Lombok, Indonesia

Lombok lagi? Busan nak baca? Aha... Dun worry lah, saya akan share lain-lain info pasal Lombok. Lombok besar sangat. Banyak tempat yang saya belum pergi lagi.


Trip kalini pun saya pergi selama 6h 5m juga. Sepatutnya kami pergi berempat tapi last minute 2 orang cancel trip. So walaupun kami berdua je tapi kami tetap jalan jugak sbb semua deposit dah bayar. Budget trip kalini RM1,300/pax.

Mahal? Kalau kira purata, sehari dalam RM216 je sehari. Termasuk hotel, makan 3x sehari, transport, tipping, aktiviti dan lain-lain. Murah lah tu kiranya kan.


Day 1

Flight berlepas jam 330pm. Perjalanan selama 3 jam. Kematu punggung ni hah. Tepat jam 630pm sampai di BIL (Bandaran International Lombok Airport). Alhamdulillah, selamat sampai.

Sementara nak settlekan urusan imigration semua, jam 730pm keluar dari airport. Perut dah lapar, Apalagi? Terus cari makan kat Lombok. Malam ni terasa nak makan kat Mataram je. Mataram tu adalah bandar yang berada di tengah-tengah Lombok. Pusing punya pusing, jumpa juga kedai yang dimaksudkan.

Ayam Taliwang Pak Udin. Perghhh!!! Sedap wei. menu malam ni, ikan baronang bakar, ikan talapia bakar, ayam taliwang, sayur terung sambal, sup, sayur campur ala-ala pecal.


Dah puas makan, berangkat ke hotel. Hotel dekat je. So memang tak sabar nak masuk bilik dah ni.

Seperti sebelum-sebelum ni, hotel yang saya pilih ialah Kabana Hotel, Mataram. Kenapa hotel ni lagi? Sebab hotel ni murah, bersih, service yang awesome serta berada ditengah-tengah kota Bandar. Agak senang nak ke Lombok Tengah, Lombok Barat, Lombok Timur serta ke Lombok Utara.




Sekarang dah check in, masa untuk berehat... Tak sabar nak tunggu esuk ^_^


Day 2

Jam 7am dah siap sarapan yang disediakan oleh pihak hotel. Siap hantar ke depan pintu bilik lagi kaw. Hotel 5 bintang ada service macam ni? Paling tak pun, u all kene turun dan layan buffet je kan. Hehe.

Jam 8am perjalanan pun bermula. Harini kami ke Pulau Kenawa. Perjalanan 3 jam untuk ke Lombok Timur. Jauh tu kalau naik flight dah sampai KL balik dah ni. Perjalanan harini memang best lah sebab kat Lombok ni tak jem macam kat KL. So 3 jam tu rasa kejap je.

Sebelum sampai ke pelabuhan, kami singgah di Pohon Purba Lian Langka. Pokok paling besar dan tertua di Lombok. Hah, yang ni memang jarang orang Malaysia datang melawat sebab masih ramai yang tak tahu mengenai tempat ni. Kiranya saya beruntung lah sebab dapat datang kesini dulu sebelum orang lain datang ^_^

U all boleh tengok sendiri besar mana pokok ni. Dalam gambar pun boleh nampak, betapa besarnya pokok-pokok ni.







Selepas selesai sesi foto & lepak-lepak sekejap, kami bergerak terus ke pelabuhan. perjalanan dah tak jauh dah. Lebih kurang setengah jam je lagi. Dalam perjalanan tu pulak, nampak pemandangan yang agak cantik sebab berlatar belakangkan pemandangan Gunung Rinjani. Erm... bila agaknya dapat naik keatas tu ya.


Selepas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Pelabuhan Kayangan. Sebelum naik feri, kami makan dulu yelah perjalanan feri pun sekitar 2 jam juga. Huhu.


Feri di sana lebih kurang macam feri di Pulau Pinang ataupun Langkawi yang boleh masuk kereta, motor dan lain-lain kenderaan. Cuma yang specialnya feri ni ada satu tingkat tu u all boleh sewa untuk baring. Ini sebenarnya lebih sesuai pada yang kuat mabuk. Tapi saya saja ambil walaupun tak mabuk sebabnya kat Malaysia takde yang macam ni. Bayaran tambahan dikenakan IDR10.000/tilam.


Disebabkan perjalanan masih ada 2 jam jadi kami bersiar-siar sekitar feri ni untuk lihat pemandangan luar.




Sampai di Pelabuhan Pato Tano, Sumbawa, kami makan dan solat dulu. 2 jam dalam feri, penat oii.. Menu lunch simple je tapi sedap. Nyumee!!


Selesai semua, kami menaiki boat pula untuk ke Pulau Kenawa. Lebih kurang 10 minit je. Boat pun guna boat kecil je.




Sampai di Pulau Kenawa, rasa macam teruja sangat tengok pantai nya. cantik sangat pemandangan kat sini. Bagi yang hendak bermalam disini pun boleh tapi bermalam dalam khemah je sebab kat sini memang takde resort mahupun hotel. Pulau kecil je.

Yang buat nampak menarik pulau ni sebab kat pulau ni ada bukit ala-ala broga yang ada di semenyih cuma yang ni rendah sikit lah. Bukit tu yang buat Pulau Kenawa ni ada tarikannya sendiri.












Lebih kurang jam 4pm kami berjalan ke puncak bukit untuk tengok sunset. Time macam ni kurang sikit panasnya berbanding jam 1-3pm.

  



Jam 6pm matahari dah mula terbenam. Walaupun tak dapat lihat sunset dengan jelas sebab terlindung dengan awan, tapi tetap berpuas hati dengan kebesaranNya. Alhamdulillah.




Sebelum gelap, kami berangkat ke pelabuhan Pato Tano, Sumbawa untuk menaiki feri ke Pelabuhan Kayangan semula. Feri disana sentiasa ada setiap 1 jam dan beroperasi selama 24 jam. So takde masalah kalau nak balik lewat2 ni cumanya kami ni perjalanannya jauh. So gerak awal sikit. 

Hah, cer korang tengok muka saya dalam gambar kat bawah ni. baru satu hari berjemur di Pulau kenawa, muka dah sunburn habis. Hahaha.


Setelah 2 jam berlalu, kami sampai di Pelabuhan Kayangan dengan selamatnya. Dan kami pun terus pulang ke Mataram. Perjalanan 3 jam lagi. Jam dah pukul 9pm. Perut pun dah lapar, Jadi kami singgah dimana-mana untuk makan malam. Dapat pulak ayam penyek, Layan.


Sampai di hotel jam 1230pm. Apalagi, siap2 terus tidur je. Penat wei!! Sambung esuk.


Day 3

Harini nak buat aktiviti santai. Nak pergi mandi air terjun je. Di sebabkan penat semalam tak hilang lagi, jadi harini keluar dari hotel lambat sikit. Breakfast jam 10am. Haha... Menu harini mee goreng a.k.a maggi goreng indo mi dengan telur mata.


Jam 11am kami bergerak ke BIL (Bandaran International Lombok) untuk jemput 4 orang lagi tetamu saya dari Malaysia. Mereka ni nak join trip ngan Kami. Saya tak kisah, on je sekali jalan. Lagipun boleh tambah kenalan kan.


Selesai bergambar kami terus menuju ke restaurant yang berdekatan untuk makan tengahari. Harini makan Nasi Balap Puyung di Rumah Cahaya betul-betul di hadapan airport.


Selesai makan tengahari, kami teruskan perjalanan ke Air Terjun Benang Kelambu yang terkenal dan berada di tengah-tengah pulau lombok. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari kota mataram dan bayaran masuk dikenakan sebanyak IDR5.000/sorang. Untuk lebih details boleh klik info disini.

Untuk ke air terjun, sekiranya u all masih kuat untuk berjalan, u all boleh berjalan sekitar 30 minit tapi sekiranya tak larat, boleh upah pemandu disana untuk menaiki motor.




Hah, nampak tak tangga tu? Nak turun excited lah. Nak naik masa balik nanti... Ya Ampun...



Lebih kurang 2 jam mandi manda kat sini, kami pun berangkat pulang. Air terjun mana boleh lama-lama. Sejuk!! Perjalanan lebih kurang 1 jam dan sebelum pulang ke hotel kami singgah makan malam di Ayam Taliwang Raya. Menu memang awesome.


Selesai makan, kami singgah di Sasaku untuk belanja. Di Sasaku ada macam-macam dan sesuai kalau nak suvenier kat sini.


Selesai shopping, kami pulang ke hotel. Yang mana rakan-rakan yang baru sampai tadi pun menetap di Kabana Hotel, Mataram juga.


Day 4

Harini selepas sarapan, kami check out dari Kabana hotel dan terus ke Gili Trawangan.  Harini bermalam di sana so bolehlah tengok sunset dan sunrise insyaAllah.


Sampai di Gili Trawangan, kami terus snorkeling. Balik dari snorkeling baru kami check in hotel.



Bayaran untuk Snorkeling adalah sebanyak IDR100.000/seorang untuk 3 tempat iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Di Gili Air kami diberi rehat selama 1 jam. Masa rehat tu lah kami makan dan bersiar-siar di gili air.


Lepas rehat, kami menaiki boat semula untuk tengok penyu pulak. Kalau ada rezeki, memang akan jumpa penyu-penyu disini. Selesai tu, kami pulang ke Gili Trawangan sekitar jam 4pm.

Sampai di Gili Trawangan, kami sewa basikal dengan harga IDR50.000 seorang dan terus check in di Lumbung Cottage. Kami terus bersiap untuk lihat sunset pula. Alhamdulillah, sempat juga tengok sunset harini. Syukur.




Dah puas bergambar, kami pulang semula untuk makan malam. Makan malam ni lebih meriah sebab semuanya seafood. Ada udang, sotong, ayam, ikan, sup sirip, sayur dan yang paling best sebab ada ikan tuna bakar. Perghhh! Meleleh! Korang kalau tak caya, nanti korang cuba.


Lepas makan, kami park basikal kat tepi lorong-lorong dan kami berjalan sepanjang pantai tu. Meriah sebab banyak pub-pub dan live band kat situ. Area sini memang meriah sampai jam 2-3am. Tapi lepas jalan-jalan tadi memang kami tak larat dah. Balik bilik dan terus tidur je. Zzzzzz.....


Day 5

Jam 530am lepas subuh kami dah keluar sebab nak tengok sunrise pulak pagi ni, Alhamdulillah, cuaca kat sini baik-baik aja.




Jam 8am kami siap bersarapan yang disediakan di hotel dan kami mula berangkat jam 9am dengan menaiki private boat.




Dalam perjalanan ke Pantai Kuta, kami singgah di Villa hantu untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan dari Senggigi.



Dari Villa hantu, singgah di Pantai Malimbu a.k.a Malaka


Dari Pantai Malimbu, kami singgah di Lombok Exotic untuk membeli-belah seperti t-shirt, keychain, fridge magnet dan sebagainya. Setelah satu jam, kami teruskan perjalanan ke Pantai Kuta, Tanjung Aan dan Desa Sade.





Setelah selesai berbelanja dan mengambil gambar, baru kami cari kedai makan untuk makan tengahari. Makan tengahari harini adalah di Dakota Restauran.


Selesai makan, kami berangkat terus ke BIL (Bandaran International Lombok Airport) untuk menghantar 4 orang tetamu saya kelmarin.


Alhamdulillah, tetamu saya dapat ikut trip saya selama 3h 2m di Lombok dengan budget RM647.80/pax all in. Insyaallah, moga kita bertemu lagi ya.

Setelah mereka semua selamat masuk ke dalam airport, saya dan rakan saya terus Senggigi untuk check in hotel malam ni.

Walaupun perut masih kenyang, tapi rasa macam nak makan jugak lagi. Boleh? Haha... Menu makan malam harini adalah ager bakar (kambing bakar) di Omah Cobek. Class kaw kedainya. Hehe.



Selesai makan, saya terus ke Senggigi. Malam ni stay di Puri Senggigi Hotel. Lepas dah check in paham-paham jelah ye.



Day 6

Ok, Sebelum check out, saya sampat ambil gambar di swimming pool. Ingat nak mandi pagi-pagi hari tapi badan rasa macam sengal-sengal so takde lah dapat turun mandi kalini. lepas bergambar, terus sarapan di cafe yang disediakan.



Cepatnya masa berlalu... dah enam hari kat sini rupanya. Last day hari ni plan nak ke Taman Narmada, mandi air sungai pulak. Sebelum ke Taman Narmada, saya singgah di Suranadi untuk membeli Dodol. Dodol yang paling best & tip top kat Lombok adalah Dodol Nangka. Memang sedap. Lain dari yang lain. Selain dari dodol nangka, ada juga dodol nenas dan pelbagai lagi. Harganya sekitar IDR25.000 untuk 500gram. Banyak juga tu. Nak campur-campur pun boleh.


Ok, Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Taman Narmada. Taman Narmada ni terletak di Lombok Barat, perjalanan lebih kurang 90 minit dari Pantai Senggigi. Taman Narmada juga ada sejarahnya yang tersendiri. Nak tahu lebih lengkap boleh klik disini.

U all tau tak, mana ada orang Malaysia yang nak datang kesini. Dah lah jauh then air sungai je kot. Haha. Bagi saya, setiap tempat tu banyak bezanya. Antaranya, keadaan tempat serta kawasan nya. Tetap tak sama.

Nak travel ni bukannya sebab nak menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada mencari pengalaman serta belajar budaya dan cara kehidupan mereka malah yang penting dapat merasa ciptaanNya. InsyaAllah.



Tadaa... Masa untuk berendam... Sambil-sambil berendam moh kita makan rojak sekali. Sedap pulak lahai. Apa yang tak sedap kalau bab makan kat Lombok ni? Erm..








Lepas mandi memang lapar lah kan. So kita makan sate kambing paling top kat kawasan ni. Makan dengan nasi ok, ada sup dan sayur sekali. Di mana? Warung Sate Pak Noto, Lombok Barat.



Selesai makan saya pun berangkat ke BIL (Bandaran International Lombok Airport). Nak balik Malaysia dah. Uwarrgghhh!!! Sayupnya perasaan nak tinggalkan Lombok ni.



Alhamdulillah, selamat dah sampai di Malaysia. Insyaallah next trip kalau ke Lombok, nak pergi Bukit Pergansingan @ Rinjani pula. Insyaallah.

Jumpa di lain trip!!


No comments: