Hua Hin, Thailand

Tanggal 27 Februari 2019 - 01 Mac 2019 (3h 2m) sis dan rakan plan untuk teroka Hua Hin, Thailand. Ini semua gara-gara Air Asia punya promo + destinasi baru untuk penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Hua Hin. 

Harga flight return + makanan yang meriah untuk pergi balik everage RM200/seorang. Murah kan? Itu yang sis tak boleh tahan tu, grab terus!

Ini adalah trip pertama untuk tahun 2019 walaupun 2 trip sebelum ni telah ditukar tarikh dan dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Day 1

Disebabkan sis dan rakan tak nak tunggu lama di airport kalini, kami sampai di KLIA2 jam 9am dan sementara melalui pintu imigresen dan kaunter check baggage, kami sampai di gate jam 930am iaitu 5 minit sebelum gate tutup. Jadi, kami terus masuk ke dalam perut flight Air Asia AK830 tanpa menunggu. Gila tak. Korang kalau tak expert jangan buat tau. Hahaha... 


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam 30min dari Kuala Lumpur dan perbezaan waktu Thailand adalah 1 jam lewat dari waktu Malaysia. Kami mulakan penerbangan tepat jam 1005am dan tiba di Hua Hin jam 1110am.



Sampai di Hua Hin Airport, kami tidak ambil sebarang tourist guide mahupun driver. Sis guna grab je kat sana. Untuk pengetahuan, ada beberapa kawasan besar tidak dibenarkan mengambil/menurunkan penumpang Grab termasuklah di Airport. Jadi, sis dan rakan berjalan keluar dari Airport untuk mengambil Grab. Kalau nak lagi jimat, korang boleh tunggu tuktuk juga di luar airport. Ha, yg ni memang jimat sangat!



Disebabkan masih awal dan jalan agak clear sebab bukan hari minggu, sis decide untuk terus ke destinasi pertama iaitu Plearn Wan Vintage Village. Plearn Wan adalah sebuah muzium yang mesra alam yg hidup dengan seni bina dan hiasan berdasarkan kampung-kampung di masa lalu Hua Hin. Struktur kawasan ini bujur dan mempunyai kedai-kedai kecil serta mempunyai dua tingkat dengan kawasan yang terbuka dibahagian tengah. Ini juga memenuhi citarasa masyarakat Thailand iaitu membeli-belah dan makan. Masuk adalah percuma. Jika betul-betul berjalan dan mengamati suasana di sini, korang boleh habiskan masa dalam 1-2 jam dengan cara yg santai. Seterusnya kami ke Hua Hin Railway Station dengan menaiki taxi sedia ada di pintu masuk. Kat sini korang jangan sesekali ambil Grab tau, mau bergaduh dengan taxi kat situ nanti. Gangster woo... 



















Hua Hin Railway Station adalah stesen keretapi yang bersejarah ini dibina pada tahun 1920-an dan kini menjadi tarikan utama bagi para pelancong. Ciri yang paling menarik dari stesen ini ialah Bilik Diraja yang pernah digunakan untuk menyambut kedatangan Raja ketika beliau mengunjungi Hua Hin.









Dari Hua Hin Railway Station, kami hanya menaiki tuktuk dengan harga 100 baht sehala untuk ke Market Village. Kalau bertiga atau berempat, kira jimat sangat dah tu. Market Village adalah kompleks membeli-belah yg terbesar dan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Thailand. Ia juga menawarkan pelbagai tarikan semulajadi dan budaya yg menggabungkan konsep unik seperti membeli-belah, hiburan, makanan serta kompenan sejarah budaya. 





Jam 3pm kami check in di B2 Hua Hin Premier Hotel. Di Hua Hin ada banyak hotel budget dan tepi pantai. Tapi sis pilih hotel yg senang nak kemana-mana dan agak privacy serta selesa dan hotel yang bersih. Sis bagi 4/5* untuk hotel ni.



Jam 8am kami ke Hua Hin Night Market. Sini memang meriah ala-ala uptown Danau Kota. Meriah dengan pengunjung dan juga peniaga yang ramai dengan pelbagai jenis barangan termasuklah pakaian, beg, cenderahati, kasut, makanan dan lain-lain. Disini ada beberapa stall Halal yang boleh korang makan dan minum untuk alas perut setelah penat berjalan. Ada pulut mangga dan juga ice milk tea. Recommended!






Sepanjang di Night Market, ada juga market lain yang berdekatan iaitu Chatsila Night Market. Market ni sedikit sunyi kerana berada di kawasan belakang dan tidak berapa besar kawasannya tetapi disini korang boleh dapat barangan lain yang tidak dijual di Hua Hin Night Market seperti cover passport custom made, hasil lukisan tangan serta kraf-kraf homemade yang lain seperti beg, buku dan lain-lain.






Setelah hampir 2 jam kami cuci mata di night market, kami makan malam di stall tepi jalan yang halal berhampiran ruang masuk night market. Menu kami adalah pad thai dan suki. Setelah perut dah kenyang, kami pulang ke hotel untuk beristirehat.










Day 2

Sebelum keluar, kami cuma ambil sarapan ringan dan makan di dalam bilik je. Jimat masa! Dan destinasi pertama sepatutnya ke The Venezia Hua Hin tapi disebabkan kami awal kurang setengah jam, jadi kami ke FN Outlet (ala-ala MPO, JPO, GPO). Semua brand item boleh dapat kat sini dengan harga yang boleh tahan juga. Tiada apa yang dibeli tapi sebelum beransur kami singgah minum air makassar di Suzette cafe.






Satu jam berlalu dan kami ke The Venezia. Untuk tiket masuk ada beberapa pekej yang disediakan dan harga juga berbeza bagi pengunjung lokal dan asing antara 180-1,380 baht. Ada hari-hari tertentu mereka ada buat promosi untuk pengunjung. Kat sini korang boleh spend separuh ke satu hari sebab ada banyak tempat yang korang boleh enjoy. Antaranya mini zoo, music garden, rumah terbalik, 3D, shop dan lain-lain.
























Setelah puas ber-OOTD, kami ke Mrigadayavan Palace. Untuk lebih details mengenai palace ni, boleh klik disini dan tiket masuk hanya 30bath/seorang. Banyak sejarah yang boleh didapati disini sambil melihat pemandangan dan menghirup udara yang segar.



Bila perut dan berbunyi baru sedar yang waktu untuk makan dah tiba! Kami singgah makan di satu kawasan hentian seperti R&R di daerah Cha-am dan makan di Kedai Makan muslim Abang Mana dengan menu tomyam seafood, telur dadar, kailan ikan masin, ulam, sambal belacan dan air sirap soda. Ok, puas hati sangat! Sedap! Sebelah kedai makan ni ada juga disediakan bilik solat bagi kaum muslim. 





Perut kenyang hati senang! Seterusnya kami ke Santorini Park dengan tiket masuk 150baht/seorang.  Taman Santorini ni adalah taman tema yang kecil di mana ada beberapa tarikan seperti rumah berhantu, tembakan sling, roda ferris dan lain-lain tetapi bayaran tambahan dikenakan bagi setiap jenis permainan. Selain itu, taman tema ini juga mempunyai spot yang menarik untuk bergambar, beberapa restorandan cafe untuk berehat serta beberapa kedai favorite untuk membeli belah. Taman tema ini adalah kawasan yang terbuka dengan cuaca yang sangat panas dan lembap, saya cadangkan korang pakai pakaian dan kasut yang selesa sebab ia akan membantu semasa berada di sini.




 







Dari Santorini Park, kami teruskan perjalanan ke salah satu tempat wajib untuk dilawati iaitu Swiss Sheep Farm. Di sini korang boleh berjalan di kawasan ladang desa sebenar yang diilhamkan oleh ladang kebun Switzerland yang indah dengan seni bina Eropah yang menawan. Di sini juga ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan iaitu menunggang kuda, melawat galeri 3D, melihat trem dan juga memberi makanan pada kambing biri-biri.




Setelah puas berjalan dan bergambar di sekitar Swiss Sheep Farm, kami teruskan perjalanan untuk pulang ke hotel. Dalam perjalanan, kami melalui jalan di sepanjang Cha-am Beach. Sepanjang pantai ini mempunyai pelbagai kedai jualan runcit, cenderahati dan perkakas untuk mandi serta beberapa stall yang menjual makanan dan minuman.  Pantai ini sangat panjang dan sesuai untuk aktiviti beriadah seisi keluarga.


Sebelum sampai di hotel, kami singgah di kedai makan berhadapan Railway Station Hua Hin untuk tapau roti chachak (pancake) dan teh ais. Halal & Recommended! 







Sekitar jam 6pm kami sampai di hotel dan berehat. Malam kita baru boleh shopping hehe.


Jam 830pm kami ke Tamarind Market dengan menaiki Grab. Tamarind Market ni sangat happening bagi foreigner dan juga bukan muslim kerana pelbagai jenis makanan dan minuman dijual dengan  suasana yang agak santai serta dihiburkan dengan nyanyian live. Sesuai dengan visinya iaitu "eat.meet.shop.chill". Disebabkan tiada makanan halal disini, jadi kami hanya cuci mata di kedai cenderahati dan juga beberapa kedai barangan yang lain.




Dari Tamarind Market kami ke Hua Hin Grand Night Market dengan menaiki tuktuk dengan tambang hanya 15baht. Ok, kat sini harga boleh tahan expensive sikit untuk barang-barang cenderahati. Mungkin sebab sini lebih berkualiti berbanding pasar biasa. Tak sampai setengah jam, kami ambil tuktuk ke satu tempat yang ada dalam tempat yang pergi kalau korang ke Hua Hin. Apa dia? Ni ha! Clock tower Hua Hin! Punya lah kami ingat clock tower tu besar rupanya... kecik & rendah ja. Ada sejarah dan cerita tersendiri di clock tower ni. Kami just snap 1-2 gambar then kami ke Hua Hin Night Market pula. Depan clock tower je... Ha, tempat ni memang kene repeat setiap malam. Hahaha...






Untuk malam ni, kami terus menuju ke stall makanan halal. Simple menu aja nampaknya sebab banyak juga yang habis sebab dah lewat. Menu malam ni, bihun sup, mee sup, kebab dan juga sirap bandung. Tapi dapat jugalah kami rembat durian 1 pek. Warna durian tu.. buat kami terliur. 


Dah habis pekena makan malam, kami sempat shopping last round apa yang patut sebab dah tau apa nak beli! Balik hotel dan mula packing barang. Ingatkan tak borong banyak rupanya... ada juga yg tak muat beg! Aha!


Day 3

Selamat pagi Hua Hin!


Check out jam 9am dan ambil grab ke Morocca Cafe. Hey!! Kedai ni dah tutup lah! Google tak update! Pemandu grab juga tak bagitau. Aiyo! Musnahlah harapan nak breakfast kat sini pagi ni (walaupun sebenarnya dah breakfast pulut mangga power, padu, terangkat sebelum chek out).


Ok, takde pilihan lain selain dari ambil bus/tuktuk ke airport. 10bhat je wei!  Kenapa tak amik grab? Saya share ya, saya suggest korang ambil grab apabila korang dalam kawasan yang takde transport sahaja sebab nak berjalan keluar tu kadang-kadang kawasannya agak terpencil dan macam ada sedikit bahaya walaupun berjalan dalam kumpulan. Tapi kalau dalam laluan utama, better kalau ambil bus/tuktuk sebab korang boleh jimat banyak untuk kos pengangkutan. Selagi boleh berjimat, berjimat k! 


Oh ya, lagi satu nak bagitau kalau korang dari/ke airport Hua Hin ni, pengangkutan selain dari taxi dalam airport tak boleh masuk tau. Jadi, kalau yang mana baru sampai tu korang kene keluar dari airport dan jalan ke kiri sampai jumpa family mart. Kat situ korang boleh tunggu grab/bus/tuktuk dengan selamat.


Sampai airport, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah dengan imigresen dan juga airline.



Welcome back to Malaysia!

No comments: