhir sekali sebelum ke Airport, sempat juga singgah di beberapa kedai survenir untuk beli ole-ole buat family dan kawan-kawan di Malaysia. Untunglah kalau cegini selalu... Hahaha...




Berakhirlah sudah trip kalini ke Lombok. Insyaallah ada rezeki sampai lagi. Kami balik dengan hati yang senang sebab perut dah tenang... ^-^

Beberapa bulan selepas kami pulang dari Lombok, berita agak menggemparkan apabila berlakunya gempa bumi di Lombok dan sehingga sekarang Lombok masih terkesan dengan peristiwa itu. Kami doakan agar rakan-rakan yang dikenali berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi ujian. 

PRAY FOR LOMBOK.

No comments: