Genting Highlands, Pahang

Takde budget nak berjalan? Takde transport? Hah, kalini saya share info sikit kalau nak buat day trip bagi yang takde kenderaan mahupun takde budget. Kemana? Genting Highlands, Pahang.

Pada 20hb August 2016 baru-baru ni saya ke genting bersama lagi tiga orang rakan yang lain. Nak merasa sejuk dalam musim mid-autumn ni. Hehe. Kami berkumpul di stesen terakhir LRT iaitu di stesen Terminal Putra jam 745am. Kami menaiki bus Go Genting jam 8am dengan tambang RM3.40 seorang/sehala. Murah kan?

Dari Terminal Putra ke Awana tak jauh mana, perjalanan hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Sampai di Awana, kami ambil skyway pula untuk ke puncak Genting Highlands. Skyway pula mengambil masa perjalanan lebih kurang 10-15minit. 

Kalau datang awal pagi macam kami ni, memang orang masih kurang dan kalau datang lewat kemungkinan beratur untuk naik skyway sahaja boleh ambil masa berjam-jam kerana beratur yang panjang.



Sampai di genting jam 930am, masih awal. orang pun masih belum ramai. Jadi kami bersarapan dulu di kawasan rehat di ruangan penjalan kaki.



Awal pagi macam ni memang best lah view kat cuaca kat Genting Highland ni. Sejuk je. Berkabus. Agak-agak dah rasa tak tahan sejuk tu, kami pun masuk ke dalam bahagian Indoor games. Bukan main pun, saje tengok-tengok je.



Tadaa... Mid-Autumn festival pun ada di Genting Highland tau. Ambil feel. Hehehe...



Nampak tu, jauh akak-akak ni shopping. Macam kat KL takde Padini kan?




Ok, selesai je sesi snap-snap posing-posing, kami pun gerak turun ke KL balik.  Nak elak dari sesak dan padat dengan orang di cable car dan bus, that's why kami turun awal. Dalam jam 245pm macam tu.




Ok, bui bui Genting! Next time kami tidur sana ya. Nak tunggu outdoor games siap dulu na...

No comments: