Langkawi, Kedah

Selang sehari selepas pulang dari Hua Hin, Thailand saya ke Langkawi, Kedah pula untuk aktiviti huha huha =_= selama 4h 3m. Kalini dapat tengok sunrise atas awan. Syukur.



Sampai di airport kami cuma perlu tunggu kereta yang disewa sampai dan selepas segala urusan pembayaran dan aggrement selesai, kami terus ke Pantai Chenang yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Drive sendiri lebih bebas dalam buat aktiviti kat sini. Kalau takat 3-4 orang tu sewa Myvi pun ok dah. Rate average RM60 utk 1 hari bermula dari masa ambil kereta.


Disebabkan masih awal pagi, kami sarapan dulu di salah satu restoran sekitar Chenang Walk iaitu Bella Restoran dengan menu nasi ayam yg padu, soto yg sgt awesome dan juga roti canai yg lembut. Recommendend! Harga juga berpatutan.




Sampai Langkawi, takde apa yang akan buat korang rushing. So, relax chill chill aja k! Selesai sarapan, kami ke Underwater World. Ok, yang ni memang saya galakkan untuk korang masuk atlist sekali. Sis dapat masuk FREE! Sebab tu harga kat tiket RM0.00. Sorry guys! Hehe


Tak salahkan kalau sekali sekala masuk dan tengok hidupan laut kat dalam tu. Rugi wei kalau tak masuk sebab ada banyak jenis haiwan yang luar dari biasa. Teruja sekejap  bila dapat tengok pelbagai jenis hidupan laut dengan lebih dekat. Di sebabkan keterujaan itu, sis lupa ambil gambar!










Lebih satu jam juga kami di dalam Underwater World ni. Nampak macam takde ape je kan tapi sebenarnya banyak ilmu dan pengetahuan yang kita dapat kalau betul-betul menghargai dan menghayati apa yang disediakan.

Waktu check in jam 3pm! Jadi banyak masa lagi, kami ke Resort World Langkawi, amik feel-feel view gitu sebab view sana sangat lawa! Nak stay sana macam jauh dr pantai chenang pula kan. So, kita jalan-jalan je lah.




On the way ke Pantai Chenang, ada pulak gerai jual makanan goreng panas. Apalagi, kami singgah dan jamu lah apa yang ada. Ok, banyak jenis kuih yg ada. Boleh ni buat alas perut sebab kami belum lunch lagi. Nak makan nasi campur perut masih kenyang dengan heavy breakfast pagi tadi.


Setengah jam kemudian, kami ke Pantai Chenang amik feel angin sepoi-sepoi bahasa dan seterusnya ke Chenang Mall untuk habiskan masa sebelum check in. 




Tepat jam 3pm, kami check in di Malibest Resort. Ingat dapat lah view pantai tapi rupanya dapat yang seberang jalan punya. Walaupun macam tu tapi ok juga sebab semua facilities di Malibest tetap boleh guna, bilik besar, sejuk dan selesa. Jam 4pm kami memulakan aktiviti di pool dan pantai. Ini yang kami mahu!











Kalau berendam memang tak rasa masa tu berlalu dengan cepat. Tau-tau matahari nak tenggelam dah. Balik bilik dan bersihkan diri. Ok, tetiba perut lapar! Aha! Jam 8pm kami keluar dan cari makan dulu. Kami jumpa Artisan Pizza! Tengok view memang ramai yg bagi 5star. Betul ke idak? Jom kita cuba! Menu Streakybeef Cheeseburger & Pizza Supreme 4-cheesy (Cheedar+Mozza+Feta+Parmesan) dengan salami dan pepperoni. Fuh! Terangkat wei!




Kurang dari satu jam kami tunggu dan habis makan, mata pun dah mula berat. Sedap wei makan malam ni! Tapi disebabkan kami stay di Chenang ni cuma satu malam, jadi kami ambil masa ni untuk berjalan di sekitar Chenang Walk sebab waktu malam agak meriah dan macam-macam jualan yang ada disepanjang jalan.

Baru ingat nak lepak tepi pantai tiba-tiba hujan dah mula turun gerimis. Kami taknak ambil risiko baju basah sebab jarang sgt nak bawak baju extra hahaha jadi kami terus pulang ke bilik, burak-burak dan seterusnya tidur. 


Day 2

Sarapan awal. Jam 730am. Perut dah joget-joget. Jalan kaki tak sampai 300m ke Bella Restaurant. Repeat lah apalagi haha tapi menu yg berbeza. Harini kami cuba nasi lemak lauk kerang (dasar tekak melayu takleh lari), soto dan baked egg fritata. Ok, memang tak nyesal. Sekali suap mesti punggung terangkat. Tak caya cubalah.



Lepas sarapan kami balik ke resort dan terus check out. Aik, balik dah? Sabar, belum balik lg... kami check in di bandar Kuah pula harini tapi sebelum tu kami ke tempat antara yg wajib pergi di Langkawi iaitu Langkawi Cable Car atau lebih dikenali dengan nama Panorama Langkawi. Beroperasi setiap hari dari jam 930am hingga 7pm.



Nak mudah tiket boleh beli secara online tapi kalau nak walk in pun boleh cuma kalau datang waktu cuti umum tu faham-faham jelah, beratoq mesti berliku-liku punya. Dan sebelum beli tu pastikan korang pilih pakej yang terbaik ya supaya tak menyesal. Suggest amik pakej penuh terus dengan harga RM45 bagi dewasa/warganegara (skycab + skydome + skytrex + 3D). So kalau amik pakej penuh ni memang boleh luangkan masa seharian di sini.

Tapi rezeki datang kalini tak sampai 15 minit dah naik kereta kabel. Huntunglah!


Station yang pertama memang boleh turun untuk lihat pemandangan dengan ketinggian 650 meter . Bagi yang mabuk atau gayat pun sesuai kalau turun dan berehat di sini dulu sebelum teruskan perjalanan ke tempat yang lebih tinggi atau patah balik bagi yang taknak teruskan perjalanan.




Perjalanan menaiki kereta kabel ni mengambil masa selama 15 minit sehala menuju ke puncak gunung Mat Cincang dengan ketinggian 708 meter. Walaupun ianya melalui kecerunan paling curam dan laluan kereta kabel yang terpanjang di Asia tapi pemandangan yang disajikan sangat berbaloi iaitu dengan pemandangan pergunungan, lembah, pulau-pulau, air terjun dan Laut Andaman.


Sampai di station seterusnya, ada dua pilihan untuk ke bahagian skybridge. Samada pilih untuk berjalan di trail dengan bayaran RM5 mahupun menaiki keretapi dengan bayaran RM10.



Langkawi Skybridge, sebuah jambatan gantung yang berbentuk melengkung merupakan salah satu kejayaan besar pembinaannya bagi jurutera kita. Dari sini kita dapat lihat pemandangan dari perspektif yang berbeza dan kalau korang tak gayat, bolehlah duduk atau berdiri di atas gelas kaca yang boleh dilihat dengan jelas ketinggian dari tempat korang pijak. Ada berani?


 





Kalau dah sampai atas ni, santai-santai pun mau sejam dua jugak. Masa dah tiba, kami pun beratur untuk turun. Sementara beratur tu, sempat juga layan aiskrim ni satu-satunya jual kat kedai tempat tunggu kereta kabel tu ja.


Sampai bawah terus ke toilet dulu sebelum masuk 3D. Besar ok! Sebelum ambil gambar, baca arahan serta cara untuk ambil gambar. Ade spot yang derang sediakan supaya gambar nampak real dan menarik. Tapi kami pun kadang-kadang main balun ja. Aha! 

 



Sejam jugak habis masa kat sini, lepas 3D kami ke Skytrex. Ok, yang ni ada time show. Kalau terlepas nak kene tunggu lah. Takat tunggu 15-30 minit takde masalah kan... Sempat kalau nak g beli air dulu. Skytrex ni takde gambar sebab dalam tu gelap dan yang penting, terhibur. 

Syok punya syok, uih dah jam 3pm! Patutlah lapaq. Haha, sorry guys kami ni memang time makan takleh lambat nanti signal dia bagi melampau. Sampai takleh bercakap. Haha. Pikir punya pikir, kami pilih makan di area Padang Maksirat. On the way tu, kami singgah di Marina Bay untuk bergambar.



Kami makan di Jom Ikan Bakar. Dah lewat so takleh nak expect yang makanan banyak. Banyak kosong boleh expect lah. Apo yang ade ajelah. Hehe.



Dah alang-alang ada kat area sini, kami terus makan laksa ikan sekoq yang popular di sekitar lapangan terbang. Yang ni kami share ja sebab baru lepas makan nasi kan. Hehehe. Dapatlah makan laksa sambil dengar deruan ombak di persisiran pantai sambil diselangi bunyi kapal terbang dengan jelas yang nak mendarat dan berlepas.


Selesai makan, kami terus ke bandar Kuah untuk check in hotel. Badan pun dah melekit. Panas kat Langkawi ni bukan boleh buat main-main. Check in di Hotel Asia, tepi jalan besar ja. Senang nak ke sana-sini dan yang penting hotel bersih dan selesa. 

Lepas maghrib kami keluar untuk makan malam. Malam ni bagi reward sikit untuk perut. Kita makan seafood di Wonderland Seafood dan kalau google atau waze memang ade beberapa kedai yang sama nama tapi lokasi sebenarnya adalah berhampiran dengan Bella Vista Waterfront. Makanannya korang takyah nyesal lah, masakannya memang padu. Tanak tunjuk gambar lelain nanti terliuq. Masakan chinese style ok. Halal. Dun wurry. Insyaallah.




Day 3

Pagi ni saja kuar lewat sikit sebab pusing area Kuah ja. Jam 9am kami sarapan di hotel. Roti bakar boleh repeat banyak kali dan juga kopi O. Kalau kat hotel makan ni ja pun dah sedap!


Dataran Lang. Setiap kali datang Langkawi tetap juga teringin nak datang tengok replika helang ni. Yelah kot kalini kaki replika helang ni terangkat sebelah ke kan, sape tahu. Hehe. Gurau nok! Bagi lah can kat kengkawan yang dah lama tak datang kesini kan. 








Lepas berfoto-foto, kami berlari ke bawah tempat teduhan. Bukan sebab hujan tapi sebab panas lit-lit. Kekeke. Kat sini ada juga jual cenderahati kot ada yang berkenan. Tapi dalam banyak-banyak tu kami kenan kat aiskrim ja. Kena pula jumpa aiskrim perisa baru masa ni. Unicorn cornetto. Nak sis bagi feedback pasal aiskrim ni? Ok, warna menarik tapi manis. Sis manis tang senyuman ja, manis tang makanan ni buat sis takkan repeat. Oh men!


Harini kami pusing di sekitar pekan kuah ja untuk cari apa yang perlu untuk dibeli. Memang nak luangkan masa satu hari ni untuk shopping ja. Penat wei. Jalan sikit berhenti jalan sikit berhenti. Bila nak habis daa...

Sudahnya kami singgah di Haji Ismail Group (HIG). Makin besar dan ade beberapa cawangan dah HIG ni. Siap ada hotel dan food court ok! Semoga murah rezeki owner ni. Pusing-pusing dan jalan-jalan takda apa pun yang berkenan, jadi kami singgah di food court ja untuk makan tengahari di sini. Plan asal nak makan nasi kukus tapi kedai yang dimaksudkan tu dah takda. Maybe dah pindah tempat lain kot. Sis malas nak cari.

Nak makan nasi campur kat HIG food court ni macam tekak kurang berkenan jadi kami order masakan panas ja. Nak order Nasi goreng Langkawi, takda pulak (hahaha) so sis order Nasi goreng USA jelah. Ok, nasib baik sedap. Erm, susah betul nak komen tak sedap kan. Nak buat caner sebab dah memang sedap!



Lepas habis makan, kami sempat ke Billion Duty Free Supermarket. What? Hehe... korang jangan taktau, ni info sikit sis bagi. Depan kaunter bayaran Billion supermarket ni ada 2 kedai yang jual chocolate. Salah satu dari kedai tu harganya memang lebih murah dari kedai-kedai chocolate yang lain. Bukan sebab nak expired atau reject tapi memang harganya murah. Korang boleh shopping chocolate kat sini. Tapi, bukan semua tau. Ada beberapa mungkin mahal sedikit tapi kebanyakannya jauh lebih murah. Cuba korang bezakan harga kalau korang ke sana nanti. Kot rezeki kan.


Ada masa lagi sempatlah kami jalan ambil angin dan menikmati pemandangan laut berhadapan dengan pekan rabu.



Lewat-lewat petang ni best kalau dapat singgah minum sebelum balik ke hotel. Ok, yang ni pun salah satu tempat wajib sis singgah kalau datang ke Langkawi. Mana lagi kalau bukan Lagenda Botak Mee Udang. Yang ni tepi jalan ja, pasti korang nampak kalau korang nak ke Dataran Lang dari pekan Kuah. Santai-santai ja tempatnya. 

Kalau datang sini memang takleh lari dari air jus buah nya. Kaw betul! Erh, ingat nak minum ja sekali terpesan dengan menu wajib da... Mee Udang! Ini udang memang takleh nak nyorok punya. Besar-besar tau pehtu dapat pula 3 ketul dalam semangkuk. Memang walawei lah jawapnya! Mee ketam pun ada juga kat sini tapi mood maleh nak sedut-sedut kopek-kopek pulak. Kira makan malam terus je lah ni. Dedua menu ni memang awesome. 



Ok, kalau nak ke kedai sebelahnya pun sedap juga. Makanan ala-ala barat tapi kami tak mampu dah nak makan. Tengok lah kot tengah malam kami datang balik sebab hotel pun seberang jalan ja tapi apakan daya semuanya hanya nafsu... I'm sorry. ZzzzZzzz...



Day 4

Pagi ni check out jam 730am dan kami tak sarapan di hotel sebabnya nak sarapan kat luar ja. Warung ni betul-betul kat roundabout sebelum airport (Padang Maksirat). Roti canai banjir, telur separuh masak sepahkan atas roti canai tu dengan air teh o. Alhamdulillah. Fuh! Sendawa terus bhai. Sedap!


Jam 830am sampai airport, drop kereta di parking lot dan terus masuk ke pintu perlepasan. 

Selesai dah urusan di Langkawi. 
Apa urusannya? 
Jalan-jalan cari makan. Hehehe

Pagi-pagi gosong gigi
Ade rezeki datang lagi


No comments: