Pulau Redang, Terengganu

Bulan Mei adalah pilihan yang tepat untuk ke pulau-pulau di dalam Malaysia. Ada banyak pilihan yang boleh dibuat antaranya Pulau Perhentian kecil, Pulau Perhentian besar, Lang tengah, Pualu Redang, Pulau Tioman, Pulau Dayang dan lain-lain.

Bagi tahun ni saya pilih destinasi ke Pulau Redang. Kenapa? Sebabnya Pulau Redang adalah pulau yang cantik pada musim ni. Saya rasa bukan saya saja yang pilih Pulau Redang tahun ni sebab ramai juga yang pilih destinasi ini sebagai tempat family day trip, company trip dan juga berbulan madu.

Disebabkan bulan Mei adalah bulan yang memang penuh dengan manusia, jadi saya dah siap booking awal-awal untuk 7 orang (2 double room & 1 triple room). Pilihan saya kalini adalah di Redang Lagoon Chalet selama 3h 2m.

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bus Jasa Pelangi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 12hb Mei 2016 jam 1130pm. Harga bus RM44.40 sehala. Kebetulan bus ni adalah bus last trip untuk ke Kuala Terengganu. Saya beli tiket bus ni dua minggu awal dari tarikh bertolak. Yelah, sebab kami ramai so tak nak ada masalah dikemudian hari. Hehe...



Masuk je TBS, dah macam kat airport pulak rasanya. Naik je bus, selesa nya lain macam. Seat selesa, ada plug untuk charge handphone dan juga ada wifi. Excited tetibe... yelah, dah lama tak naik bus. Pastu bus pulak dah canggih cegini. So rasa berbaloi sangat walaupun bayaran tiket bus tu lebih 40sen dari bus-bus lain.

Jam 3am bus tiba dan berehat di Gambang selama 30minit. Kami dalam bus ni memang tidur je takpelah tapi eluk juga berhenti sebab bagi peluang untuk pemandu berehat. Risau juga kalau-kalau pemandu mengantuk kan.


Day 1

Alhamdulillah, jam 615am kami sampai di perhentian bus Kuala Terengganu. Di sebabkan masih awal, jadi kami decide untuk ke Masjid untuk menunaikan kewajipan dulu. Kami hanya berjalan kaki sahaja dan mengambil masa lebih kurang 5 minit.


Dalam jam 7am lepas dah habis tazkirah, kami bergerak ke Jeti Shahbandar iaitu jeti untuk ke Pulau Redang. Waktu feri berlepas adalah jam 9am. Sementara nak tunggu pukul 9am, kami cari kedai untuk sarapan dulu.


Awal-awal macam ni masih banyak kedai yang belum buka dan kebetulan masa on the way ke jeti hanya ada satu kedai makan yang baru nak buka, jadi kami singgah dulu untuk sarapan pagi di Restoran Warisan. Kalau jalan kaki santai-santai pun tak sampai 5 minit perjalanan dari Masjid ke restoran ini. Menu yang ada pagi ni adalah Nasi berlauk dengan harga RM4.50 dan teh o suam RM1 sahaja.



Lepas sarapan, kami teruskan perjalanan ke jeti, dan dalam perjalanan tu kebetulan kami lalu di Istana Maziah yang berada betul-betul dihadapan restoran ini dan sempat lah kami bergambar walaupun hanya di pintu pagar masuk sahaja. Jalan kaki ke jeti hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari sini. Tak jauh kan? So jimat dah duit tambang teksi korang tu ^_^




Apabila sampai je di jeti, pertama sekali kene pergi kaunter 3 (sejahtera feri) untuk ambil tiket. Biasanya tiket feri ni dah include sekali dengan harga pakej yang u all  bayar kat resort. Jadi kat sini u all tak payah nak keluarkan duit lagi dah. Terus je ke kaunter 3, isi nama & nombor ic serta sign dan ambil tiket (pergi dan balik) yang dia bagi dan boleh masuk ke dalam ruang menunggu. Sebelum korang ke ruang menunggu, korang pergi kaunter sebelah (kaunter 2) untuk bayar tiket marine park. RM5 seorang. Yang ni tak include dalam pakej ya. Kene beli masa kat jeti ni je.


Kalau ikutkan jadual pertama feri ni mula jam 9am tapi kalau sebelum jam 9 dah ramai orang, feri ni boleh jalan dah. So, takde masalah kalau korang sampai awal kat sini. Saya tetap naik feri jam 9am sebab isi perut dulu. Kang dalam feri lapar pulak kan. Perjalanan dari jeti Shahbandar ke Pulau redang memakan masa selama 1jam 30minit. Arghh! Lama betul rasanya. Dah macam nak pergi Langkawi/Pulau Tioman pulak dah.



Sampai di Pulau jam 1030am dan terus ke Redang Lagoon iaitu tempat penginapan yang saya dah siap booking awal-awal ritu. Kenapa pilih Redang Lagoon? Sebab Redang Lagoon ni betul2 depan pantai tempat port snorkeling dan view kat sini memang cantik. Lagipun Redang Lagoon ni terletak betul2 ditengah-tengah antara resort-resort yang lain. Owner Redang Lagoon ni Melayu. So pasal makanan, tak payah risau dah sebab makanan nya halal.



Lepas check in apa nak buat lagi? Pertama mestilah cuci diri dulu. Tak mandi lagi wei. Aha. Lepas dah bersiap kita orang bergambar atas batu-batu yang berada betul2 kat tepi pantai depan chalet kami. Rugi lah kalau sampai sini nak duduk dalam bilik je kan. Lagipun masih ada masa nak jalan-jalan amik mood pulau sebelum makan tengahari.





Jam 12pm makanan dah siap. Time makan, kene makan k. Dah bayar dalam pekej sekali. Rugi kalau tak makan. Haha. Konsepnya buffet. Senang kan. Alhamdulillah... First menu, sedap juga. Lepas makan, berehat jap dan aktiviti snorkeling bermula jam 230pm.


First port snorkeling adalah betul2 ditengah-tengah laut. Air yang biru, ombak yang boleh tahan jugak lah. Huhu... Nak tak nak turun jugak ler... Tak turun nnti nyesal pulak kan. Lagipun bila lagi nak turun tengah-tengah laut ni. Haha.





Jam 430pm balik ke chalet dan terus minum petang. Menu harini cucur manis dan bubur pulut hitam. Sedap lah tambah pulak tengah lapar lepas mandi laut kan.


Lepas makan, sambung mandi kat depan chalet tempat kami stay. Petang-petang yang mana dari resort lain akan datang mandi-manda kat area sini sebab ni pun memang port untuk snorkeling. Ada baby shark kat sini. Tapi baby shark ni tak menyerang pun sebab mungkin dia dah biasa tengok orang selalu snorkeling kat sini kan.



Agak-agak dah puas snorkeling dan hari pun dah mula gelap kami pun beredar dan bersihkan diri. Tak sabar nak dinner, malam ni nak barbeque pulak. Nak feel BBQ? Hah, kat sini dah siap barang-barang serta bahan-bahan untuk dibakar. So, u all boleh pilih je apa yang u all nak makan dan bakar sendiri. Hah, macam ni lah baru syok kan. Yang mana datang dalam berkumpulan tu, nampak lah kerjasama tu ada. Ada ikan, ayam dan sotong untuk dibakar dan nasi goreng, mee goreng dan coslow juga telah disediakan sebagai main course. Memang berbaloi dan terbaik ni.




Rasa macam malam ni makan mewah sangat... Sedap dan yang pastinya pinggan kami semua licin! Ahaha... Lepas makan, kami menghabiskan masa dengan berjalan di sepanjang pantai. Kalau lalu di Beach Resort dan Laguna, memang happening sangat sebab kat situ ada bar untuk mereka enjoy-enjoy sambil minum-minum. Takde apa yang menarik pun bagi saya, yelah tepi pantai je kan. Yang penting cuma nak dengar deruan ombak jer. Itu lagi syok dari dengar suara sumbang yang menyanyi kan?






Dah habis berjalan kami lepak di pondok depan pantai di chalet kami je. Burak-burak sambil kunyah-kunyah twisties dan kebetulan saya ada bawak Lucky Stab Game. Hah, permainan ni beli masa holiday kat Ipoh haritu. Running man punya pasal lah ni. Kekeke... memang riuh lah masa main ni kat pondok ritu. Asyik menjerit sebab terkejut je. Haha... yang penting semua happy.


Dah sampai masa, balik bilik dan tidur. Sambung program esuk pulak.


Day 2

Bangun pagi, sarapan dan siap-siap untuk snorkeling aktiviti harini. Harini ada dua tempat nak pergi. Pagi pergi ke Marine Park dan petang di tengah-tengah laut. Tiket untuk Marine park dah beli awal-awal masa kat jeti semalam kan? So, senang lah. Tiket ni boleh guna dalam tempoh 3 hari. Jam 10am kami gerak ke Marine Park.



Kat sini memang airnye jernih sangat dan ikan pun banyak. Dan masa di Marine Park, resort-resort ada schedule dan tempat yang dah disedakan. So takde masalah kalau ramai-ramai tu cuma yang masalahnya bila ramai-ramai masuk dalam air... macam orang lagi banyak dari ikan. Haha. So, pandai-pandai korang lah cari port yang jauh sikit kang snorkeling nampak kaki orang je pulak.








Lepas dah puas snorkeling dalam 1 jam, kami berangkat dan balik ke resort semula untuk makan tengahari. Memang kene sangat lah menu harini. Sedap lagi! Aduhai... Habis dietku. Lepas makan, balik bilik dan rehat2 sementara nak tunggu jam 230pm utk sambung snorkeling kat tempat lain pulak. Kalini pun snorkeling di tengah-tengah laut dalam.





Bila kat dalam air, tak rasa macam lama je. Haha. Nampak sangat macam tak puas kan? Ok, balik chalet, minum petang dah siap! Menu harini cucur bawang dan bubur kacang. Sedap aje lah bila masuk tekak ni. Tak sempat nak am bil gambar, semua licin dah! Pastu sambung mandi. Erh sebelum mandi, kitaorang bergambar dulu. Ambil group photo buat kenangan.







Baju sama? Ye, kami tempah siap-siap baju ni. Design sendiri ok. Jenuh perah otak! Lama sangat dah tak buat design. Tapi alhamdulillah, walaupun dah lama tak keluarkan bakat ni tapi kawan-kawan masih boleh terima design untuk tshirt trip Redang ni. Syukur. Hehe. Dah abis photoshoot, apa lagi.. berendam ler...




Ok dah jom! Siap sedia.. perut dah berbunyi.

Makan malam ni menu simple tapi menyelerakan. Alhamdulillah. Lepas makan malam, kami berjalan di tepi pantai ke arah sebelah kiri chalet kami pulak. Pantai ni agak panjang, so malam ni kami habiskan masa berjalan di sebelah sini pulak.

Erm... tak sangka pulak kat area sebelah sini agak sunyi sikit berbanding malam semalam di area Laguna Resort tapi nampak macam lebih selesa dan ada mood santai-santai tepi pantai. Lagi syok kat sini. Dan kebetulan ada pulak buat prop LOVE ni. Ok juga, salah satu tarikan juga kan. Ala-ala macam kat Lombok.


Sambil-sambil jalan dapat jugak kawan-kawan minum air kelapa kat tepi pantai. Itu yang dicari-cari sejak hari pertama datang ke sini. Dah puas minum, kami sambung jalan-jalan tengok survenir dan balik ke bilik. Di Redang Lagoon ni jam 9pm dah sunyi dan cafe pun dah tutup. Sebab tu lah kene berjalan sikit amik mood resort-resort lain. Tapi ok juga macam ni sebab bila malam, rasalah privacy sikit.


Day 3

Harini check out dah. Cepat je masa berlalu... Memang rasa macam tak puas nak stay kat sini. Udara yang nyaman serta pemandangan yang indah. Awal pagi terakhir kat sini, sempat juga tengok sunrise... Alhamdulillah. Teruja sekejap.


Lepas tengok sunrise, siap-siap masuk bilik dan packing barang. Sementara tunggu feri, sempat juga saya ambil beberapa keping gambar view Redang Lagoon untuk tatapan u all.





Feri balik jam 11am dan ngam-ngam sampai jeti jam 1230pm. Kami tak sempat nak shopping apa-apa sebab bus kami bertolak jam 1pm.





Masa balik kami naik Sani Express dengan harga tiket RM44 sehala. Kami pilih duduk dibahagian bawah je Lebih selesa dan tak sangka seat macam VIP. Ada juga mintak driver bus berhenti kat memana nak beli keropok lekoq tapi pemandu tu balas dengan tawanya je. Erm... hampeh!! So pendek cerita duit memang jimat habis sebab xde beli pape dalam trip kalini melainkan beli air mineral je masa kat pulau tu.

Perjalan bus waktu siang terasa pulak lamanya. Kalau malam takdelah terasa sangat sebab tidur je kan. Jam 5pm baru sampai Rehat dan Rawa Gambang. Rest setengah jam. Masa ni baru kami dapat lunch. Huhu. Lambat betul lunch kami harini. Jam 53-pm bus gerak semula dan jam 830pm kami selamat sampai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sampai je TBS, kami semua bersurai dan balik ke rumah masing-masing.

Total kos trip saya kalini hanya RM492.80 sahaja all in. Tak sampai RM500 pun :)

So, sampai sini cerita saya untuk trip Redang tahun ni. Insyaallah ada rezeki saya akan kembali ke sini lagi... Baru balik dah rindu Redang... Caner? Haha...

No comments: